A Room With A View |
Menjelang senja menunggu maghrib di perkarangan bangunan pejabat yang bertempat di Jalan Green Hall. Hari-hari balik 8 malam...tak sempat langsung untuk bersosial. Balik Hotel...makan...tidur!
Tetapi atas maklumat En Mus Speedrider, sempat juga menyinggah di KOMTAR. Vinyl hunting konon-kononnya. Tetapi kenapa la nama kedai ni mengingatkan saya kepada Maria Ozawa...kah..kah..kah...
Seperti yang diwar-warkan, kedai ni harganya memang potong kepala. Lp MAY - Rahsia dijual dengan harga RM500. Iron Maiden - The Final Frontier dan ACDC - Back In Black seperti gambar di atas adalah RM450 dan RM400. Lain-lain yang dah nak barai pun rega beratus-ratus...Giler mahal!!!
Puas tawar menawar...tapi memang tak dapat la harga mampu milik...akhirnya balik tangan kosong. Uncle tu kata kalau nak murah belilah lp zaman Elvis Presley tak pun lp cina...hahaha...hampeh betul...
Nampak gayanya Lp melayu dan lp lagu rock omputeh memang mahal...Uncle tu kata memang banyak permintaan.....Iskh...iskh...ramai betul mat rock kaya main lp ek sekarang...tobat la nak jadi hipster kalau macam ni...huhu..
Sebuah lagi kedai menjual vinyl di KOMTAR yang dicadangkan kawan-kawan. Sayangnya 2 malam berturut-turut datang, dua-dua malam pun tutup. Mungkin juga saya bernasib baik, kalau buka...dah tentu-tentu kempis duit di kocek...
Menapak berseorangan dari KOMTAR balik ke hotel waktu malam di Penang Road, terserempak dengan mural ini. Tak pasti apa tajuk dia. Tetapi yang pastinya Penang di waktu cuti sekolah memang sesak. Hotel pun full house. Pukul 11 malam lebih pun masih ramai yang berjalan kaki membawa anak-anak. Tetapi terkejut juga di sapa "amoi" berhadapan Cititel Hotel. Jam baru pukul 9 dah start meniaga dah..terang-terang pulak tu..dasyat.
Disebabkan berseorangan...makan malam restoran mamak yang biasa-biasa ajer...tak syok arr makan sorang-sorang...tapi best juga bila terjumpa restoran masakan melayu dan thai berhadapan dengan Hotel Continental. Sedap. Duduk Penang ni memang syurga makanan...melambak tempat makan...sediakan duit ajer la...
Gambar atas ni Nasi Kandar Line Clear cawangan Airport.
Cuba jugalah...tapi ambil yang simple ajer...pasal dalam kapalterbang pun dah order makan. Ni pun plus teh ais kena RM12.80. Biasalah...harga airport. Tapi memang makanan kat Penang ni mahal sikit...nasib la tiap kali lunch opis belanja makan macam-macam...jimat sikit...tapi tak ambil gambar...segan pula nak ambil gambar makanan depan budak-budak opis...hahaha...
Ni kali pertama pre-order makanan dalam flight...yang satu waktu pergi...yang satu waktu balik...fast food ajer...nak kata sedap...boleh la...tapi yang penting company tanggung...hahaha..
Mungkin...februari tahun depan akan sekali lagi ke sani....tungguuuuu....
maria ozawa hahaha...
ReplyDeletejangan lupa singgah tempat yang gua mention dalam whatsapp ituhari.
ReplyDeletevery nice report. I love this macam aku berada bersama kau.
ReplyDeleteFinal frontier 400 lebih?betul punya cekik leher..aku beli kat kl baru 120 je
ReplyDeleteAmoi tegur tak tawarke? Hahaha
ReplyDeleteiman masih tebal...tak sia2 sekolah agama sampai darjah 6...hahaha...
DeleteIsh! Mahal pulak katanya. Kena makan kat tanjong ni. Kat airport tu jangannn
ReplyDeletekat tanjong aku dah pergi dah...tu hari masa bawak family...ni datang solo tak syiok arr makan sorang2...gi makan tempat yg tak ramai orang la...
Delete