Friday, November 28, 2014

Stormbringer

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan November ini.


Deep Purple - Stormbringer (1974)

2 album dalam setahun biasanya bukanlah langkah yang bijak. Tak pasti kenapa Deep Purple tergesa-gesa menerbitkan Stormbringer. Mungkin juga kerana Glenn Hughes dan David Coverdale terlampau teruja untuk mengambil alih Deep Purple. Hasilnya Deep Purple semakin berubah arah. Tak hairanlah kalau Ritchie Blackmore meninggalkan mereka selepas dari ini.

Kalau Burn masih pekat lagi dengan sound heavy rock n roll atau hard rock, tetapi Stormbringer lebih kearah latarbelakang Glenn Hughes yang lebih kepada R&B boogie rock, funk, soul dan blues. Cuma lagu yang menjadi tajuk album "Stormbringer" yang masih kedengaran seperti Deep Purple yang asal. Tak pelik pun kerana ini lagu Ritchie Blackmore.

Tak pasti versi cd keluaran tahun bila...berdasarkan info kat belakang vynil, 1st pressing pada tahun 1974 hanya dikeluarkan dalam bentuk LP,kaset dan katrij...siapa yang ada simpan versi katrij memang betul-betul lejen lah...

Walaupun begitu, satu keistimewaan Stormbringer adalah "Soldier Of Fortune". Ini lagu wajib untuk zaman David Coverdale. Malah ianya juga lagu wajib bagi budak-budak melayu belajar main gitar zaman penghujung 70an atau awal 80an dahulu. Sememangnya inilah antara lagu terawal yang saya belajar main gitar selain Highway Star, Always Somewhere dan Wonderful Tonight.

Tak banyak sangat yang saya minat dari album ini selain "Soldier Of Fortune" dan "Stormbringer", mungkin "Holy Man" dan "Hold On".

Apa-apa pun terimakasih kepada Rafi Xyrus Zone kerana menghadiahkan versi vinyl yang menjadi rachun yang sangat berbisa...hahaha....





Thursday, November 27, 2014

Throwback Thursday : Kembara Hati Emas







Terimakasih kepada Y.A.B Tuan Portdy kerana berposah-posah untuk membelikannya...untuk ulasan lengkap...tungguuuuuuuuuuuuuuu.....






Tuesday, November 25, 2014

Rumah P. Ramlee

Lagi cerita di Pulau Pinang...


Tak rancang pun nak pergi ke sini. Kebetulan ternampak papan tandanya ketika pergi ke Pasar Karat Rope Walk. Berdekatan sahaja tempatnya. Anak-anak yang paling teruja nak singgah. Biasalah kat Malaysia ni siapa lah yang tak terpengaruh dengan cerita-cerita P Ramlee. Dari atuk nenek sampai ke cucu cicit...dari satu genarasi sampai ke genarasi yang lain...


Rumah papan beratapkan nipah ini dikatakan dibina oleh ayah P. Ramlee pada tahun 1926. Tapi ini bukanlah rumah yang asal. Cuma bentuk dan lokasinya masih dikekalkan. Teringat masa budak-budak dulu balik kampung rumah arwah atuk di Muar yang senibinanya lebih kurang macam ni. Sekarang mana nak jumpa. Kampung pun majoritinya dah rumah batu.


Ni ruang dapur. Lupa pula nak ambil gambar bilik tidur dan ruang tamunya. Kebetulan masa sampai tu  ada 2, 3 lagi keluarga yang turut melawat. Rumah ni bukannya besar mana. Ada satu bilik tidur ajer pun. Dah ramai-ramai tu sempit...susah pula nak ambil gambar. Tambahan pula sebenarnya kawasan di dalam rumah ini adalah kawasan tidak dibenarkan mengambil gambar. Kenapa?...Ntah...sila tanya Arkib Negara.


P. Ramlee dilahirkan disini pada tahun 1929. Ada banyak la koleksi barang-barang arwah dan foto-foto keluarga serta sejarah hidup beliau di letakkan di sini. Siapa peminat arwah memang seronok la dapat tengok benda-benda ni semua kan.


Ada tak mana-mana band metal berani letak nama macam ni? Ini baru true!!!


