Yang menyambut ulangtahun ke 30.
Twisted Sister - Under The Blade (1982)
Kalau ditanya apakah album pilihan saya dari tahun 1982. Mungkin ramai yang meneka Iron Maiden - The Number Of The Beast. Tetapi sebenarnya kurang tepat. Kerana ada masa-masa dan ketikanya Twisted Sister - Under The Blade adalah jawapannya. Mungkin bro RockSportS akan bersetuju dengan saya.
Kenapa dan mengapa? Itu anda kena dengar sendiri. Bias ker tak, saya sememangnya peminat tegar Twisted Sister tapi dalam masa yang sama juga amat meminat Iron Maiden. Dua2 album pun bagus tapi kalau anda mengemari heavy metal awal 80an yang mempunyai sound yang raw dan power, ini lah album yang patut anda cari.
Under The Blade adalah album pertama mereka dan yang paling heavy dalam discography mereka. Semua lagu pun sedap, semua lagu pun metal anthem. Teringat zaman budak2 1st time dengar lagu Under The Blade rasa seram pulak dengar muzik dan suara Dee Snider tu.
Ok sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu2nya. Ini sememangnya album kegemaran saya tapi nak cerita pasal cd special edition yang saya ada ni. Yang menariknya ianya juga mengandungi EP pertama mereka "Rough Cutts" yang mengandungi demo version untuk lagu "What You Don't Know," "Shoot 'em Down," "Under the Blade" dan Shangi-La's cover, "Leader of the Pack". Sememangnya EP ni dah jadi sangat rare dan memang susah nak cari.
Tambah berbaloinya special edition ini jugak disertakan dengan dvd 40 minit interview mereka berkenaan pembikinan album ini dan yang paling bestnya dvd live mereka di Reading 1982. Mereka tak main satu hari yang sama dengan Iron Maiden dan zaman tersebut mereka belum dikenali lagi. Rakaman cuma menggunakan 3 kamera (kiri,kanan dan tengah), takder edit2, muzik pun raw dan dapat tengok macamana tightnya dorang perform. Yang bestnya dapat tengok Dee Snider cabar penonton yang baling macam2 barang atas stage supaya jangan jadi pengecut, baling barang nanti kena penonton depan kalau berani jumpa dia one by one belakang stage...hahaha...(dalam interview lepas tu, Dee Snider cakap takder siapa pulak datang, mungkin dorang dah suka Twisted Sister kot)
Maklum la zaman tu tak ramai kenal Twisted Sister, album ni pun tak rilis lagi tapi bila lagu last Rolling Stones kaver "It's Only Rock 'n Roll" bila Pete Way, "Fast" Eddie Clarke dan Lemmy Kilmister join sekali atas stage, penonton semua support mereka. Tak tau penonton betul2 support mereka atau dorang sebenarnya teruja tengok Eddie Clark dan Lemmy join satu stage 1st time selepas Motorhead berpecah (ketika itu la).
Apa2 pun tak kisah lah versi special ni ker atau versi biasa, Under The Blade sememangnya sebuah album yang berbaloi.
REKOMENDED!
Monday, December 31, 2012
Under the Blade
Labels:
1982,
cd,
dvd,
rekomended,
rock omputeh,
twisted sister,
Youth Gone Wild 80's
Saturday, December 29, 2012
Luaskan Kuasamu
Masa majlis pelancaran tadi ada ternampak yang salah satu jersey Johor Darul Takzim ni berwarna pink???..adoiiii...
Friday, December 28, 2012
Keep The Faith
Lagi album yang menyambut ulangtahun ke 20
Bon Jovi - Keep The Faith (1992)
Album ini sedikit mengecewakan saya. Bon Jovi sudah berubah baik dari segi imej dan juga lagunya. Imej berambut pendek dan lagu2nya yang lebih cenderung ke arah pop rock membuatkan saya kurang mengemarinya.
Persaingan dengan band grunge/alternative 90an sememangnya memberikan kesan kepada majoriti band2 metal/hard rock 80an. Nampaknya Bon Jovi juga tidak terkecuali. Mungkin Metallica telah mengajar mereka.
Album ini bermula dengan lagu yang agak OK tetapi agak merundum bila menuju ke penghujungnya. Lagu2 seperti "I Believe", ''Keep the Faith", "I’ll Sleep When I’m Dead" dan ''In These Arms" masih dapat menarik perhatian saya walaupun ianya bukan lagi seperti Bon Jovi yang lama. Manakala "If I Was Your Mother" pula jelas menunjukkan pengaruh muzik alternatif 90an telah melanda mereka. Dan lagu2 slow mereka pula...arghhhh..."Bed Of Roses" memang boleh buat saya menguap. Walaubagaimanapun saya cukup tertarik dengan lagu "Dry County". Lagu epik yang panjangnya 9 minit lebih ni sangat sesuai jadi soundtrack filem Young Guns kalau ada bahagian ke 3.
Bon Jovi telah pun berada kemuncaknya dan Keep The Faith adalah album yang telah melepasi zaman tersebut. Walaubagaimanapaun ianya masih sebuah album pop rock yang bagus jika nak dibandingkan dengan album2 mereka yang berikutnya.
***kalau anda perasan, ayat yang digunakan di header blog adalah di ambil dari salah satu lirik lagu dari album ini.

