Thursday, September 12, 2013

Now You See Me

Yang sempat ditonton minggu lalu...



Now You See Me (2013)

Siapa lah yang tak minat silap mata atau magic. Gusti dan magic adalah 2 benda yang budak-budak zaman aku paling senang terpengaruh. Dulu hampir-hampir aku nak percaya David Copperfield tu bela jin...hahaha. Selepas The Prestige (2006) and The Illusionist (2006), ini adalah filem bertema magic yang aku tunggu-tunggu. Ternyata ianya berbaloi.

Lama dah tak rasa perasaan "feel good" dalam menonton movie. Now You See Me memberikan aku perasaan tersebut. Walaupun sedikit rasa terperdaya pada penghujungnya. Mungkin itulah magic macam tagline movienya "Come in close, because the more you think you see, the easier it'll be to fool you". Tekaan aku siapa the Fifth Horsemen tak mengena. Memang twistnya langsung aku tak sangka. Tak nak cerita banyak nanti spoiler.

Jalan cerita menarik, pace ceritanya bergerak pantas dari satu plot ke plot, tak boring. Mengumpulkan pelakon-pelakon hebat mengingatkan aku kepada Ocean's Eleven. Walaupun bukanlah dari A-list. Tetapi lakonan Morgan FreemanMark Ruffalo dan Woody Harrelson memang hebat. Menarik juga bila melihat Jesse Eisenberg dengan watak yang berlainan dan gaya yang lebih tampan (heheh...)

Mungkin ada beberapa perkara dalam filem ini yang menimbulkan persoalaan dan tak logik. Tetapi macam menonton persembahan magic, ada perkara yang memang kita tak boleh nak explain. Betul atau sekadar ilusi.

Pada aku, filem ini memang menghiburkan. Best!





7 comments:

  1. "hampir-hampir aku nak percaya David Copperfield tu bela jin"

    jin yg besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa aku kecik2...ada org cakap David Copperfield tak berani nak masuk Malaysia...takut ilmu dia tak menjadi....hahaha...budak2 senang kena tipu...

      Delete
  2. Yg tak di sangka2 mark ruffalo tu rupanya mastermind dia..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..spoiler pulak.heheh..ada sekuel filem ni nanti

      Delete
    2. sesapa yg belum tengok...jangan baca komen yg di atas...hahaha...

      Delete
  3. samalah kita, baru menontonnya minggu lepas...

    sampai sekarang masih terngiang-ngiang ceritanya....

    part paling suka: Perlawanan Sleight of Hands antara Mark Rufalo dengan adik james Franco kat dalam aparment markas the four Horsemen tu...bestQ!

    ReplyDelete