Monday, March 14, 2016

Sudah Sampai Sini @ Perkampungan Jepun di Bukit Tinggi

Tambah sikit la sambungan cerita masa ke Bukit Tinggi tempohari.



Alang-alang kalau dah sampai sini tak sah lah kalau tak menjejakkan kaki ke Rumah Teh Jepun atau pun dikenali sebagai Japanese Village.


Tak jauh lokasinya dari resort Colmar Tropicale. Sebenarnya anda akan jumpa Perkampungan Jepun ini terlebih dahulu apabila mendaki Bukit Tinggi. Kalau dari Colmar Tropicale, ada disediakan shuttle bas. Tak payah lah susah-susah nak drive dan cari parking kalau masa cuti yang sesak. Tapi yang lecehnya bab berebut tunggu shuttle waktu nak balik.


Suasananya nyaman walaupun waktu tengahari. Maklumlah dengan ketinggian 3.500 kaki memang anda akan terasa sejuk walaupun letih mendaki bukit. Memang banyak anak tangga yang perlu anda daki. Boleh tahan tinggi. Memang letih menapak. Nasib jugalah sejuk. Taklah berpeluh sangat.


Minta maaf la tak banyak gambar yang nampak Jepun. Masa ni handphone rosak. Kebanyakan gambar anak yang ambil menggunakan handphone orang rumah. Penuh dengan muka mereka sahaja. Makanya tak sesuai untuk di tampal di sini.


Sebenarnya tiada apa yang menarik sangat pun di sini. Kecuali jika anda suka mendaki bukit sambil menikmati suasana hutan hujan tropika dan beberapa buah kolam ikan koi. Sambil tu bolehlah juga nak beragan nak jadi Maria Ozawa  Orang Jepun dengan menyewa kimono (RM20) untuk bergambar.


Selain itu ada juga spa, restoran dan kedai cenderahati. Sebelah bawahnya untuk lebih menlenguhkan kaki boleh pula berjalan-jalan di Taman Botanikal


Ni pun tiada apa sangat. Tengok pokok hutan, herba dan bunga-bungaan sahaja. Kesimpulannya jika hobi anda adalah berjalan dan mendaki dan dalam masa yang sama mahukan suasana nyaman tetapi kurang berpeluh. Memang ini lah tempat yang patut anda tuju.






11 comments:

  1. Selfie bersama maria ozawa kat sini pun ok jugak.heheh..

    ReplyDelete
  2. maria tu mcm pena ku tgk HAHAHA

    ReplyDelete
  3. oiii...ni apa lari tajuk cerita maria ozawa pulak ni...hahaha...

    ReplyDelete
  4. maria ozawa wanita bekerjaya tu... profesional..

    ReplyDelete
  5. dah lama nak kesini.. hajat tak sampai lagi

    ReplyDelete
  6. anak yang bongsu tu berapa umur nya ya...?

    ReplyDelete
  7. datang sini layan lagu Loudness

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kebetulan...tu hari masa kat sini memang pakai baju Loudness...

      Delete