Basikal kepunyaan P. Ramlee juga ada dipamerkan selain sebuah sampan yang diletakkan di bawah rumah. Budak-budak dulu aku pernah bawak basikal tua macam ni kepunyaan arwah atuk. Kaki tak sampai tapi eksyen nak berkayuh jauh-jauh akhirnya tergolek dalam lumpur akibat basikal tersangkut kat tanah selut. Kenangan..


Ni paling lejen. Konpem budak-budak zaman sekarang tak pernah merasa jamban kat luar macam ni. Kononnya gambar di atas adalah merujuk kepada salah satu adegan dari filem Bujang Lapuk...heheh..


Bersebelahannya pula ada galeri yang menempatkan pelbagai barangan peribadi P. Ramlee. Gambar, poster filem dan macam macam lagi yang berkaitan dengan beliau. Sayangnya kawasan ini juga adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar. Tengok muka pakcik yang menjaganya yang agak serius dan ketat, tak jadilah nak ambil walaupun sekeping gambar.


Sesiapa yang tersesat ke Pulau Pinang tu bolehlah cuba singgah. Masuk percuma ajer pun.




Monday, November 24, 2014

Wings of Tomorrow

Juga yang menyambut ulangtahun ke 30...


Europe - Wings of Tomorrow (1984)

"and at the time, there was no such thing as Swedish metal movement going on, ‘til at the end of that year, when Europe won the Swedish national rock contest, so to speak, and they recorded an album which was first prize. And all of a sudden, there was this “metal boom”..." - Quorthon (Bathory)**


Mereka bukan hanya sekadar "The Final Countdown" atau pun "Carrie". 2 album awal mereka "Europe" dan "Wings of Tomorrow" pada saya adalah antara album terbaik heavy metal 80an. Sayangnya majoriti hanya mengenali mereka sebagai one hit wonder hair metal band.



Mungkin kalau 2 album awal tersebut yang terlebih dahulu dapat menembusi pasaran dunia sebelum album The Final Countdown, kredibiliti mereka sebagai sebuah band heavy metal akan lebih tinggi. Tetapi sayangnya bak kata pepatah orang Ulu Tiram, "You never get a second chance to make a first impression".  Maka, selamanyalah mereka dikenali kerana "The Final Countdown".

Berbeza dari album pertama mereka, mungkin kali ini ada sedikit elemen glam. Tetapi biasalah...ini tahun 1984. Muzik begini sedang meningkat naik. Tetapi kerja gitar John Norum memang cukup menyerlah. Solo-solo beliau yang secukup rasa dan tidak berlebih-lebih menjadikan kita ternanti-nanti solo-solo beliau yang berikutnya, "Aphasia" [instrumental] adalah salah satu hasil kerja terbaik beliau.


Lagu-lagu seperti "Scream of Anger" dan "Stormwind" akan membawa kita di zaman kegemilangan heavy metal 80an. Manakala "Dreamer" dan "Open Your Heart" adalah lagu perlahan/mid tempo yang jauh lebih baik dan sedap dari "Carrie".



Tabik juga kepada vokal Joey Tempest yang juga bermain keyboards untuk album. Walaupun ada yang tak suka The Final Countdown kerana menjadikan Europe berubah kepada glam metal. Tetapi saya cukup berterimakasih kepada album tersebut, kerana jika bukan kerana The Final Countdown sudah semestinya saya tidak akan mengetahui kewujudan 2 album awal mereka.

Best!



**dipetik dari http://www.metalunderground.com/news/details.cfm?newsid=77468




Friday, November 21, 2014

Interstellar



Interstellar (2014)

Pengaruh dari ulasan yang positif dari beberapa orang sahabat membuatkan saya tertarik untuk menontonnya di pawagam. Satu rekod peribadi bagi saya kerana inilah filem pertama yang saya tonton untuk diri sendiri semenjak lebih dari 10 tahun yang lalu. Selalunya ke pewagam (taklah selalu..setahun sekali dua kot :P ) untuk menonton filem pilihan anak-anak.

Sebabnya kerana saya ingin menyaksikan adegan di angkasa lepas dengan lebih rasa puas. Saya tidak merasa puas semasa menonton Gravity di tv. Kesan khas dan CGI di ruang angkasa lepas memang menakjubkan. Memang tabik dengan kemampuan Christopher Nolan mengambarkan keadaan angkasa lepas, blackhole/wormhole dan planet-planetnya. Ianya diluar imaginasi saya. Ternganga tengok.

