Tuesday, March 8, 2016

Layar

lagi cerita perihal album keluaran semula. Cuma kali ini ianya memang pernah ada dalam bentuk cd. Cuma dulunya tak sempat nak beli. Dah 20 21 tahun pun usianya...


MAY - Layar (1995)

Tak pasti apa cerita disebalik album ini. Kalau tak silap ketika album ini diterbitkan MAY telah pun berhijrah ke syarikat rakaman BMG. Tahun yang sama juga mereka telah mengeluarkan album Ideologi bersama BMG. Tak pasti pula album yang mana keluar dulu. Maklumlah pada ketika itu saya kurang mengambil tahu perihal rock melayu.

Seingat saya tahun 95 atau 96 adalah tahun tahun yang saya mula cuba mendengar semula rock melayu selepas meninggalkannya sekitar tahun 89 atau 90 untuk menjadi 'true'. (hahaha - fasa biasa untuk seorang remaja). Album XPDC Kita Pengyu yang menjadi pembuka jalan. Hasilnya album Layar ini adalah antara yang saya beli.


Layar mengandungi 5 lagu heavy zaman Mus yang diberikan arrangemant baru dan dinyanyikan semula oleh Yantzen. Menarik juga mendengar lagu-lagu seperti Grafiti, Penghuni Kota, Strategi, Hakikat Perjuangan dan Strategi dengan vokal dan solo gitar yang berlainan. Mus atau Yantzen, dua-dua ada keistimewaan sendiri. Dua-dua pun lejen. Dari susunan muziknya tiadalah beza sangat. Cuma soundnya sedikit berbeza.

Manakala lagu-lagu baru pula majoritinya lagu perlahan kecuali Di Mana Harga Dirimu yang mid tempo. Saya tertarik juga dengan lagu- lagu perlahannya. Arca Kehidupan ada seakan-akan Sketsa Sebuah Cinta manakala Jauh Rasanya melodinya mengingatkan saya pada lagu Ku Dalam Dilema. Manakala lagu yang menjadi tajuk album, Layar pun sedap juga.

Bagusnya kali ini mereka tidak memerlukan khidmat Saari Amri. Semua lagu ciptaan sendiri. Penerbitnya pula arwah Samad. Maka tak hairanlah kalau lagu perlahan mereka agak rock dan tiada bunyian keyboards yang meleweh.




6 comments:

  1. baru tahu pula aku,ada lagu mus yanzen nyanyi.. menarik juga ni album..

    ReplyDelete
  2. 1994 Yantzen sign dgn BMG wt album solo berjudul Impian..maybe pasal tu MAY pun nk blah dari SRC.. album ni macam sekadar nk mencukupkan kontrak jek kn.. cover lgu2 lame.. hehe

    ReplyDelete
  3. Aku ada pandangan lain.

    Aku suka semua album era yantzen dan oney melebihi era mus early 80s dan era Sinar.

    Aku suka sound yang ARWAH SAMAD produce. Rasa macam ada sentuhan beliau.

    Antara Layar dan IDEOLOGI.. Aku pilih IDEOLOGI.

    ZIET GIEST dan WIRA CYBORG sama par.

    Penaklukan tak boleh dibandingkan. Dia level sama cam WINGS ORANG ASING. One album only yang kira cult gila.

    Album KERAS aku kurang minat.

    Bro teromber... kalau jumpa IDEOLOGI please please grab one for me.

    ReplyDelete
  4. yg ni tertinggal haritu lupa nak beli..heheh..tapi pernah beli kaset nya dulu la tahun 95 dulu

    ReplyDelete
  5. satu hari nanti la aku kumpul semua album may, not now. haha

    ReplyDelete
  6. Saya layan MAY bila masa dorang dengan Yantzen jee...Pastu tutup buku..

    ReplyDelete