Thursday, November 20, 2014

Throwback Thursday : Reckless

Sempena 30 tahun usianya pada 5hb November yang lalu..


Bryan Adams - Reckless (1984)

Lama betul tak dengar album ni. Kali terakhir 5 tahun yang lalu ketika membuat entry berkenaannya >SINI<

Reckless sememangnya mengembalikan kenangan zaman awal sekolah menengah saya. Zaman hidup tanpa masalah. Kalau ada masalah pun adalah masalah yang di cari sendiri. Tak buat kerja sekolah contohnya. Saya bukanlah nakal sangat tapi tak juga baik budaknya. Bak kat GNR pun "Nice boys dont play rock n roll.."

Reckless mengandungi lagu-lagu yang menjadi soundtrack hidup saya. Kalau ada filem tentang diri saya sudah pastinya salah satu lagu dari lagu-lagu berikut - "Run to You", "Somebody", "Heaven", "Summer of '69", "One Night Love Affair"dan "Kids Wanna Rock"akan menjadi latarbelakangnya. Ini memang salah satu album kegemaran sepanjang hayat saya.

Sedikit trivia bagi mereka yang malas nak google...

- Terjual sebanyak 12 juta salinan di seluruh dunia.

- 6 singles dari album ini berjaya menduduki top 15 dalam carta US Billboard Hot 100. Hanya Michael Jackson's Thriller and Bruce Springsteen's Born In The USA sahaja yang dapat menyaingi rekod ini.

- No 49 dalam Kerrang!s "100 Greatest Heavy Metal Albums of All Time"

- No 99 dalam Greatest Rock Album of All Time by Classic rock




Dan pada sesiapa yang berminat, album Reckless special 30th Anniversary edition akan diterbitkan pada bulan ini. Ada 4 disc yang mengandungi album Reckless bersama bonus 7 lagu "previously unreleased track" dan rakaman live di Hammersmith Odeon tahun 1985. Ada juda dvd  Reckless - The Movie dan versi audio Blu Ray rakaman asal dan remastered. Ada juga versi limited edition 2 lp vinyl katanya.

Memang meleleh la tengok....Ntah bila la nak tersepak duit...




4 comments:

  1. album kompilasi "tayar" dah masuk dalam senarai menunggu estock ;)

    ReplyDelete
  2. aku ingat kan tadi bukan album rock,

    ReplyDelete
  3. Lagu heaven tu mmg betul nostalgik.

    ReplyDelete
  4. Aku baca2 jugak pasal comments pasal nak release deluxe 5 disc reckless tu takde lagu Diana, then ada orang dapat jumpa Bryan Adams terus face to face tanya kenapa takde lagu Diana, dia jawab "respect" ke hapa ntah...
    Tapi tengok la kalau harga murah, ni dalam wishlist aku... Tapi ni berapa jam lepas baru release news Rainbow boxset yang so far vinyl je dan Deep Purple Made In Europe, which is actually tasty la kalau yang Live in Paris tu ada

    ReplyDelete