YA ALLAH
Peliharakanlah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Pemudahkan mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka dari perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkan hati mereka untuk menjawap setiap soalan dengan betul.
YA ALLAH
Berikanlah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat dilanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa.
YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untik diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat.
Amin
Hari ini, anak sulong saya menghadapi peperiksaan SPM. Cepat betul masa berlalu. Masih teringat-teringat kali pertama menghantar dia pada hari pertama persekolahan. Hari ini dah nak abis sekolah dah. Abahnya tetap sama...perasaan dup dap dup dap tetap ada...
Semoga anakanda Norma Umairah dan anak-anak sahabat sekalian berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM ini.
Insha'Allah.
Amin.
ReplyDeleteRapat2 eh.. nari melayu besok omputeh lusa maths biasa khamis agama then baru ada tarik napas sikit
betul deaf...4 paper awal ni rapat2 semua...yang 5 last tu baru lega sikit...btw...wife cikgu ker deaf? :)
Deletenope.. nothing to do with school langsung haha..
Deletetapi its tiring ok mentally.... abis lambat, pagi pereksa, mendangok tunggu 4 jam nak buat 2nd paper..
Deletedah penat petang, besok pagi peksa lagi...
Ni kira endurance test pun ada jugak tau...persiapan mental...
cehhhh...macam aku lak yang nak ambik peksa
Nasib juga anak aku duk asrama...jalan kaki jer pegi sekolah....so masa melangok 4 jam nak tunggu 2nd paper tu boleh juga la lepak2 kat asrama....Yang jenis duduk luar tak balik rumah tu yang kesian...penat menunggu...
DeleteSama jugak dengan anak sulong saya. Semoga merka bersedia dan dapat menjawab soalan dengan jayanya....
ReplyDeleteInsya Allah...Amin.
Amin...Insha'Allah.
Deletesemoga berjaya. Amin.
Deleteterimakasih.
DeleteGudluck..moga berjaya hendaknya..aminnn...
ReplyDeleteaminnn....
DeleteinsyaAllah bro. Banyak doa.
ReplyDeleteinsyaAllah...itu ajerlah yang parent boleh buat..bantuan dari jauh..
Delete