1992,
Bon Jovi,
cd,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, December 27, 2012
This is Larkin
Johor DT 5 v Woodlands Wellington FC 1
(Daniel Guiza,Safee Sali 2x, Safiq Rahim dan Mat Yo)
Ni baru friendly game, tiket bercetak 20,000 sold out, yang tak dapat tiket pun akhirnya dibenarkan masuk...so tak tau lah berapa jumlah penonton sebenarnya semalam...parking sesak...sampaikan kat terminal larkin pun orang parking...giler jauh menapak...time balik lagi teruk...jalan jem giler..ada yang pukul 12 malam baru lepas...(Nasib Man Utd gol last minit...so masih sempat nengok...hahaha)...tapi semua tu tak jadi hal bila semua star2 jaringkan gol....
giler ahh...lama giler Larkin tak bergegar camni...macam satu fenomena...tetiba rakyat Johor gila bola....tetiba macam tak sabar pulak nak tunggu Liga Malaysia...kepada geng2 Kelantan, Lion XII, Selangor dan Negeri Sembilan...aku tunggu korang datang...heheh...
sementara itu di Old Trafford...Man Utd 4 Newcastle 3....Aku harap Man Utd tak selalu main gol last minit camni...boleh sakit jantung dibuatnya....hahaha...
Wednesday, December 26, 2012
Vulgar Display of Power
Menyambut ulangtahun yang ke 20
Pantera - Vulgar Display of Power (1992)
Sesuatu yang menarik berkenaan Pantera adalah ketika kebanyakan band2 metal/thrash cuba untuk menjadi radio friendly, mereka bertindak sebaliknya. Ini mengingatkan saya kepada Skid Row. Menjadi semakin keras di album2 yang berikutnya. Mungkin kerana itulah agaknya mereka memilih untuk tour bersama2 ketika promosi album ini dijalankan.
Pada saya ini adalah album terbaik Pantera. Lagu dan sound yang sangat heavy dan aggresive tetapi dalam masa yang sama mempunyai riff2 yang cukup melodic. Tak salah kalau nak dikatakan merekalah yang membuka lembaran baru kepada heavy metal. Muzik mereka yang juga dikenali sebagai groove metal menjadi pengaruh besar dalam terhasilnya muzik metal alaf baru yang dipanggil Nu Metal.
Dimebag Darrell pada saya keistimewaannya bukanlah terletak kepada solo2 gitarnya tetapi lebih kepada tone dan riff2 beratnya yang sangat catchy. Antara lagu2nya yang sehingga sekarang berjaya meneman saya ketika mengantuk semasa pemanduan jarak jauh adalah "Mouth for War", "This Love", "Walk" dan tak lupa "F---ing Hostile".
T-shirt iron on "glow in the dark" ini adalah antara kenangan saya dengan album ini. Di beli di Rock Station, Komtar, JB. Sekarang kondisinya dah macam kain buruk. Saya sedang bercadang untuk membeli frame dan mengantungnya di bilik. Sekurang2nya ianya masih "glow in the dark"

Pantera,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Tuesday, December 25, 2012
Sudah Sampai Sini - I-City
Jalan jalan cuti sekolah...
Kali ke 2 menjejakkan kaki ke sini. Kali pertama adalah 2 tahun yang lalu. Tenyata I-City memang telah banyak berbeza. Dulunya setakat pokok2 berlampu, parking pun kat tepi2 jalan sekarang dah ada kawasan parking berbumbung.
Tambah menarik dah ada amusement park, snowalk dan water park. Memang itulah tujuan kemari kali ini. Kononnya nak meninjau snowalk dan waterparknya. Tetapi disebabkan keluar lewat lepas Isyak dan jem hampir 1/2 jam nak masuk parking, sampai sini dah pukul 10 malam dah. Dah lewat dan rasa macam rugi pulak kalau nak masuk snowalk mahupun water park.
Akhirnya jalan-jalan cuci mata sahajalah. Nak main amusement parknya pun tiketnya mahal. Nampaknya kena pergi lagi sekali la jawapnya.

