Bloodsheed - Ensaiklopedia The Best of (2012)
Ada beberapa album rock melayu tahun 80an yang saya teringin nak ada dalam bentuk cd. Paling dikehendaki adalah 2 album kumpulan Belantara, Belantara (1987) dan Srikandi Disisi (1988),selain Sofea(SYJ) - Kembali (1987), Gersang - Gersang (1988) dan Bloodsheed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987). Sayangnya sampai sekarang album-album ini tidak pernah diterbitkan dalam bentuk cd.
Bila pertama kali terbaca kisah album kompilasi dari Bloodsheed ini diterbitkan 2 tahun yang lalu. Jenuh juga mencarinya sehinggalah saya terjumpa cd ini di Muar pada tahun lalu.
Kompilasi ini menarik. Sayangnya saya sedikit kecewa kerana hanya ada 5 lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi. Tak kisah sangat tiadanya lagu "Nostalgia Rindu" dan "Manusia Dan Janji". Kedua-dua lagu ini ada dalam cd Battle of The Band. Tapi bila lagu "Ilusi Sebuah Mimpi", "Restu" dan slow rock kegemaran saya "Memori Biru" tiada...memang sedikit mengecewakan.
Mungkin yang minat album Samarkand akan gembira. Semua lagu ada. Saya tak kisah sangat pasal saya dah ada cdnya. Tetapi bila sampai 9 lagu dari album zaman mereka bertukar nama menjadi Blacksheed memanglah sangat hampeh. Minta maaf. Saya tidak berminat dengan album Villa Misteri dan kurang gemar dengan suara vokalisnya.
Masih menyimpan kaset versi Jack Sparrow ni. Dah 27 tahun dah usianya...kulitnya pun dah nak terbarai... |
Satu lagi yang agak mengecewakan hanya gambar dari Ilusi Sebuah Mimpi yang ada di inlay. Standard biasa bagi rilisan cd best of di Malaysia. Sekurang-kurangnya pun letak la gambar-gambar kaver album. Nak harap info lain memang jangan haraplah...
Tapi tak kisahlah...sekurangnya ada juga lagu "Peristiwa" dan "Pertumpahan Darah". Tak perlulah lagi saya mendengar versi MP3 yang soundnya tenggelam timbul dan sebu. Maklumlah di"convert" dari kaset.
macam best je...
ReplyDeleteAda jumpa cd ni kat pertama haritu..tapi senarai lagu aku tengok mmg takda lagu yg ko cakap tu..nostalgia rindu pun takda tak jadi aku nak beli
ReplyDeletekaset tu dah tahap rare gila.... salute!!!
ReplyDeleteSelalu nampak, tapi tak beli2. Mungkin lain kali...
ReplyDeleterugi tu..tak ada lagu power dari album pertama
ReplyDeleteLast jumpa Rosdan masa gi kenuri umah kakak dia...Mujur dia yang tegur dulu sbbnya gua pun tak perasankan dia sebab dia dah potong semua rambut...hehe
ReplyDelete