Layan anak bongsu....
BoBoiBoy: The Movie (2016)
Sejak sebulan lepas saya dah diingatkan oleh anak bongsu saya tentang movie ini. Hampir hari-hari. Siap dah ditandakan tarikh 3hb Mac di kalendar rumah.
Sebenarnya bukan sahaja anak, saya juga agak teruja. Maklumlah saya sering menemankan beliau menontonnya. Pada saya siri ini lebih menarik dari Upin dan Upin. Mungkin ini siri kartun tempatan yang terbaik setakat ini.
Tak nak spoiler. Tetapi movie ini memang menarik. Penuh aksi dan dalam masa yang sama ianya agak lawak. Memang menghiburkan. Watak "Villain" nya memang sukar untuk dikalahkan. Aksi berdentam-dentum,
Tak rasa pun kalau anda tak pernah menonton siri tv nya anda akan "lost". Cuma mungkin akan kurang "feel"nya. Kerana movie ini adalah kesinambungan dari siri tv. Memang tiada pengenalan bagaimana BoBoiBoy dan rakan-rakannya mendapat kuasa. Siapa Adu Du. Probe, Ochobot dan Papa Zola.
Saya cukup bersetuju dengan Portdy. Papa "Kebenaran" Zola memang patut dicalonkan sebagai pelakon pembantu terbaik di Festival Filem Malaysia yang akan datang. Dia memang lawak. Pada saya movie ini akan jadi hambar tanpa kemunculan beliau. Begitu juga protegenya, Gopal. Sebelum muncul karekter Papa Zola memang dia lah maharaja lawak BoBoiBoy. Adu Du pun siap ada pick-up line lagi...hahaha...
Filem ini telah mencatat sejarah kutipan tertinggi hari pertama bagi kategori filem tempatan. Memang terbaik! Mak bapak...sila bawa anak anda menonton. Yang tiada anak...sila bawak anak sedara untuk cover line...hahaha...
"kebebaran tidak pernah menipu"
tagline "kita sama2 jahat, tak baik bergaduh" tu pun sebenarnya cilok tagline adu-du
ReplyDeleteaku pun tepaksa bawa mizi nonton ni, tak tahan tgk mizi asal time iklan keluar tv trus melompat.. tak sangka best betul filem..
ReplyDeleteC.I.N.T.A K.I.KI.T.A
ReplyDeletecintaa kikitaaaa
Mmg ramai dok sebut movie ni.nak tgk segan pulak takda bdk kecik.heheh
ReplyDeleteHopefully beat ola bola.
ReplyDeletewahhh berturut2 posting.
ReplyDeletehaywire siot karakter2 cerita ni haha