Monday, December 24, 2012
Timur Barat
Yang melayu punya dah 20 tahun
XPDC - Timur Barat (1992)
1992 adalah tahun yang aku tak berapa follow rock melayu. XPDC pun aku start dengar zaman Kita Pengyu. Maknanya album ni aku dengar sepenuhnya mungkin dalam tahun 1994 atau 1995.
Walaupun begitu aku memang kenal Mael (tapi dia memang tak kenal aku...heheh). Maklum lah masa tahun 1993 kami berjiran. Rumah flat sewa abang aku di Taman Kosas, Ampang berhadapan dengan blok rumah Mael. Dari tingkap rumah kami memang jelas nampak rumah beliau. Gold Disc yang tergantung kat ruang tamu rumah dia pun aku boleh nampak. Zaman tu Mael berambut pendek tapi berekor panjang di belakangnya. Boleh dikatakan hampir tiap2 petang aku nampak dia main sepak takraw kat bawah blok. Dan kekadang terserempak juga dengan Izo masa dia datang.
Tapi memang aku tak ambik tau pun pasal sememangnya aku tak berminat. 2 lagu dari Timur Barat yang aku tau pun hanyalah C T Cinta Kenangan Silam (selalu keluar radio) dan Hairan Bin Ajaib (keluar kat Muzik Muzik TV3 member aku rakam dan tunjuk kat aku). Tapi bila aku dengar Kita Pengyu aku rasa bersemangat pulak untuk mendengar album2 lain mereka.
Dula aku beli kaset (dah hilang) dan akhirnya upgrade ke cd. Timur Barat tak lah sebest Kita Pengyu. Pengaruh thrash terutama Metallica mereka pun baru sikit2. Mungkin lagu Talam Dua Muka yang ada bunyi2 thrash. Lain2 banyak lagu slow (3) dan mid tempo (3). Lagu heavy pun cuma 3. Paling boringnya album ini di bazirkan dengan lagu minus one C T Cinta Kenangan Silam.
Terus terang aku menyampah C T Cinta Kenangan Silam...meleweh...sekali lagu mengeja pada aku dah cukup...kalau ke 2 dah jadi bosan. Kalau lagu slow lagi sedap lagu Ikatan atau Impian Seroja. Tapi untuk Timur Barat aku menyukai lagu2 mid temponya seperti Lagu Dari Aku, Hairan Bin Ajaib dan Cekal. Memang menangkap. Best!
Timur Barat bukanlah album XPDC yang terbaik. Seperti tajuknya iannya adalah album yang masih mencari arah. Patut ada jika anda die hard sahaja. Tapi solo2 Izo memang sedap. Sangat catchy dan melodic. Pada aku selain Awang BPR, Izo lah yang mepunyai solo2 yang sangat catchy dan melodic.

rock melayu,
Smells Like Teen Spirit 90's,
XPDC
Friday, December 21, 2012
Battle Hymns
Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30
Manowar - Battle Hymns (1982)
Ini adalah album pertama Manowar. Ianya sedikit berbeza dengan album2 mereka yang kemudiannya. Berkemungkinan Joey DeMaio dan Ross The Boss pada ketika itu masih tercari-cari arah tuju Manowar. Walaupun mereka mengatakan yang mereka adalah paling true dan paling berat, tapi kenyataannya separuh daripada lagu2 dari album ini hanyalah lagu2 straight hard rock yang biasa.
4 lagu yang pertama "Death Tone", "Metal Daze", "Fast Taker" dan "Shell Shock" adalah lagu2 yang mempunyai pengaruh NWOBHM. Malah lagu 'Shell Shock" kedengaran seperti ACDC di telinga saya. Tetapi 4 lagu yang terakhir "Manowar", "Dark Avenger", "Battle Hymn" dan juga instrumental Joey "William's Tale" merupakan lagu2 yang menjadi signature Manowar di masa mendatang.
"Dark Avenger" dan "Battle Hymn" adalah lagu pilihan saya. Epic dan power metal gaya Manowar yang menjadikan mereka salah sebuah band metal kegemaran saya. Kemungkinan perbezaan lagu2 dari album ini berbanding album2 mereka yang mendatang adalah lagu2nya kebanyakannnya ditulis oleh Ross The Boss sebelum Joey jadi gila kuasa mencipta kebanyakan lagu2 Manowar di masa mendatang...heheh...
Apa2 pun, ini sememangnya sebuah album metal yang bagus tetapi jika anda baru pertama kali hendak mendengar Manowar, mungkin ini bukanlah album yang sepatutnya anda bermula.
***Saya masih belum berpeluang untuk memiliki Battle Hymns MMXI...dan masih menunggu untuk The Lord of Steel...