Anda tidak perlu menjadi seorang peminat filem Sci-Fi untuk menyukainya. Isteri saya yang citarasanya lebih kepada filem-filem romatik komedi juga mengaku tidak bosan ataupun mengantuk walaupun durasinya mencecah 2 jam setengah. Seperti biasa, Christopher Nolan tidak tegesa-gesa dalam penceritaan. Teratur diantara satu adegan dengan adegan yang  berikutnya. Adegan yang awalnya kita rasa tak penting sebenarnya akan mempunyai kaitan pada penghujungnya.

Tidak juga perlu menjadi pakar sains untuk memahami jalan ceritanya. Walaupun mungkin anda sedikit terganggu dengan teori yang melibatkan "ruang masa" dan "5 dimensi", tetapi secara keseluruhan ianya amat mudah untuk difahami. Tambah-tambah pula jika anda berminat dengan teori kuantum fizik, "wormhole", "blackhole" dan lain-lain. Rasanya kalau yang tak paham pun mungkin berkenaan adegan-adegan terakhir bagaimana bumi dan Cooper dapat diselamatkan. Saya tak mahu mengupasnya takut nanti spoiler.  :)

Sesuai juga untuk tontonan keluarga kerana ianya bukanlah sebuah filem bertema Sci-Fi semata-mata. Tema kemanusian, keluarga dan kasih sayang serta pengorbanan seorang ayah kepada anak perempuanya boleh mengundang suasana pilu dan sedih.

Arahan terbaik dari Christopher Nolan. Runut bunyi yang "awesome" dari Hans Zimmer dan seperti biasa,  Matthew McConaughey sememangnya tidak pernah mengecewakan. Harap mereka menang oscar.

Rekomended!!!




Thursday, November 20, 2014

Throwback Thursday : Reckless

Sempena 30 tahun usianya pada 5hb November yang lalu..


Bryan Adams - Reckless (1984)

Lama betul tak dengar album ni. Kali terakhir 5 tahun yang lalu ketika membuat entry berkenaannya >SINI<

Reckless sememangnya mengembalikan kenangan zaman awal sekolah menengah saya. Zaman hidup tanpa masalah. Kalau ada masalah pun adalah masalah yang di cari sendiri. Tak buat kerja sekolah contohnya. Saya bukanlah nakal sangat tapi tak juga baik budaknya. Bak kat GNR pun "Nice boys dont play rock n roll.."

Reckless mengandungi lagu-lagu yang menjadi soundtrack hidup saya. Kalau ada filem tentang diri saya sudah pastinya salah satu lagu dari lagu-lagu berikut - "Run to You", "Somebody", "Heaven", "Summer of '69", "One Night Love Affair"dan "Kids Wanna Rock"akan menjadi latarbelakangnya. Ini memang salah satu album kegemaran sepanjang hayat saya.

Sedikit trivia bagi mereka yang malas nak google...

- Terjual sebanyak 12 juta salinan di seluruh dunia.

- 6 singles dari album ini berjaya menduduki top 15 dalam carta US Billboard Hot 100. Hanya Michael Jackson's Thriller and Bruce Springsteen's Born In The USA sahaja yang dapat menyaingi rekod ini.

- No 49 dalam Kerrang!s "100 Greatest Heavy Metal Albums of All Time"

- No 99 dalam Greatest Rock Album of All Time by Classic rock




Dan pada sesiapa yang berminat, album Reckless special 30th Anniversary edition akan diterbitkan pada bulan ini. Ada 4 disc yang mengandungi album Reckless bersama bonus 7 lagu "previously unreleased track" dan rakaman live di Hammersmith Odeon tahun 1985. Ada juda dvd  Reckless - The Movie dan versi audio Blu Ray rakaman asal dan remastered. Ada juga versi limited edition 2 lp vinyl katanya.

Memang meleleh la tengok....Ntah bila la nak tersepak duit...




Wednesday, November 19, 2014

Sudah cukup sudah...




Cukup dah...tajuk yang lain tak berapa nak minat...nasib juga bukan pengumpul format kaset...kalau tak... memang parah!!!... 

