Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 28hb Januari yang lalu
Black Sabbath featuring Tony Iommi - Seventh Star (1986)
Album Black Sabbath yang paling ganjil dalam keseluruhan discography mereka. Memang tak berapa nak bunyi Black Sabbath pun. Maklumlah asalnya ia adalah album solo Tony Iommi. Syarikat rakaman yang beriya-iya mahukan ianya atas nama Black Sabbath.
Satu-satunya lagu yang pada telinga saya berbunyi seperti doom Black Sabbath adalah lagu yang menjadi tajuk album, Seventh Star. Yang lainnya saya terbayangkan Deep Purple terutamanya lagu "Heart Like A Wheel" yang mempunyai pengaruh blues yang kuat. Tetapi ianya tak pelik pun kerana yang menyanyi dalam album ini adalah Glenn Hughes pemain bass dan penyanyi Deep Purple.
Sebenarnya ianya bolehlah dikatakan sebagai superband. Eric Singer (KISS) di posisi drums manakala Dave Spitz (early White Lion, Great White, abang kepada Dan Spitz - Anthrax) yang bermain bass. keyboards pula dimainkan oleh Geoff Nicholls, yang bermain keyboards untuk album-album Black Sabbath tetapi tidak pernah diberikan kredit.
Saya mengetahui 2 lagu dari album ini, Seventh Star dan lagu slow sedap, "In Memory..." dari 2 kaset pirate apache, Kerrang Kompilation. Bertahun juga saya cuba mencari cdnya sehinggalah zaman saya pandai menggunakan e-bay. Semenjak kali pertama mendengar 2 lagu tersebut, saya sudah terpikat. Cumanya suatu masa dulu saya tak tahu pun yang menyanyinya adalah Glenn Hughes. Zaman ujudnya internet baru tahu.
Kesimpulannya ia bukannya Black Sabbath. Ianya sebuah album hard rock dengan pengaruh blues. Pada saya ianya sebuah album yang bagus mengikut acuannya yang tersendiri. Sayangnya inilah satu-satunya album dari mereka. Tony Iommi kembali menghidupkan semula Black Sabbath yang sebenar selepas dari ini.
black Sabbath masa zaman Ronnie james dio... adalah yang terbaekk bro
ReplyDeleteWOOOO HOOOOO!!!!!!!
DeleteAku rasalah, Toni Iommi nak speed up abiskan Sharon Osbourne nye Black Sabbath, pasal dia nak main balik Black Sabbath secara menyuluruh. Mula2 dia announce dia nak remix Forbidden, sekarang dia cakap dia nak main balik dengan Toni Martin.
ReplyDeleteMaknanya kita akan dapat balik Heaven And Hell dan sebagainye.
Aku speku nama band baru ialah tiru style Heaven & Hell, either Headless Cross atau Forbidden.
ni sama macam kes album skunkworks bruce dickinson la kan?
ReplyDeletepatutnye nama Toni tu lgk besar dari nama Black sabbath pada cover album...bru betul hehe.. ni strategi marketing la ni...
ReplyDeletePatutnya Black Sabbath feat Glenn Hughes
ReplyDeleteAku baru tau album ni.mmg tak penah tau pun.patutnya takyah letak nama black sabbath
ReplyDeletebaru tahu.. heaven n hell tu sabbat juga ke.. hehe
ReplyDelete