Manowar,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, December 20, 2012
PMR
Kesinambungan dari entri >NI<... resultnya dah dapat pun semalam.
Alhamdulillah...walaupun targetnya 9A tak tercapai...tapi dah cukup syukur dah...yang tak dapat A pun cuma Bahasa Arab...maklumlah aliran agama macam anak aku ni memang terpaksa ambik lebih satu mata pelajaran. Arab punya pasal tak dapat lah straight A's. Tapi takper la...aku tau arab memang susah...dia pun bukannya ada backgroud sekolah arab...bapaknya pun cuma tau Ainun = Mata, Raksun = Kepala, Jumjumatun = Tengkorak...(ni sekolah agama darjah berapa ntah ada belajo...sampai sekarang pun tak lupa...hahaha)
Dengan keputusan 8A ni, azab dia dah lepas...dan macam biasa kali ni turn makbapak dia punya azab...tu hari dah janji macam2 kan....haa...ambik!... 1Malaysia...Janji Ditepati...heheh..
Tahniah anak abah!

Wednesday, December 19, 2012
Creatures of the Night
Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30
KISS - Creatures of the Night (1982)
Sebelum bercerita pasal album ini, ada beberapa perkara yang patut diketahui pasal Creatures Of The Night.
1- Walaupun gambar dan nama Ace Frehley ada dalam album ni tapi sebenarnya dia tidak terlibat langsung dalam pembikinan COTN.
2- Solo2 dalam album ni di mainkan oleh gitarist jemputan seperti Bob Kulick (W.A.S.P.) - jangan terkonpius dengan Bruce Kulick yang jadi anggota KISS untuk album Asylum hingga Carnival of Souls: The Final Sessions. Tapi tu adik beradik dia jugak.
3- Lain2 gitarist jemputan adalah Robben Ford, Steve Farris (Mr. Mister - kumpulan 80an yang popular ngan lagu Broken Wings dan Kyrie tu) dan Vinnie Vincent (turut terlibat dalam mencipta lagu)
4- Eddie Van Halen hampir2 nak join untuk ganti Ace Frehley tapi last minit tak jadi akhirnya Vincent Vincent terpilih untuk jagi gitaris tetap.
5- Bryan Adams...yer yang lagu (Everything I Do) I Do It For You tu turut terlibat dalam mencipta 2 lagu "Rock and Roll Hell" dan "War Machine"
Album ni sebenarnya adalah album yang Paul Stanley dan Gene Simmons cuba back to basics. Setelah 2 album disco Dynasty dan Unmasked dan sebuah konsep album Music from "The Elder" yang gagal di pasaran dan peminat pun tak suka. Mereka kembali bermain hard rock.
Hasilnya terlahirlah album KISS yang heavy (pada ketika itu la). Kemasukan Eric Carr sememangnya memberi kesan kepada sound KISS. Dengarkan sahaja lagu pembukaan Creatures Of The Night. Sound drumnya lebih power...besar...gah...dan sememangnya dia lebih bagus dari Peter Criss. Walaupun dia tak boleh nyanyi lagu Beth...heheh..
Sememangnya ini adalah salah satu album terbaik KISS, sayangnya ianya selalu dibayangi sebagai album yang tiada Ace Frehley. Sebenarnya ketiadaan beliau tak memberi kesan yang besar pun. Sama jer macam ketiadaan Peter Criss. Ini adalah KISS yang berwajah baru.
Lagu2 seperti Creatures Of The Night, Rock And Roll Hell, War Machine, I Still Love You dan antem KISS "I Love It Loud" terus membawa KISS menjadi relevan di era 80an. Sememangnya salah satu album hard rock 80an yang terbaik.

