Lagi yang dah berumur 20 tahun...
Dream Theater - Awake (1994)
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghargai album ini. Pertama kali mendengarnya adalah pada tahun 1997. Tetapi pada ketika rasa agak sukar untuk menerima lantas meninggalkannya.
Falling Into Infinity (membeli cdnya pada 1998 atau 1999) yang lebih radio friendly membuatkan saya kembali mendengar album ini. Ketika itu ada beberapa lagu yang berjaya menarik minat saya. "The Silent Man" adalah salah satu darinya. Mungkin kerana lagu ini lebih pendek. Saya mempunyai masalah untuk hadam lagu progressif yang panjang.
Tetapi segalanya berubah selepas saya memiliki cdnya pada 2 tahun yang lalu. Kononnya sebagai persediaan jika saya pergi persembahan live mereka di Singapura pada tahun 2012. Rakan yang menemankan saya ke konsert Iron Maiden Singapura beriya-iya mengajak pergi. Tetapi atas beberapa sebab dan Dream Theater yang saya tahu cumanya album Falling Into Infinity, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi.
Tetapi ianya "a blessing in disguise", kerana disebabkan itu, cd ini berulang-ulang kali saya dengar. Akhirnya Awake dapat saya hadam. Pada saya ini mungkin antara album terbaik Dream Theater. Tambah pula ini adalah album terakhir yang mengandungi lagu-lagu dan lirik ciptaan Kevin Moore. "Space-Dye Vest" yang sedikit lain dari Dream Theater yang biasa pun semakin sedap bila banyak kali didengar.
Walaupun saya masih megalamai masaalah untuk lagu-lagu progressif yang panjang. Sering lost di tengah jalan. Tetapi saya sudah boleh menerima muzik mereka. Mungkin kerana muzik mereka adalah metal dan kurang meleweh jika dibadingkan dengan band progressif yang biasa. "6:00", "Caught in a Web", "Innocence Faded", “Voices”, "The Silent Man" adalah antara lagu kegemaran saya.
Pada saya bukan mudah untuk membuat muzik yang complex tapi dalam masa yang sama sedap untuk didengar. Mereka sememangnya pemuzik-pemuzik yang hebat.
Terbaik!
Kenal DT ni pun pasal lagu "silent man" tu lah..sayangnya kevin moore dah takda dlm DT.ini album wajib kalo sapa2 yg baru nak belajar dengar progresif metal
ReplyDeleteaku pernah ada album ni, tapi ia juga menjadi mangsa lelongan pasca projek mega 2011...
ReplyDeleteterperangkap dalam sesawang pada pukul 6 pagi, memang layan habis....
ReplyDeletetapi, macam ada dejavu rush... hhmmm.....
aku tak perna dengar lagu2 band ni tak kira lah dari mp3..
ReplyDeleteAku suka DT suatu masa dahulu pasal dorang betul2 versatile boleh rombak2 setlist gitu2 je tiap2 malam.
ReplyDeletedan kalau dorang main sama tempat dua malam, malam kedua ialah special dorang akan mains satu album penuh album yang dorang suka masa dorang budak2 gitu.
tu la dulu, aku suka cek setlist2 DT bila dorang tengah tour.
Tengok dorang sekali je, masa first time main kat Singapore early 2000s gitu, lagi dua kali dah tak..haha
"Pada saya bukan mudah untuk membuat muzik yang complex tapi dalam masa yang sama sedap untuk didengar."
ReplyDeletesebab tu kagum dengan band prog rock/metal.. cuma kadang depa agak self-indulgence atau nak tunjuk skill dengan buat lagu yang terlebih panjang (10-20 minit).. ini kes kalau nak layan kena cari masa yang kita betul2 tenang..