Tuesday, November 18, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Lagi kisah di Pulau Pinang...


Ini adalah kali ke 5 sampai ke Pulau Pinang...4 yang awalnya semua berkereta. Bermakna dah beberapa kali dah menggunakan jambatan dan perkhidmatan feri. Cuma jambatan baru tak pernah lagi di cuba.

Oleh kerana itu, dah alang-alang sampai ke sini, apa-apahal pun walaupun kereta sewa tetap juga mesti mencubanya.

Gambar atas adalah jambatan lama. Menggunakan GPS sewa yang tak dikemaskini. Kami tersesat ke jambatan lama. Tak kisahlah. Keluar dari pulau bukannya kena toll. Kami menyeberang ke Seberang Perai dengan tujuan untuk masuk semula ke pulau menggunakan jambatan baru.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Kali ini dengan hanya berpandukan signboard. Dapat juga kami menjejaki jambatan baru ini.

Info dari wiki - The total length of the bridge is 24 km with length over water at 16.9 km (10.5 mi), making it the longest bridge in Malaysia and the longest in Southeast Asia. The bridge was officially opened on 1 March 2014 at 20:30 MST and was named after the fourteen Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah of Kedah




Sayangnya ketika kami sampai kebetulan hari hujan. Tak bolehlah nak berjalan-jalan sambil mengambil gambar. Sebenarnya memang tak boleh berhenti pun. Tiada tempat berhenti pun di tengah jambatan. Tetapi disebabkan keadaan lengang. Sempat juga berhenti di tepi.



Sayangnya dengan hujan lebat dan langit yang mendung. Tiada apa pun gambar menarik yang boleh di ambil sangat.



Tetapi memang terasa janggallah hanya kereta kami sahaja yang ada di atas jambatan. Memang terasa pelik. Nasib waktu siang. Kalau malam terasa seram la jugak...hahaha...

Berbual dengan uncle pemandu teksi keesokan harinya baru saya paham kenapa tak ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan jambatan baru ini. Dengan tol setinggi RM8.50 (kalau saya tak silap...terlupa dah..) dan jalan yang belum siap di sebelah pulau (jem di waktu puncak - kawasan perindustrian) memang rasa tak berbaloi kalau hendak menggunakannya secara harian.

Inilah terjadi bila politik mengatasi kepentingan awam hinggakan nama jambatan pun menjadi suatu yang kontroversi.


Tak kisah lah...yang penting saya "sudah sampai sini".





6 comments:

  1. perna naik feri dan jalan jambatan lama tu, yang baru blum lagi...

    ReplyDelete
  2. Lama sangat aku dah tak sampai Pulau Pinang.. Lama sangat...
    Tapi kat tempat kerja aku ada budak2 Pulau Pinang, so aku dengarlah cammana keadaan sana, perumahan kat sana, peluang kerja kat sana....

    ReplyDelete
  3. Tol 8 henget?gila mahall..sampai sekarang aku teringat kata2 cina bukit penang tu "johor negeri tak selamat kalau nak melancong banyak kes jenayah"

    ReplyDelete
  4. jambatan lama dulu cas RM7 utk motokar (tak tau la rate sekarang, kena tanya muspeed)

    oh penang, my wasted years...

    ReplyDelete