Thursday, March 3, 2016

Master of Puppets

Hari ini, 3hb Mac...genap 30 dah album lejen ini...


Metallica - Master of Puppets (1986)

Ni bukan nak buat ulasan atau review. Ni memang album wajib. Kalau tak ada pun cd@kaset@lp nya, sekurang-kurangnya mesti pernah dan kena dengar. Memang tak rock langsung lah kalau tak pernah dengar.

Saya sendiri agak lambat mendengarnya. Benar-benar dengar satu album penuh adalah sekitar tahun 1988. Tetapi ianya mengubah citarasa muzik saya. Dari heavy metal seperti Motley Crue Twisted Sister Dokken, saya mula mendengar muzik yang lebih ekstrim lagi.


Ntah kenapa di zaman kaset pirate "apache" memang tak pernah pula saya terjumpa kaset Metallica. Kaset pertama Metallica saya adalah Garage Day Re-Revisited. Kemudiannya ...And Justice For All. Semuanya yang asli. Penghujung 80an tu memang dah susah dah nak jumpa kaset pirate.

MOP hanya dapat saya miliki kasetnya pada tahun 1990. Tak silap saya pada tahun tersebut Polygram Malaysia mengeluarkan semula 3 album awal mereka. Zaman tu memang tengah musim thrash. Melambak kaset thrash di pasaran. Saya membeli ketiga-tiganya sekaligus sebaik sahaja mendapat duit pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (ketika itu sedang menuntut di ITM Segamat...jahanam duit untuk belajar buat beli kaset). Maklumlah terasa poser juga bila mat thrash tapi tiada 3 album awal Metallica.


(Masa tu memang nak kena bakar la kalau orang tua nampak kaset ada gambar salib. Dah la menyalahgunakan duit biasiswa. Terpaksa la tampal dengan muka tersengih dia orang...hahaha..)

Versi cd pula di beli pada tahun 1998 di Tower Records, KL Plaza. Ini pun pembelian sekaligus. KEA, RTL, MOP dan AJFA. Habis duit bonus. Sayangnya Garage Day sahaja yang tak jumpa cdnya. Kalau ada rezeki lebih, berkemungkinan juga akan terjebak dengan versi LP. Barulah bergiler format..huhu...

Jika Metallica anda bermula dengan album ini, mungkin anda juga akan seperti saya. Susah hendak menerima arah tuju muzik mereka selepas AJFA. Tetapi secara peribadinya MOP bukanlah album no 1 Metallica saya. Pilihan saya adalah Ride The Lightning. Tapi dengan lagu-lagu seperti Battery, Master Of Puppets, Sanitarium, Leper Mesiah, Orion dll, memang susah la mana-mana album pun nak lawan album ni.

Rekomended!



8 comments:

  1. haha.. Dulu2 ni cover kaset kena sembunyikkan ok..
    Kalau tak kena khutbah percuma pasal diperdaya jadi Kristian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cover album ozzman cometh lagi besar salibnya

      Delete
  2. aku lagi lambat layan puppets... 1997 (biasalah kenal metalika melalui album hitam)

    ReplyDelete
  3. aku dgr mp3 je album ni, hahaha... aku nak juga beli kasetnya, tapi harga pasaran tak mengizinkan.. aku ingatkan kaset dulu mmg tampal gambar tu depannya hahaha...

    ReplyDelete
  4. Yg aku ingat kaset kompilasi apache heavy metal aku lupa apa tajuk nya,ada lagu master of puppet.itu pun abg aku yg beli kaset tu.start tu baru aku kenal metallica

    ReplyDelete
  5. Bayangkan kalau ko ada yang 3D punya cover McFarlane keluarkan. Kompom orang kampung datang bakor rumah ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcfarlane punya led zeppelin meleleh aku tengok

      Delete
  6. pestaim dgr ni album dri abg sepupu aku punya kaset yg dh uzur.. mmg layan sume lgu2nye.. aku dubbin n dgr sampai hadam n belajar riffnya.. ni lejen n nostalgik bg aku.. mmg wajib ade.. tk silap aku ade cover untuk versi xde salib ni album..

    ReplyDelete