Tuesday, March 22, 2016

Ilustrasi

Lagi entri dari tahun lepas..banyak lagi ni...dah nak habis mac pun tak habis-habis lagi :P


Crossfire - ilustrasi (1995)

Antara kaset yang saya tak ingat pun ada beli dan masih simpan. Bagaimana lagunya pun dah lupa. Nasib dah ada semula kaset player. Dapatlah juga mendengarnya semula. Tak sangka pula lagu-lagunya bagus dan heavy.

Saya meninggalkan Crossfire selepas album Erosi. Tak ambil tahu pun selepas dari itu. Seperti yang saya kata dalam entri "Layar", minat untuk mendengar semula rock melayu tiba-tiba muncul selepas album XPDC - Kita Pengyu. Ilustrasi adalah salah satu darinya. Tetapi ntah mengapa kaset ini saya beli sekadar untuk disimpan. Inilah masalah seorang kaset/cdholic. Beli tapi dengarnya belum tentu.


Dari pendengaran saya jika dibandingkan dengan Fatamorgana dan Erosi (album lain tak pernah dengar), Crossfire masih mengekalkan muzik heavy metal mereka. Malah kali ini ada ada lagu-lagu mereka yang mempunyai pengaruh thrash dan speed metal. Yang menariknya majoriti lagu-lagunya dicipta sendiri oleh mereka.

Tetapi entah kenapa album-album rock melayu 90an walaupun keras muziknya tetap tersumpah dengan lagu-lagu karya Saari Amri. Dia macam M Nasir dengan album-album rock melayu 80an. Tapi nasib juga sekadar satu lagu dan pada saya lagu-lagu perlahan yang dicipta sendiri oleh mereka sebenarnya lebih sedap. Mungkin ianya salah satu syarat dari syarikat rakaman.

Harap ianya juga akan dikeluarkan semula. Crossfire memang tidak menghampakan.



6 comments:

  1. memang betul la bert.. saari amri memang mesti masuk daun punya laa..
    itu belum kira lagi dengan eddie hamid.... leleh meleweh habis

    ReplyDelete
  2. Ni taim 90'an XPDC n Crossfire la yg memperjuangkan mujik heavy.. tp sayang eh.. Crossfire tk berapa nk menyerlah dgn album2 era 90'an mereka.. aku pun tk pernah dgr Espirit.. metonimia.. ilustrasi.. konservatif.. ni aku rasa nk salahkan RTm kerna tk promosi mereka ni.. hehehe.. btw hrp2 la universal nk rilis semua album mereka taun depan ke.. nk jgk dengar balik kn khazanah rock lame2 ni..

    ReplyDelete
  3. Tak penah tau pun pasal album ni.crossfire yg aku tau sampai album "espirit de corps" je yg lain suma taktau

    ReplyDelete
  4. vocal utk album nie kalau tak salah nama ami rizal, tapi aim telah dijemput utk nyanyi 4 lagu iaitu antara luka dan rindu, kenangan semalam, hindarkan dan hikayat malim deman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for info..padanlah dalam gambar tu macam takder Aim..tapi vokalnya ada yang macam dia...

      Delete
  5. ingatkan album kompilasi crossfire sbb tak pena nampak ni.

    ReplyDelete