Kiss,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, December 18, 2012
Upside Down
Upside Down (2012)
Sebuah lagi filem yang ditunggu2. Pertamanya kerana selalu benar terlihat gazetnya di depan opis dan keduanya kerana Kirsten Dunst.
Filem ini kalau tak silap masih belum ditayangkan di US. Versi sedut yang ada di internet adalah versi bahasa Russia. Tak berapa pasti samada versi US nanti adalah sama dengan versi ini. Kat Malaysia kalau tak silap tayanganya 27hb ini.
Saya mengharapkan ianya sebuah cerita pengembaraan sains fiksyen berdasarkan gezetnya. Rupanya ia adalah sekadar kisah cinta. Cerita begini memang tak tercapai dek akal kalau nak memikirkan logiknya. Dunia yang terbahagi dua yang tiada langit kerana ada dunia lain diatasnya yang terbalik.
Kisah cinta terhalang antara pemuda dunia bawah dengan gadis dunia atas ni tidak lah menarik sangat pun. Setakat biasa2 sahaja tetapi kalau dari segi teknik kecanggihan kesan khas CGI nya memang boleh buat ternganga. Memang cantik. Terpaku nengok.
Kesimpulannya Upside Down = CGI > Kirsten Dunst
heheh...
Monday, December 17, 2012
Diver Down
Lagi album klasik yang dah 30 tahun
Van Halen - Diver Down (1982)
Ada 2 sebab kenapa anda harus mendengar album ini. Lagu "(Oh) Pretty Woman" dan kerja gitar hebat Eddie Van Halen.
Kalau anda pernah menonton filem yang membuatkan Julia Roberts jadi popular "Pretty Woman", tentu anda pernah mendengar lagu "(Oh) Pretty Woman" dari Roy Orbison. Tapi pernahkah anda mendengar lagu itu dalam versi Van Halen? Kalau belum...anda sememangnya belum cukup rock...heheh...
Dulu saya ingatkan lagu ni memang lagu Van Halen. Tapi bila cerita Pretty Woman keluar, baru tahu yang lagu tu lagu cover. Gila best rif dan solo Eddie dalam lagu ni. Video klip dia pun lawak tapi pernah kena banned dengan MTV.
Diver Down bukanlah album penuh Van Halen. Separuh daripadanya adalah lagu2 cover. Antaranya lagu "Where Have All the Good Times Gone! - The Kinks" (lagu ke 2 The Kinks yang VH kaver selepas "You Really Got Me') dan jugak lagu klasik Motown "Dancing in the Street".
Mendengar solo2 Eddie di dalam album ni mengesahkan kenapa nama Eddie Van Halen sentiasa berada di kedudukan atas dalam senarai gitaris terbaik dunia. Walaupun album ini bukanlah album VH yang patut anda ada, tetapi lagu2nya memang sedap2 belaka.
Pada saya, VH zaman David Lee Roth adalah yang terbaik. Walaupun Sammy Hagar pernah menghasilkan klasik album macam 5150 dan Balance. Tetapi tetap tak boleh celen zaman 6 album awal VH termasuk yang ini.

Van Halen,
Youth Gone Wild 80's
Saturday, December 15, 2012
Be Quick Or Be Dead
Ok...ni versi 20 tahun riak maidenwi.
Aku takder satu pun LP atau pun box set...tapi aku rasa tak ramai peminat tegar Maiden ada bendalah ni..
IRON MAIDEN - BE QUICK OR BE DEAD Single (1992)
Single dalam bentuk kaset yang menyambut ulangtahunnya yang ke 20.
Terdapat 3 lagu di dalamnya
1 - "Be Quick or Be Dead"
2 - "Nodding Donkey Blues"
3 - "Space Station #5" (Montrose cover)
sayangnya versi ni takder part yang Bruce mengumpat Rod Smallwood tu...
takder benda yang boleh nak di riak...riak kaset ni pun jadi la...heheh...
agak2...kalau letak kat ebay...berapa RM ek boleh pegi...

Iron Maiden,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Friday, December 14, 2012
Utopia Banished
Lagi yang dah capai 20 tahun
Napalm Death - Utopia Banished (1992)
Grindcore bukanlah kegemaran saya. Sebab itu bila pertama kali mendengar Scum, saya agak kurang berminat dengan Napalm Death. Tetapi segalanya berubah bila mereka mula bermain death metal ala Florida terutamanya untuk album Harmony Corruption.
Utopia Banished adalah kesinambungan dari Harmony Corruption. Walaupun ada yang berkata mereka kembali bermain grindcore tetapi bagi saya yang buta genre ni Utopia Banished adalah lebih kepada death metal. Saya bukanlah pandai tetapi sound gitar Mitch Harris dan Jesse Pintado memang berbunyi seakan2 sound band death metal. Mana mungkin dorang bermain seperti Scum lagi selepas Mick Harris, satu-satunya band member asal di era Scum juga meninggalkan mereka.
Walaupun saya lebih menyukai Harmony Corruption, tetapi ada juga beberapa lagu dari Utopia Banished yang pada saya best. 'The World Keeps Turning', 'I Abstain', Idiosyncratic dan 'Dementia Access' adalah diantaranya. Pada saya mendengar lagu2 ini di waktu memandu adalah sangat menyeronokkan tetapi mendengarnya sambil memandu di jalan2 yang ada kamera AES adalah amat tidak di galakkan...heheh...
**Sehingga kini, saya tidak mempunyai walaupun satu cd Napalm Death. Ketika saya kemaruk mengupgrade kaset2 saya ke cd. Saya lebih mengutamakan band2 heavy metal 80an termasuk band glam metal seperti Poison...hmmm...mungkin juga saya seorang poser...heheh...

