War Rock I - Sengsara Timur Tengah (1987) - Keluaran semula 2016
Tidak pernah ada kasetnya. Ketika itu agak memilih dalam membeli kaset rock melayu. Maklum sahajalah keadaan kewangan seorang budak sekolah dan pengaruh muzik thrash telah mula bertapak di dalam hati.
Tetapi agak pelik juga bila cd ini dimainkan, rasa macam pernah dengar pula. Puas juga memikirkan di mana. Akhirnya baru teringat. Album ini saya dengar di kantin sekolah. Anak mak cik kantin di sekolah saya dulu sering memutarkannya setiap kali waktu rehat. Posternya pun siap tertampal di dinding kantin.
Padanlah bila mendengar cd Medicine - Titian tempohari ada lagu yang melodinya macam pernah saya dengar. Rupanya lagu "Dusta" dari cd tersebut di ambil dari lagu "Di Derai Kerinduan". Cumanya versi dari album War Rock adalah lagu slow rock, manakala dalam album Titian telah diubah menjadi rancak dengan lirik yang berbeza. Begitu juga lagu "Derita Seorang Filosuf" telah diubah suai dari lagu "Bantulah Aku".
Betul. Kumpulan Medicine sememangnya berasal dari kompilasi ini. Sayangnya mereka berubah menjadi pop rock bila membuat album solo. Boleh dikatakan keempat-empat kumpulan didalam kompilasi ini muziknya mempunyai pengaruh heavy metal. Sound kasar, kotor dan mentah ala-ala NWOBHM walaupun untuk lagu perlahan. Paham sahajalah teknologi zaman itu. Tetapi jika anda sukakan sound heavy metal awal 80an mungkin anda akan sukakan album ini. Tetapi jika anda suka sound yang bersih dan moden ini bukan untuk anda. Tabik juga kepada Nasir P Ramlee selaku penerbit kerana bukan mudah untuk orang yang tak rock untuk memahami sound rock. (ker beliau sememangnya mat rock?)
Saya terbaca yang kumpulan Pratayuda penyanyinya adalah Hattan. Tetapi saya tak pasti adakah beliau yang menyanyi kerana saya tidak dapat mengecam persamaan suaranya dengan album-album solo beliau. Suatu kelemahan kita di Malaysia ini tiada siapa yang merekodkan sejarah muzik. Syarikat rakaman juga tidak banyak membantu. Contohnya album ini. Langsung tiada info disertakan. Paling hampeh versi cd ini hanya disertakan dengan inlay sekeping. Tak berbaloi dengan harganya yang agak mahal (RM29.90) berbanding dengan album reissue keluaran syarikat lain. Dah macam cd pirate pun iyer juga. Betul-betul mengambil kesempatan.
dah la inlay sekeping...belakang kosong pulak...satu info pun takder...hampeh betul!! |
Satu lagi trivia yang saya dapati dari hasil mengoogle, Kumpulan Iklim tertubuh hasil dari gabungan anggota The Kids (Mohalim - Bass dan Kama - Drum) dan Midnight (Umarul - gitar) yang terlibat dalam kompilasi ini. Kalau nak kena pilih kumpulan yang bagus. Saya memilih Medicine. Ija memang bagus. Muzik mereka agak mantap. Pratayuda pun ok. Sayangnya mereka memilih untuk untuk meletakkan 2 lagu perlahan. Lagu heavy mereka "Sengsara Timur Tengah" menjadi lagu kegemaran saya. Kalau yang perlahan, Medicine - "Di Derai Kerinduan" menjadi pilihan.
Mungkin ianya kurang nilai nostalgia untuk saya berbanding Battle Of The Bands, Juara Juara Rock atau Clash Of The Bands. Tetapi ianya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Mana-mana album rock melayu sebelum tahun 1989 pada saya adalah wajib dimiliki. Kerana majoriti muziknya masih betul-betul bersoundkan rock dan heavy metal. Selepas dari itu dah mula mengarut. Kecualilah jika anda sukakan rock leweh meleweh.
*kualiti sound cd ini kira ok ok sahajalah...tak pasti dari mana sumbernya...ada bahagian yang sedikit timbul tengelam...saya tidak pernah memiliki album yang asal...makanya kurang pasti jika rakaman asal pun sememangnya sudah begitu...
Ko cite pasal kompilasi ni baru teringat,pratayuda tu dulu penah tgk dia main kt funfair bole tahan gak band ni.btw,yg tu cover asal ke?tak jumpa lagi album ni
ReplyDeleteIyer cover asal...khabarnya dijual secara on line sahaja...ntah la tak pasti pulak kalau ada jual kat kedai
DeleteMungkin years gone by in the future, orang nak carik info nak buat rujukan ke hapa ke is masuk blogs2 macam gini.
ReplyDeleteI dont know whether in FB boleh dapat rujukan2 cam gini or not.
Anyway aku tak dengar la kau kaset2 gini zaman dulu... apa tu Hikayat Rock? lawa...cover... tapi...
Haha...sama la...aku pun tak berapa dengar sangat..tu jam dah rock hantu...huhu...
Deletetapi bila keluar balik cd2 reissue ni rasa teringin nak dengar apa yg tertinggal dulu...
Tambah pulak aku rasa cd rock omputeh tak lah susah sgt nak cari..tak cd2 rock melayu ni...lepas 5..10 tahun akan dtg mmg susah dah nak dapat..kalau ada pun reganya ko paham2 sudah..
aku malas nk review album ni dlu..pasal satunya aku mmg xtau ape2 psl album ni dn xbnyk maklumat psl album ni.. plg menyedihkan bila rilisan semula ni pun xde ape2 maklumat disertakan.. pencipta lirik lagu penerbit xde d bg tau.. dari segi sound tu ia mmg d ambil dari mastertape..cuma mutu rakaman album ni dlu xseberape bagus.. ade kwn yg ade kaset ni dlu mase mula2 beli yg bru pun mmg gtu soundnye..
ReplyDeletecam pirate pun ada.. betul lah klu info tu tak ada, macam aku yg baru nak kenal band lama dlm album ni mmg hilang akal lah.. apapun aku cuba dulu dgr kat mana2, klu ngam aku beli.
ReplyDeletememang betul la bert... gua ader beli yg part 3 punya kat Campbell complex kl 2 minggu lepas...hampeh betulll... satu haper pun takleh nak baca... memang tak berbaloi... RM28 dapat cd cam gini... baekk ceduk kat internet lagi baik... last gua tolak cd tu kat member gua RM20...
ReplyDeleteharga cd mmg tak berbaloi. aku beli hr tu dgn harapan harga tu mencerminkan ada booklet dan penuh info d dlmnya. maka beli tiga2 skali. skali buka...oh yeah! sekeping je ...huhuhu.
ReplyDeletetunggu kemunculan inlay terbaru,mengandungi lirik & info..
ReplyDelete