Thursday, March 24, 2016

Battle of the Bands

Yang menyambut ulang tahun ke 30...



Battle Of The Bands (1986) - keluaran semula 2015

Banyak dah diperkatakan tentang album ini. Tak perlulah saya mengulas panjang tentang lagu-lagunya. Pada saya Search-Cinta Buatan Malaysia adalah pembuka jalan tetapi Battle Of The Bands lah yang menjadikan rock dan heavy metal sebagai budaya yang popular di Malaysia

Dikenalkan kepadanya buat pertama kali oleh seorang rakan ketika menghadiri kelas tambahan untuk peperiksaan PMR SRP (giler tua penulis blog ni...hahaha...). Saya dah tak boleh ingat siapa rakan tersebut tetapi yang saya ingat beliau menunjukkan kaset BOTB tetapi tidak membenarkannya untuk dipinjam.


Melihatkan gambar cover dengan perkataan "Muzik Rock Yang Sebenar" telah membuatkan saya teruja. Maklumlah band-band rock yang ada album pada ketika itu selain Search, masih lagi dengan pengaruh rock 70an dan dangdut. Saya sendiri sebelum tahun 1986, masih lagi seorang pengemar Duran Duran. Selepas Iron Maiden dan Search, BOTB lah yang membuatkan saya betul-betul terjebak dengan genre muzik yang sebegini.

Memang tidak dinafikan pengaruh besarnya kepada saya. Sayangnya saya tidak berkesempatan untuk menonton konsert mereka. Konsert hantu begini (hahaha..) janganlah haraplah akan dapat keizinan dari orang tua. Dah lah tahun tersebut tahun peperiksaan. Tambah pula zaman tu pengangkutan untuk ke bandar dari kampung saya bukanlah semudah sekarang. Kena pula kat belah malam. Tak silap saya kalau di Johor Bahru ianya diadakan 2 malam berturut-turut di Dewan Jubli Intan.



Yang paling diminati sudah tentu-tentunya Lefthanded, Maklumlah gitarisnya, Man Kidal juga terlibat dalam album Search - Cinta Buatan Malaysia. Tambahan pula nama beliau dan Lefthanded memang dah cukup popular di sekitar Johor Bahru sebelum zaman Search lagi. Aksi gigit gitar beliau memang dah jadi bualan mat rock sekitar Johor Bahru. "Debunga Wangi" menjadi anthem bagi kami.

Tapi kira yang paling gempak sekali dah tentu-tentulah SYJ. Imej ala-ala Motley Crue mereka memang menakutkan mak bapak. Mana ada orang berani buat lirik maki dan dengan selambanya letak kaki atas meja masa majlis sidang akhbar. Lagu "Orang Timur" menjadi antara lagu kegemaran kami bila jamming di studio.

Senang cerita inilah antara album yang mengubah citarasa muzik saya. Dan dari sinilah bermulanya budaya rock dan heavy metal di Malaysia.

Rekomended!

*masih tak lupa kenangan di kantin sekolah bersama rakan-rakan beramai-ramai menyanyikan lagu Debunga Wangi sambil di iringi petikan gitar oleh senior kami Enal ( gitaris D'Fender - finalis Juara Rock Johor 1988, pernah jadi opening act untuk konsert Wings/Rusty Blade di Stadium Larkin 1989 dan pernah juga keluar dalam URTV) dan Husin (gitaris Kumpulan Sahara - pernah merakamkan album Bahang Bahang (1989) dan pernah keluar Muzik Muzik TV3)...rasa macam tak nak berhenti menyanyi walaupun loceng sekolah telah berbunyi...ianya masih terngiang-ngiang dalam ingatan....





7 comments:

  1. Debunga wangi tu best.. pestaim aku dgr mmg suka giler lagu tu.. itu solo mmg asyik asyik asyikkkk ah ah ahh

    ReplyDelete
  2. album yang penuh nostalgia buat gua....

    ReplyDelete
  3. gila lah syj tu letak kaki atas meja..haha..

    ReplyDelete
  4. 1st time tengok cover botb ni tahun 97 dlm kaset lagenda rock keluaran nadi muzik bmg menampilkan lagu debunga wangi isabela sejati and many more la..dlm inlay tu di selitkan lagu2 dari album2 tersebut (botb, may hakikat, blackrose dll sambil di sertakan gambar album asal) bagus betol inlay dia..kaset pertama sy beli umur14..skrg sy hanya ada botb tahun 2007 jer..yg ni ori botb belum ade niat lg nk beli

    ReplyDelete
  5. Laknatlah kauu kauu kauuuu.. wahhhh back to back plak dengan lagu Dio Holy Diver... wahaha gila gila

    ReplyDelete