Napalm Death,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, December 13, 2012
Sudah Sampai Sini - Kellie's Castle
Antara tempat yang kalau jalan jalan ke Ipoh mesti kena pergi...
Tapi rasanya tak pernah pulak di buat orang pergi ke sini di waktu malam jumaat kliwon jam 1 pagi.
Sebenarnya nak pergi siang, tapi jadual ketat, tak sempat. Dengan terkial2 mencari jalan, gps pulak tetiba gagal berfungsi, tanya orang sana sini (ada yang was2 nak tunjuk jalan...maklum la mana ada orang malam2 buta nak pegi tempat cengini...ni orang ker apa yang tanya ni...hahaha) last2 sampai sini ngam2 pukul 1 pagi.
Sayangnya tempat ni waktu malam berkunci. Tapi takder pengawal. Dapat jugak lah masuk lalu celah2 pintu pagarnya. Tapi sampai kat area parking dan tempat jual tiket ajer la. Rupa2nya nak masuk sini kena bayar. RM4. Nak ke arah istananya ada satu lagi pagar. Cadang macam nak lompat jer masuk....tapi mengenangkan suasana yang gelap gelita. Langsung takder lampu kat area istana tu....saspen jugak...dah lak takder lampu suluh...giler nak jalan meraba...
Akhirya takat bergambo kat area huruf ni ajer la...perhatikan kat belakang tu la area istana...tak nampak apa gelap gelita satu lampu pun takder...patutnya dorang bagi masuk waktu malam...baru la adventure.
btw...di dalam gambar tiada makhluk aneh kelihatan kecuali biras,adik ipar dan anak sedara yang turut serta...heheh...
Wednesday, December 12, 2012
Antem
Album rock melayu yang dah pun 20 tahun
Hattan - Antem (1992)
Kalau anda tanya apakah album rock penyanyi solo melayu lelaki selain Ramli Sarip yang saya suka. Jawapan saya hanya ada dua. Samada Aris Ariwatan - Aris (1994) ataupun album ini, Hattan - Antem.
Saya asalnya tidak berminat dengan Hattan atau bandnya FRU. Malah sehingga sekarang pun saya saya hanya menyukai 3 album awal beliau sahaja. Malas nak menaip panjang. Mungkin ada boleh baca bagaimana saya menyukai album ini di >SINI<.
Album ni agak berbeza dari album pertama beliau. Kali ini muziknya mula terarah kepada blues rock. Bolehlah dikatakan semua lagunya sedap2 belaka. Yang rock leleh tu dah tentu2 la kan. Saya mengaku lagu cintan Dari Kekasih Kepada Kekasih itulah antara punca utama saya membeli kaset ini.
**Dulu saya selalu terpikir, kalau saya bersanding nanti dan kalaulah boleh pengantin rekues lagu. Ingin saya mendengar lagu Antem Pengantin Baru ketika saya di atas pelamin...tapi bila kejadian tu benar2 belaku. Kedua2 belah samada rumah saya dan rumah isteri tiada langsung memainkan lagu. Di rumah saya tiada acara bersanding dan kedua orang tua kami tak suka majlis yang bising...heh..

Hattan,
kaset,
rock melayu,
Smells Like Teen Spirit 90's
Tuesday, December 11, 2012
Istanbul Aku Datang
Cerita melayu. Jarang saya nak berkongsi cerita pasal filem melayu.
Istanbul Aku Datang (2012)
Kalau ada yang minta cadangan filem romantik komedi apa yang patut ditonton semasa Valentine Day tahun depan, Saya tidak akan teragak2 mencadangkan filem ini.
Saya rasa cerita ini memang setanding dengan cerita2 romantik kemedi Hollywood. Sangat menghiburkan. Tidak perlu lawak-lawak bodoh untuk ketawa. Lakonan Lisa Surihani memang kiut. Beto Kusyairy nampak sempoi. Tomok pula....errr...arrr....arghhh...ok la..kali ni saya maafkan dia...heheh...
Lokasi cantik di Istanbul betul2 digunakan dengan sebaik2nya. Thumbs Up untuk pengarahnya. Istanbul Aku Datang dan Pisau Cukur membuktikan Bernard Chauly memang sangat bagus untuk filem-filem bergenre begini.
Kalau nak komplen pun mungkin lakonan Aizat. Kayu! Tapi yang mamat Turki tu bagus.
Hmmm...nampaknya ada juga filem melayu yang boleh masuk kepala saya tahun ni.
XOXO D publish....

