Tuesday, November 25, 2014

Rumah P. Ramlee

Lagi cerita di Pulau Pinang...


Tak rancang pun nak pergi ke sini. Kebetulan ternampak papan tandanya ketika pergi ke Pasar Karat Rope Walk. Berdekatan sahaja tempatnya. Anak-anak yang paling teruja nak singgah. Biasalah kat Malaysia ni siapa lah yang tak terpengaruh dengan cerita-cerita P Ramlee. Dari atuk nenek sampai ke cucu cicit...dari satu genarasi sampai ke genarasi yang lain...


Rumah papan beratapkan nipah ini dikatakan dibina oleh ayah P. Ramlee pada tahun 1926. Tapi ini bukanlah rumah yang asal. Cuma bentuk dan lokasinya masih dikekalkan. Teringat masa budak-budak dulu balik kampung rumah arwah atuk di Muar yang senibinanya lebih kurang macam ni. Sekarang mana nak jumpa. Kampung pun majoritinya dah rumah batu.


Ni ruang dapur. Lupa pula nak ambil gambar bilik tidur dan ruang tamunya. Kebetulan masa sampai tu  ada 2, 3 lagi keluarga yang turut melawat. Rumah ni bukannya besar mana. Ada satu bilik tidur ajer pun. Dah ramai-ramai tu sempit...susah pula nak ambil gambar. Tambahan pula sebenarnya kawasan di dalam rumah ini adalah kawasan tidak dibenarkan mengambil gambar. Kenapa?...Ntah...sila tanya Arkib Negara.


P. Ramlee dilahirkan disini pada tahun 1929. Ada banyak la koleksi barang-barang arwah dan foto-foto keluarga serta sejarah hidup beliau di letakkan di sini. Siapa peminat arwah memang seronok la dapat tengok benda-benda ni semua kan.


Ada tak mana-mana band metal berani letak nama macam ni? Ini baru true!!!


Basikal kepunyaan P. Ramlee juga ada dipamerkan selain sebuah sampan yang diletakkan di bawah rumah. Budak-budak dulu aku pernah bawak basikal tua macam ni kepunyaan arwah atuk. Kaki tak sampai tapi eksyen nak berkayuh jauh-jauh akhirnya tergolek dalam lumpur akibat basikal tersangkut kat tanah selut. Kenangan..


Ni paling lejen. Konpem budak-budak zaman sekarang tak pernah merasa jamban kat luar macam ni. Kononnya gambar di atas adalah merujuk kepada salah satu adegan dari filem Bujang Lapuk...heheh..


Bersebelahannya pula ada galeri yang menempatkan pelbagai barangan peribadi P. Ramlee. Gambar, poster filem dan macam macam lagi yang berkaitan dengan beliau. Sayangnya kawasan ini juga adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar. Tengok muka pakcik yang menjaganya yang agak serius dan ketat, tak jadilah nak ambil walaupun sekeping gambar.


Sesiapa yang tersesat ke Pulau Pinang tu bolehlah cuba singgah. Masuk percuma ajer pun.




11 comments:

  1. bila tgk dokumentari p ramlee kat history channel mmg sedih... tahun2 terakhir beliau mcm xde sapa yg peduli

    ReplyDelete
  2. haip amik gambar curi2. hahaha. oh bestnyaaa. aritu pergi penang tapi tak sempat singgah. hoho Jom dapatkan Ole-ole dari Phuket!

    ReplyDelete
  3. info menarik..
    bab nama kugiran dorang ni mmg true.. haha

    ReplyDelete
  4. True legend..aku merasa jugak rumah atap rumbia/nipah ni..duduk rumah arwah nenek dulu..kalo tgh hari pun tak rasa panas..

    ReplyDelete