Monday, December 29, 2014

Vinyl Passion 3

Khas untuk peminat piring hitam yang tersesat ke Johor Bahru...

Mungkin Johor Bahru bukanlah syurga piring hitam tetapi masih boleh cuba nasib di Skudai Parade. Tetapi kebanyakan adalah lp 60an dan pop 70an. Lp cina lagi la melambak. Untuk mat rock memanglah kurang menarik. Tetapi mungkin boleh cuba pula untuk ke sini...


Lexter House yang terletak di tingkat 4 (kawasan food court) di Danga City Mall. Rupa-rupanya dah 6 tahun berniaga di sini tetapi saya baru beberapa bulan lepas terjumpa. Poser betul la...harap jer duduk Johor Bahru...hahaha...


Pada saya walaupun koleksinya tak sebanyak seperti di Skudai Parade, tetapi kondisi lp nya masih banyak yang bagus jika hendak dibandingkan dengan sana. Skudai Parade banyak yang dah barai. Tambah menarik banyak juga pilihan untuk album-album pop 80an. Harga masih boleh di terima akal lah kalau hendak dibandingkan dengan kedai JAV di Komtar, Pulau Pinang.

Tetapi untuk mat rock memang terhad. Tak banyak pilihan. Kalau ada pun orang dah kebas. Kena rajin-rajin jenguk. Mat rock zaman sekarang ni memang kaya-kaya la...ramai betul yang main lp. Hipster betul... :P


Selain tu banyak juga pilihan untuk turntable, amplifiers dan speakers 2nd hand selain pelbagai barang antik yang lain. Yang penting datang bawa duit....macam-macam boleh beli...


dan inilah akibatnya bila datang bawa duit...punah ranah kononnya nak puasa.....grrrrr........







10 comments:

  1. betul2 kena racun sudah ni.. bye2 cd haha

    ReplyDelete
  2. Hahahah..rising tuuu..brapa rm sekeping tu?aku pun taktau kt danga city mall ada kedai Lp.lagi cepat la duit gaji abes lepas ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawar menawar dapat RM50...tak boleh pergi selalu...bahaya...

      Delete
    2. Perggh..murah tu..akunya rising haritu pun 80.nak balik Jb la camni..heheh

      Delete
  3. oh Danga City Mall eh, dulu terbengkalai nama apa tu dulu ek? tak penah masuk lg ni. atas ada tempat gig kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu nama Best World...dah nak lingkup dah...sejak UO masuk situ happening balik...
      tempat gig tu mungkin Black Box kot nama dia..

      Delete
  4. demm aku terlepas baca entry ni. saved!

    ReplyDelete