Thursday, November 6, 2014

Hard Rock Penang

Lagi kisah di Pulau Pinang...kali ni ke Hard Rock di Batu Ferringhi.


Nak tidur sini tak larat ongkosnya...jalan-jalan pun jadi lah...heheh..


Salah satu tujuan untuk pergi ke sini adalah kerana nak tengok "memorabilia"nya. Katanya ada lebih 500 memorabilia dari artis/band tempatan dan antarabangsa termasuklah alat muzik, pakaian, aksesori dan bermacam-macam lagi di sini. Antaranya seperti gitar 12 string Ovation Custom Legend kepunyaan Richie Sambora seperti gambar di atas.


Contoh lain adalah pakaian kepunyaan Jon Bon Jovi dan Vince Neil. Banyak lagi yang lain...tapi bukan artis rock malas la aku nak tampal.


Paling banyak memorabilia The Beatles. Dari yang besar gedabak kat dinding hinggalah yang kecik.



Yang dua ni aku suka. Dua-dua pun album kegemaran. Sedihnya ada ker patut Rust in Peace dan To Hell With the Devil ni digantung disebelah toilet...Diskriminasi kepada heavy metal betul la...



Hard Rock ni terbahagi dua. Yang tadi tu hotelnya. Kali ini ke cafe pulak. Michael Jackson tunggu depan pintu.

Antara sebab lain ke sini adalah kerana hendak pergi ke kedai cenderamata. Ada 2 kedai di sini. satu di hotel dan satu lagi di cafe. Mengikut kata budak yang jaga kedai tu yang di cafe lagi bagus...lagi banyak pilihan. Kononnya nak cari cenderamata. Alang-alang dah sampai...tapi harganya....mak aii....



Ni dalam kedai di cafe. Band yang macam ni memang untuk anak...budak-budak suka la...



Haaa...yang ni baru band untuk bapak...heheh..



Konon sekadar nak tengok-tengok...akhirnya banyak juga RM yang terbang....semua untuk anak...untuk bapak takder...pokai dah...



Sorry...gambar dalam cafe takder. Segan pulak nak ambil gambar bila dalamnya penuh dengan orang...

tu ajer..k bai.



6 comments:

  1. cerita pasal hard rock cafe/hotel... ni ada sikit entri lucu kat blog gapnap

    ReplyDelete
  2. Tu kalo abg mus tau marah dia..seminggu update kat Fb tak abes2..heheh..aku mmg tak penah sampai pun HR penang ni..dpt tgk gamba dlm ni je lah..tq bro

    ReplyDelete
  3. Percaya atau tidak. Saya pernah menjejakkan kaki sekali di Planet Hollywodd dan TIDAK penah lagi ke Hard Rock Cafe...

    ReplyDelete
  4. hard rock cafe melaka pernah sampai..

    ReplyDelete
  5. tak pena masuk dan tak pena tefikir ada memorabila tu..hehe..

    ReplyDelete