Saturday, November 8, 2014

Sheer Heart Attack

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada hari ini...


Queen - Sheer Heart Attack (1974)

Bila bercerita perihal Queen terutamanya album-album dari zaman 70an mereka memang saya terasa rugi. Saya hanya mengambil tahun perihal mereka hanyalah pada awal tahun 90an. Kalau lah saya mendengar Sheer Heart Attack lebih awal, sudah semestinya saya sudah menjadi peminat mereka sejak dari dahulu lagi.

Pada saya ini antara album terbaik atau mungkin sahaja paling terbaik mereka. Mungkin ada yang berpendapat `A Night At The Opera'. Saya tidak membantah. Sememangnya Queen mempunyai banyak killer album. Bayangkan ini bukannya album yang mempunyai lagu "Bohemian Rhapsody" mahupun "We Will Rock You". Tetapi ianya sudah cukup kuat. Tiada lagu yang tidak best. Lagu-lagu seperti "Brighton Rock", "Killer Queen" dan heavy metal anthem "Stone Cold Crazy" sudah cukup untuk membuatkan saya terpaku.

Album ini cukup bervariasi dengan konsep progressif yang theatrical dengan lagu yang melodramatic opera hinggalah ke heavy metal. Pertama kali mendengar "Brighton Rock", saya terus teringatkan King Diamond. Adakah King Diamond mengambil pengaruh Freddie Mercury dalam mengunakan duet suara falsetto dan suara biasa dalam sebuah lagu. Tetapi yang lebih cemerlang dalam lagu ini adalah riff dan solo Brian May. Memang best terutamanya kalau dia "improvise" bab solo dalam lagu ini ketika persembahan live.

Tak perlulah saya ulas satu persatu lagu-lagunya. Kalau tak pernah dengar "Killer Queen", pergi youtube sekarang. Dan jangan ingat "Stone Cold Crazy" itu adalah lagu Metallica. Dasyat kan dalam tahun 1974, Queen dah buat lagu ala-ala speed metal yang sebegitu.

Di jamin semua lagu sedap. Highlightnya pada saya adalah kerja gitar Brian May.


Rekomended!




5 comments:

  1. aku selalu fikir, KISS selalu kena hina, kena ejek..
    ok bukan dorang first pakai make up lagu rok, Alice Cooper dah pakai siang2..
    tapi Kiss bawak ni make up, dan showmanship tu the next level..
    yang rock dan metal sekarang semua ikut.
    Tapi, untuk maintain ego, Kiss tetap cheesy... langsung takde pengiktirafan..
    Well..

    ReplyDelete
  2. Lp ni la haritu aku telepas kat Amcorp..baru nak ambik dah ada org lain sambar dulu..aku sokong..album ni mmg bestest!

    ReplyDelete
  3. Aku ada kawan minat gila Dewa19... tapi tak kenal Queen...sigh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia akan menghempaskan diri ke katil sambil menutup muka dengan bantal jika dia tau yang Dewa 19 tu adalah klon Queen....Heheheh....

      Delete
  4. wow.. jap aku nak dgr kat utube...

    ReplyDelete