Monday, November 24, 2014

Wings of Tomorrow

Juga yang menyambut ulangtahun ke 30...


Europe - Wings of Tomorrow (1984)

"and at the time, there was no such thing as Swedish metal movement going on, ‘til at the end of that year, when Europe won the Swedish national rock contest, so to speak, and they recorded an album which was first prize. And all of a sudden, there was this “metal boom”..." - Quorthon (Bathory)**


Mereka bukan hanya sekadar "The Final Countdown" atau pun "Carrie". 2 album awal mereka "Europe" dan "Wings of Tomorrow" pada saya adalah antara album terbaik heavy metal 80an. Sayangnya majoriti hanya mengenali mereka sebagai one hit wonder hair metal band.



Mungkin kalau 2 album awal tersebut yang terlebih dahulu dapat menembusi pasaran dunia sebelum album The Final Countdown, kredibiliti mereka sebagai sebuah band heavy metal akan lebih tinggi. Tetapi sayangnya bak kata pepatah orang Ulu Tiram, "You never get a second chance to make a first impression".  Maka, selamanyalah mereka dikenali kerana "The Final Countdown".

Berbeza dari album pertama mereka, mungkin kali ini ada sedikit elemen glam. Tetapi biasalah...ini tahun 1984. Muzik begini sedang meningkat naik. Tetapi kerja gitar John Norum memang cukup menyerlah. Solo-solo beliau yang secukup rasa dan tidak berlebih-lebih menjadikan kita ternanti-nanti solo-solo beliau yang berikutnya, "Aphasia" [instrumental] adalah salah satu hasil kerja terbaik beliau.


Lagu-lagu seperti "Scream of Anger" dan "Stormwind" akan membawa kita di zaman kegemilangan heavy metal 80an. Manakala "Dreamer" dan "Open Your Heart" adalah lagu perlahan/mid tempo yang jauh lebih baik dan sedap dari "Carrie".



Tabik juga kepada vokal Joey Tempest yang juga bermain keyboards untuk album. Walaupun ada yang tak suka The Final Countdown kerana menjadikan Europe berubah kepada glam metal. Tetapi saya cukup berterimakasih kepada album tersebut, kerana jika bukan kerana The Final Countdown sudah semestinya saya tidak akan mengetahui kewujudan 2 album awal mereka.

Best!



**dipetik dari http://www.metalunderground.com/news/details.cfm?newsid=77468




7 comments:

  1. dalam satu rancangan MTV, lagu the final countdown dapat no. 1 dlm senarai worst metal songs... lagu blow your speaker (manowar), mother (danzig) pun masuk senarai

    ReplyDelete
  2. Aku suka la Final Countdown. Then after that aku start dengar macam Dreamer tu semua... Wahhh... Europe ni alrite.
    Tapi tak follow up lagu2 baru

    ReplyDelete
  3. tu MTV tu mengarut...pada aku solo John Norum dalam Final Countdown memang terbaik..pendek...nampak mudah...tapi pergh...susah oo nak sebijik...

    ReplyDelete
  4. Aku terus masuk youtube dengar..mmg sedap la sound dlm album ni..dah mmg bole duduk sama ngan maiden,priest,quiet riot dah ni

    ReplyDelete
  5. We're just children of tomorrow
    Hangin' on to yesterday

    ReplyDelete
  6. betul lah.. aku hanya tahu satu lagu dorang ni final countdown..

    ReplyDelete