Satu lagi tarikan terbaru di Johor Bahru khas untuk mak bapak perabiskan duit untuk anak-anak adalah Angry Birds Activity Park.
Terletak di Komtar JBCC. Tapak Komtar lama yang dah diupgradekan menjadi Komtar Johor Bahru City Center.
(ok...gambar kat atas tu gambar lama...tu masa promosi kat Galleria Kotaraya...sekarang kereta kemek kena hempap dengan Angry Bird tu dah ada kat depan Komtar JBCC)
Bagi mat rock JB yang membesar di era 80an memang rasa sedih la bila Komtar ni dah berwajah baru. Semua tempat lepak mat rock macam B Sound Studio, Kedai baju Rock Station dan kedai kaset depan eskalator tempat Bandi Amuk kerja tu semua dah tinggal kenangan. Komtar baru ni kedai cd pun takder. Semua kedai branded. Nak masuk pun takut...apa nak buat...but the memory remains...
Ok..ok...berbalik pada kisah Angry Birds...sebenarnya taman tema dalam Komtar JBCC ni baru sahaja di buka pada 31hb Oktober yang lalu. Dan aku antara yang bernasib baik dapat masuk secara percuma sehari sebelum hari pembukaannya. Kira pre-opening la...khas untuk company orang rumah yang juga tuan punya pada Komtar JBCC ni.
Dapat masuk 2 jam jer pun...takper la...yang penting free..tapi bagi sesiapa yang nak datang sini kalau tak silap tiket masuknya RM60 (mykad) satu kepala. Budak 3 tahun ke bawah free. Boleh juga ambil pakej keluarga (2 dewasa 2 kanak-kanak) RM180. Ada juga pakej pas musim berharga RM180 satu kepala dan pakej keluarga berharga RM550.
Mahal?...berbaloi ke tak?...tu aku tak boleh nak jawap...benda macam ni subjektif...tu kena tanya budak-budak...pasal majoriti permainan kat sini memang untuk budak-budak...bukannya untuk makbapak....tapi kalau ditanya kat anak aku...dia jawap best!..tapi dia tu apa pun tanya...kalau bab main-main ni semua dia kata best...
Yang aku suka dia indoor...tak panas. Keluasan dalam 26,000 kaki persegi. Kalau tak silap ada 24 jenis permainan. Antaranya Laser Bird Scoot, Anti-Gravity Trampoline, Space Drop Airbag, Giant Leap Foam Pit, Piggy Shooting Gallery, Captain Black Bird Ship, Lazer Maze Spaceship, Space Drop Airbag, Panna Soccer, Red Bird Goat and Air Parkour Track dan macam-macam lagi...(aku ni copy paste ajer ni...so korang jangan tanya aku macam-macam pasal game-game ni semua...lainlah kalau dorang bayar aku...hahaha...)
Dikatakan ini adalah yang pertama di Asia Tenggara. Tak kisah la tu...layan jer la gambar...antara aktivitinya adalah menembak macam kat dalam game..
Ni antara aktivi yang sesuai untuk remaja...makbapak kalau nak try pun ok kot...
Satu pesanan...jangan lupa bawa stokin. Masuk dalam ni tak boleh pakai kasut mahupun selipar jepun. Kena kaki ayam tapi wajib pakai stokin untuk tujuan hygiene. Kalau tak bawa...boleh
Makbapak kalau tak nak masuk boleh lepak kat atas macam kat gambar ni...aku tak sure ada makan-makan ker tak...pasal aku tak pergi situ. Tapi anak bawah 10 tahun makbapak kena ikut masuk.
Last yang paling menarik pada aku bila locker simpan barang untuk disewa menggunakan perkataan "gerobok". Ini barulah Johor!
Dah bukak ye mall ni? Badan book store ada?
ReplyDeletetakder..semua kedai lejen dah takder...ganti ngan kedai branded macam Mark & Spencer tu semua...
DeleteHahaha...gerobok eh..angry birds jawa ni..heheh..dah bukak eh komtar baru?tapi tu la mcm ko cakap takda lagi kedai2 legend kat situ..komtar yg dulu jugak best..mmg port mat2 rock je..tapi haritu auntie Victoria Amcorp cakap kat aku victoria nak bukak satu branch kat situ..
ReplyDeletebahaya tu kalau Victoria bukak kat sini...iskh...rachun donia ni...hahaha...
DeleteVictoria barang menarik tapi mahal. Aku prefer Yee Hai Muar/Melaka yg buka cawangan hahaha....
Deletetak kisah la kedai apa pun...janji yang betul2 jual cd..kalau ada vinyl lagi bagus....ni sekarang kat JB dah pupus dah kedai2 cd yang bagus....memang hampeh...
Deletemenarik..
ReplyDeleteanak dah besar sikit boleh la try bawak sini...
DeleteBukan sewa stokinnya... tapi beli.... Rm 3.
ReplyDeleteuntuk yg kaki besaq ni harus beli dulu kat Fos bawah tu. Aku dah kena huhuhu
ooo...kena beli eh...noted. Aku betulkan ayat kat atas...tu hari aku pergi awal2 dorang dah bagitau sila bawa stokin...
DeleteAda kedai doc mart. Aisyah sure suka tempatnie
ReplyDeleteMcm menarik.. Masuk dlm senarai..
ReplyDeletebest kanns ., ;p
ReplyDelete