Amaran : Jangan jadikan ini hobi anda...heheh...




Tuesday, November 18, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Lagi kisah di Pulau Pinang...


Ini adalah kali ke 5 sampai ke Pulau Pinang...4 yang awalnya semua berkereta. Bermakna dah beberapa kali dah menggunakan jambatan dan perkhidmatan feri. Cuma jambatan baru tak pernah lagi di cuba.

Oleh kerana itu, dah alang-alang sampai ke sini, apa-apahal pun walaupun kereta sewa tetap juga mesti mencubanya.

Gambar atas adalah jambatan lama. Menggunakan GPS sewa yang tak dikemaskini. Kami tersesat ke jambatan lama. Tak kisahlah. Keluar dari pulau bukannya kena toll. Kami menyeberang ke Seberang Perai dengan tujuan untuk masuk semula ke pulau menggunakan jambatan baru.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Kali ini dengan hanya berpandukan signboard. Dapat juga kami menjejaki jambatan baru ini.

Info dari wiki - The total length of the bridge is 24 km with length over water at 16.9 km (10.5 mi), making it the longest bridge in Malaysia and the longest in Southeast Asia. The bridge was officially opened on 1 March 2014 at 20:30 MST and was named after the fourteen Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah of Kedah




Sayangnya ketika kami sampai kebetulan hari hujan. Tak bolehlah nak berjalan-jalan sambil mengambil gambar. Sebenarnya memang tak boleh berhenti pun. Tiada tempat berhenti pun di tengah jambatan. Tetapi disebabkan keadaan lengang. Sempat juga berhenti di tepi.



Sayangnya dengan hujan lebat dan langit yang mendung. Tiada apa pun gambar menarik yang boleh di ambil sangat.



Tetapi memang terasa janggallah hanya kereta kami sahaja yang ada di atas jambatan. Memang terasa pelik. Nasib waktu siang. Kalau malam terasa seram la jugak...hahaha...

Berbual dengan uncle pemandu teksi keesokan harinya baru saya paham kenapa tak ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan jambatan baru ini. Dengan tol setinggi RM8.50 (kalau saya tak silap...terlupa dah..) dan jalan yang belum siap di sebelah pulau (jem di waktu puncak - kawasan perindustrian) memang rasa tak berbaloi kalau hendak menggunakannya secara harian.

Inilah terjadi bila politik mengatasi kepentingan awam hinggakan nama jambatan pun menjadi suatu yang kontroversi.


Tak kisah lah...yang penting saya "sudah sampai sini".





Sunday, November 16, 2014

Live Undead

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini (16hb Nov)


Slayer - Live Undead (1984)

Saya hanya mula mendengar album ini kalau tak silap pada penghujung 1988 ataupun awal 1989. Mungkin agak terlambat, Maklumlah kawasan tempat tinggal saya bukanlah bandar besar. Maklumat dan sumber agak terhad. Tahun 1988 adalah tahun yang saya dan rakan-rakan mula mencari album yang lebih berat, lebih ekstrim. Salah satunya yang dibeli dikedai kaset tingkat 2 Komtar JB adalah ini.

Kawan saya yang beli. Kalau tak silap di beli bersama-sama kaset Haunting the Chapel. Biasalah zaman budak sekolah. Seorang beli yang lain tumpang dengar. Tetapi pertama kali dengar saya dah sukakan sound Live Undead berbanding Haunting the Chapel.


Walaupun album ini dirakamkan secara live. Bab ada penonton atau tidak atau dirakam di studio atau gig...atau tipu suara penonton....itu cerita lain. Tetapi soundnya pada saya lebih bagus dari versi album studio mereka. Tak kisahlah kalau ada yang kata solo-solo Hanneman/King tu ada terkucil di sana sini. Tetapi bagi yang buta muzik seperti saya ianya dah cukup bagus dah.

Mungkin ianya tidaklah sebagus Decade of Aggression. Tapi cuba bandingkan  lagu-lagu seperti 'Evil Has No Boundaries,' 'The Anti-Christ,' 'Die By The Sword,' dan 'Show No Mercy.' dengan versi asli. Pada saya ini lebih bagus.

Sayangnya tiada pula lagu  'