Monday, November 10, 2014

Still Climbing

Lagi album kegemaran yang dah berusia 20 tahun pada 8hb November yang lalu...


Cinderella - Still Climbing (1994)

Pada saya, tahun 1994 bukanlah teruk sangat jika anda peminat hard rock atau heavy metal 80an. Kalau rajin mencari masih ada muzik yang bagus dan bersesuaian dengan jiwa. Kena dengar sendiri dan jangan percaya bulat-bulat dengan ulasan yang dibuat. Maklumlah kebanyakan ulasan album pada ketika itu sering melabelkan muzik dan apa-apa yang berkaitan dengan 80an sebagai buruk dan ketinggalan zaman.

Still Climbing dari Cinderella seperti juga Tesla - Bust A Nut, adalah "hidden gems". Malangnya bagi band-band sebegini, bukan sahaja generasi baru mengenepikan mereka, tetapi peminat asal mereka juga masih terus bernostalgia dengan album-album lama tanpa mahu mencuba yang baru.

Tetapi ada masanya mereka juga bersalah. Cinderella dalam album sebelumnya, "Heartbreak Station" terlalu menjadi blues. Hilang dah hard rocknya. Saya sendiri tidak berapa suka. Mungkin jarak 4 tahun dan masalah penyakit tekak sehingga dibedah membuatkan Tom Keifer kembali ke pangkal jalan.

Hasilnya Still Climbing adalah sebuah album hard rock dengan pengaruh blues yang cukup bagus. Mereka kembali ke era "Long Cold Winter" dengan sedikit sentuhan "Night Songs". Mungkin yang tak pernah dengar dan tahu muzik Cinderella, boleh membayangkan muzik mereka ada sedikit seperti AC/DC yang mengabungkan hard rock dan blues.

Saya memang kagum dengan Tom Keifer. Beliau memang sangat talented mungkin juga genius dalam muzik. Bukan setakat menyanyi dan bermain gitar (saya suka betul dengan solo-solo beliau yang mendayu-mendayu), tetapi beliau juga seorang penulis lagu/lirik dan producer yang sangat baik.

Kalau anda suka "Don't Know What You Got (Till It's Gone)" atau pun "Coming Home", lagu  "Hard To Find The Words" yang ditujukan oleh Tom Keifer untuk mendiang ibunya pastinya akan menjadi kegemaran anda. Sayang ini bukan penghujung 80an, lagu sesedap ini tak akan masuk dalam carta pun.

Secara kesimpulannya, jika anda anda mahukan sesuatu yang mendalam dan gelap tetapi dalam versi hard rock bukannya grunge, ini adalah album yang patut anda cari....sayangnya sehingga sekarang saya masih gagal untuk mendapatkannya dalam bentuk cd.

Terbaik!






2 comments:

  1. Ada satu time wku mabuk lagu through the rain...
    Suka sangat...
    Mesti nak dengar sampai abis dia...
    Then ulang lagi..
    Aku harap tom keifer release live album solo, aku suka masuk youtube tengok dia main current solo tour tu...

    ReplyDelete
  2. Masa album ni kuar pun aku tak beli
    .takut sound dia mcm pearl jam.maklum la semua band rock 80an masa tu pun semua nak jadi mcm pearl jam

    ReplyDelete