Wednesday, March 2, 2016

Believe In Yourself

Lagi yang tertinggal dari tahun lepas...banyak juga sebenarnya entri terbengkalai dari tahun lepas..

Yang menyambut ulang tahun ke 20 21


Lost Souls - Believe In Yourself (1995)

Tak pasti berapa ramai yang tahu dan ingat kumpulan ini.  Mereka antara band-band indie rock  berbahasa Inggeris yang muncul dipertengahan tahun 90an dahulu.

Asalnya tak tahu pun mereka band dari Malaysia. Mendengar lagu cover "Everything I Own" dari Bread di radio saya sangkakan mereka band orang putih. Selepas membeli kasetnya baru saya tau mereka band 1Malaysia (Ridzuan-vokal,Raymond-gitar,Teoh See Seen-gitar,D. Arul Sarath-drums, Syed Ahmad-bass – susah nak jumpa band berbilang bangsa sekarang kan? )

Pembelian yang berbaloi. Mereka sangat bagus dan berbakat. Kalau tak…takanlah pihak pengurusan Bon Jovi setuju ntuk mengambil mereka sebagai “opening act” semasa konsert Bon Jovi di Stadium Shah Alam pada tahun 1995 dulu.

Mereka menamakan Led Zeppelin,  Deep Purple, U2, Whitesnake, Jimi Hendrix dan Carlos Santana sebagai pengaruh besar mereka. Pengaruh tersebut memang jelas dalam lagu-lagu mereka. Banyak lagu yang sedap tetapi saya cukup sukakan lagu “rollercoaster”. Kerja gitar yang sangat bagus. Malah boleh dikatakan semua lagu-lagunya mempunyai kerja gitar yang hebat. Susunan muzik bagus. Produksi tip-top. Kalau mendengarnya tanpa melihat rupa mereka sudah pastinya anda akan menyangka yang mereka adalah band dari Amerika.


Sayangnya mereka hanya sempat merakamkan 2 album sebelum hilang tanpa khabar berita. Mungkin pasaran lagu-lagu berbahasa inggeris terutamanya jika dinyanyikan oleh orang tempatan sediri agak terhad. Memang susah nak cari makan. Apa-apa pun saya harapkan suatu hari nanti ada pihak-pihak yang berkenaan sudi untuk mengeluarkan semula album ini dalam bentuk cd.

Pada saya “Everything I Own” versi mereka adalah yang paling best dalam banyak-banyak versi yang dirakamkan di dunia. Tabik!





7 comments:

  1. What you say is true. Zaman dulu band bercampur macam2 bangsa is common, baik rekoding mahupun club.

    ReplyDelete
  2. Lagu yang wajib masuk dalam keset absolute alternative.

    Apa yg alternative aku pun heran

    ReplyDelete
  3. aku tk pernah dgr band ni.. aku rasa dorg ni xdpt publisiti meluas dari radio tv n majalah.. ni taim zaman band pop jiwang dn rap merajalela.. klu international backstreet boy 911 boyzone spice girls hehe..

    ReplyDelete
  4. aku dulu pun ingat band oversea..lagu everything i own tu dulu memang top betul..lagi satu diorang cover lagu leaving on a jet plane pun best

    ReplyDelete
  5. Biasa band macam nie formed untuk brmain kat pub.. main music a la light stadium rock..

    ReplyDelete