Thursday, September 19, 2013

Still Cyco After All These Years

Lagi album yang dah 20 tahun.



Suicidal Tendencies - Still Cyco After All These Years (1993)

Nak kata album baru...Tidak. Nak kata kompilasi...pun tidak. Tetapi ini adalah rakaman semula kesemua lagu-lagu dari album pertama mereka (suicidal tendencies, 1983) sempena ulangtahun yang ke10 tahun album tersebut dan ditambah beberapa lagu dari album ke 2.

Tak pasti kenapa ianya di rakamkan semula. Dengar ceritanya album tersebut telah pun "out of print". Mungkin itu sebabnya atau ada yang kata Mike Muir ingin membuktikan dia masih Mike Muir yang dulu selepas album The Art of Rebellion yang agak komersial bunyinya. Atau saja nak cari duit lebih ketika tengah popuar. Tak kisah la apa pun sebabnya tetapi saya cukup tertarik untuk mendengar line-up Suicidal  versi thrash/metal membawakan lagu-lagu Suicidal versi hardcore.

Gambar pun mengikut kaver lama...cumanya kali ini hanya Mike Muir yang digantung terbalik. Yang lainnya tidak. Mungkin untuk mengambarkan hanya beliau sahaja anggota yang asal

Sememangnya hanya tinggal Mike Muir line-up asal. Rocky George, Robert Trujillo dan lain-lain adalah line-up baru. Di telinga saya memang tak pasti apa sangat bezanya antara hardcore dan metal ni. Yang pastinya hardcore takder solo gitar panjang. Itu jer kot bezanya. Dan disebabkan itu juga la rasa macam rugi pula tak dapat mendengar solo-solo dahsyat Rocky George dalam album ini. Mungkin Mike Muir tak mahu perubahan ketara dari versi asal. Memang sayang. Saya meminati Suicidal pun pasal kerja gitar Rocky. Lagi sayang beliau dah tak main metal pun sekarang.

Versi baru ni ada yang best. Ada juga tak berapa best terutama bab vokal Mike Muir. Macam kurang power dah. Tapi saya enjoy layan "Institutionalized". Lagu yang mengenalkan saya kepada Sucidal Tendencies selepas pertama kali mendengarnya dalam siri tv 21 Jump Street.







6 comments:

  1. Masa ni Rob Trujillo dah buat gimik kangkang main bass ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman tu takder youtube...tak merasa nak nengok camner gayanya Rob main...heheh...

      Delete
  2. Band ni kadang mcm band Biohazard gak sound dia..rob tu dah masuk metallica baru aku tau dia dari band ni asalnya..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak dengar Biohazard...antara kasetnya yang aku beli trial and error lepas baca Kerrang...

      Delete
  3. Wow! BIOHAZARD! Sama era Downset jugak diorang ni...

    ReplyDelete
  4. baru first time tahu pasal album ni.
    Biohazard yang New Yarrrk Brooklynnn gitu ye

    ReplyDelete