Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan November ini.
Deep Purple - Stormbringer (1974)
2 album dalam setahun biasanya bukanlah langkah yang bijak. Tak pasti kenapa Deep Purple tergesa-gesa menerbitkan Stormbringer. Mungkin juga kerana Glenn Hughes dan David Coverdale terlampau teruja untuk mengambil alih Deep Purple. Hasilnya Deep Purple semakin berubah arah. Tak hairanlah kalau Ritchie Blackmore meninggalkan mereka selepas dari ini.
Kalau Burn masih pekat lagi dengan sound heavy rock n roll atau hard rock, tetapi Stormbringer lebih kearah latarbelakang Glenn Hughes yang lebih kepada R&B boogie rock, funk, soul dan blues. Cuma lagu yang menjadi tajuk album "Stormbringer" yang masih kedengaran seperti Deep Purple yang asal. Tak pelik pun kerana ini lagu Ritchie Blackmore.
Walaupun begitu, satu keistimewaan Stormbringer adalah "Soldier Of Fortune". Ini lagu wajib untuk zaman David Coverdale. Malah ianya juga lagu wajib bagi budak-budak melayu belajar main gitar zaman penghujung 70an atau awal 80an dahulu. Sememangnya inilah antara lagu terawal yang saya belajar main gitar selain Highway Star, Always Somewhere dan Wonderful Tonight.
Tak banyak sangat yang saya minat dari album ini selain "Soldier Of Fortune" dan "Stormbringer", mungkin "Holy Man" dan "Hold On".
Apa-apa pun terimakasih kepada Rafi Xyrus Zone kerana menghadiahkan versi vinyl yang menjadi rachun yang sangat berbisa...hahaha....
Observation aku zaman Stormbringer ni ramai orang melayu suka la..
ReplyDeleteI mean kalau tengok abang2 lobang sekarang, kakak2 sekarang yang dalam sekian2 umur, this is one of their albums...Rasanya those sekolah menengah in the late 70s.
tu Soldier of Fortune punya penangan la...
DeleteDah 40 tahun eh..tahun 74 aku pun lum lahir lagi..cd DP yg kasi hari tu pun aku tak bukak lagi bro masih sealed lagi..heheh..kira stormbringer dgn thin lizzy pc kokak la yg jadi ibu santau sampai dah beranak pinak ni eh..heheh..
ReplyDeleteHmmm... aku prefer album Burn . Yg ni pun ok juga.
ReplyDeletesoldier of fortune.... hmmm lagu classic yang susah nak dengar versi live. Deep purple pun tak nak main... Dave Coverdale pun jarang bawa lagu ni.