Monday, December 10, 2012
The Crimson Idol
Lagi yang menyambut ulang tahun ke 20
W.A.S.P. - The Crimson Idol (1992)
Asalnya ini bukanlah album W.A.S.P. tetapi merupakan projek solo Blackie Lawless. Tetapi atas kehendak peminat dan syarikat rakaman mereka menggunakan juga nama W.A.S.P. Untuk makluman ini merupakan konsep album.
Kebanyakan album tahun 90an yang dihasilkan oleh band2 rock/metal 80an, jarang memuaskan hati saya. Ambik contoh Motley Crue, Dokken malah Metallica atau Slayer sekalipun. Tetapi The Crimson Idol berlainan. Blackie tidak menjadi komersil. Saya sememangnya amat menyukai album ini. Mungkin bagi die hard W.A.S.P mereka sedikit kecewa kerana ketiadaan Chris Holmes. Tetapi bagi saya ianya mungkin blessing in disguise.

Bob Kulick (Kiss) mengalas tugas menyolo dengan baik sekali. Malah rasanya lebih baik dari Chris. Ada antara solo melodicnya mengingatkan saya kepada Iron Maiden. Itu tak pelik kerana mereka di bawah pengurusan yang sama. Sebenarnya ini bolehlah dikatakan sebagai supergroup juga kerana drummernya juga bukannya calang2 oarang...Frankie Banali dari Quiet Riot.
Bagi saya selain Savatage - Streets, A Rock Opera, Queensryche - Operation: Mindcrime dan Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son, ini adalah konsep album rock/metal terbaik sepanjang zaman dan mungkin jugak album terbaik W.A.S.P.
Ok la...saya akui jalan ceritanya yang berkisar pasal rockstar memang agak cliche dan cheesy. Tapi lagu2nya memang sedap. Walaupun cuma tinggal Blackie, sound masih tetap W.A.S.P. Lagu2 seperti The Invisible Boy, Chainsaw Charlie, I Am One, Doctor Rockter memang terbaik. Dan yang paling berhantu pada saya dah tentulah lagu slow Hold On To My Heart...memang klasik!
REKOMENDED!
Bagi saya selain Savatage - Streets, A Rock Opera, Queensryche - Operation: Mindcrime dan Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son, ini adalah konsep album rock/metal terbaik sepanjang zaman dan mungkin jugak album terbaik W.A.S.P.
Ok la...saya akui jalan ceritanya yang berkisar pasal rockstar memang agak cliche dan cheesy. Tapi lagu2nya memang sedap. Walaupun cuma tinggal Blackie, sound masih tetap W.A.S.P. Lagu2 seperti The Invisible Boy, Chainsaw Charlie, I Am One, Doctor Rockter memang terbaik. Dan yang paling berhantu pada saya dah tentulah lagu slow Hold On To My Heart...memang klasik!
REKOMENDED!
Labels:
1992,
cd,
rekomended,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's,
WASP
Saturday, December 8, 2012
Premium Rush
Premium Rush (2012)
Sebuah lagu filem Joseph Gordon-Levitt yang ditunggu-tunggu. Sayangnya cerita ini agak mengecewakan saya. Jalan cerita seperti filem grade B yang membosankan. Terasa seperti menonton cerita mat rempit melayu minus lawak2 bodohnya. Sememangnya ini cerita perihal mat rempit pun. Tapi mat rempit omputeh guna basikal.
Ok saya akui, aksi2 berbasikalnya memang awesome. Tapi dari segi lainnya memang hampeh. Rasanya filem ini tidak membantu pun credibility JGL sebagai pelakon yang baik. Tak tau kenapa dia terlibat dalam cerita begini. Mungkin bayarannya bagus.
Takper la...saya maafkan dia. Banyak juga pelakon2 yang baik tersalah pilih filem. Maaf...filem aksi begini bukan untuk saya. Takper la..saya tunggu Lincoln pula.
Friday, December 7, 2012
rio
Album pop terbaik yang dah 30 tahun.
Duran Duran - Rio (1982)
Saya telah didedahkan dengan muzik rock ketika saya disekolah rendah lagi. Tetapi ketika saya benar2 berminat dengan muzik bukannya berkubang mandi paya atau ber"bmx"(tahun 1983), saya dihidangkan hampir saban hari dengan muzik Duran Duran (angkara abang saya). Sebab itu tak hairanlah kalau pada ketika itu saya mengangap Duran Duran adalah the best band in the world.
Walaupun Seven and the Ragged Tiger adalah album penuh Duran Duran pertama saya tetapi lagu-lagu dari album Rio lah yang mengenalkan saya kepada mereka. "Rio", "My Own Way", "The Chauffeur" dan terutamanya sekali "Hungry Like the Wolf" dan "Save a Prayer" akan sentiasa membawa saya kembali menjadi budak 13 tahun yang mengimpikan rambut ala-ala John Taylor...heheh...
Bagi saya ini adalah album terbaik mereka kerana selepas daripada album ini muzik mereka lebih kepada sound synthesizer. Kerja gitar Andy Taylor masih jelas kedengaran dan yang paling saya suka, John Taylor membuktikan dia bukanlah sekadar berwajah jambu. Dengarkan sound bass dia, memang meletup-letup.
Selepas 30 tahun, saya masih tetap sama. Saya masih berangapan mereka adalah the best band in the world....tapi untuk kategori pop la...

Duran Duran,
unmetal,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, December 6, 2012
G@me
Khas untuk En. Portdy
G@me (2003)
Ini filem Jepun yang saya tertengok secara tak sengaja. Terjumpanya ketika mengodek aplikasi youtube di Andoid Tab cap ayam anak bongsu saya. Cadangnya mencari filem Usagi Drop yang disebut oleh En Portdy.
Saya bukanlah pakar cerita Jepun. Sememangnya saya tak pernah tau keujudan filem ini dan tak pernah kenal siapa pun pelakonnya. Tapi cerita ini benar2 berjaya menarik perhatian saya. Kalau anda pengemar cerita yang banyak twist and turn, G@me adalah filem untuk anda.
Cerita bergenre thriller/romance ini pada awalnya agak biasa2 sahaja. Kisah penculik dan yang diculik berpakat demi wang dan dendam. Tetapi pada 40-30 minit terakhirnya ianya menjadi semakin menarik kerana di situlah bermulanya twist2 yang diluar jangkaan.
Lakonan mantap Naohito Fujiki dan Yukie Nakama (sumpah saya tak kenal siapa mereka ini) sememangnya banyak membantu. Dan sebagai lelaki yang normal, sudah semestinya selepas ini saya akan mencari cerita2 lain lakonan Yukie Nakama pula...heheh...
Rekomended!

Wednesday, December 5, 2012
Sudah Sampai Sini : Lost World Of Tambun
Jalan2 cuti sekolah...
Cadangnya nak menginap di sini tapi biasa la time cuti sekolah...semua pun penuh.
Tiket masuk aku dah lupa dah berapa RM. Beli on-line bagus pasal dia selalu ada pakej promosi. Aku punya siap ada untuk Hot Springs & Spa. Sayangnya spa tu buka lepas pukul 6 pm. Tak sempat pasal petang tu nak balik awal. Satu lagi bagus beli on-line pasal tak payah beratur panjang kat kaunter tiket.
Yang menariknya Lost World Of Tambun ni, ia juga mempunyai amusement park (dah termasuk sekali dalam tiket masuk) dan tambah menarik permainan2 yang mencabar tu semuanya free. Kena rajin beratur jer la...Sayangnya roller coaster tengah dalam pembikinan.
Selain itu ia juga mempunyai Petting Zoo, Tiger Valley, Tin Valley dan macam2 lagi la. Pendek kata jenuh juga la kalau nak singgah semua tempat. Paling senang naik train tapi jenuh la pulak beratur panjang tunggu turn.
Paling best kalau pergi time pukul 3 pm. Ada Tiger Feeding show. Dapat tengok macamana dorang bagi harimau makan.
Kalau anda rasa harimau ni tersangat kiut...tunggu sehingga anda melihat penjaganya pula
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cadangnya nak menginap di sini tapi biasa la time cuti sekolah...semua pun penuh.
Tiket masuk aku dah lupa dah berapa RM. Beli on-line bagus pasal dia selalu ada pakej promosi. Aku punya siap ada untuk Hot Springs & Spa. Sayangnya spa tu buka lepas pukul 6 pm. Tak sempat pasal petang tu nak balik awal. Satu lagi bagus beli on-line pasal tak payah beratur panjang kat kaunter tiket.
Yang menariknya Lost World Of Tambun ni, ia juga mempunyai amusement park (dah termasuk sekali dalam tiket masuk) dan tambah menarik permainan2 yang mencabar tu semuanya free. Kena rajin beratur jer la...Sayangnya roller coaster tengah dalam pembikinan.
On board flight 666 |
Paling best kalau pergi time pukul 3 pm. Ada Tiger Feeding show. Dapat tengok macamana dorang bagi harimau makan.
Kalau anda rasa harimau ni tersangat kiut...tunggu sehingga anda melihat penjaganya pula
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
heheh... |
Subscribe to:
Posts (Atom)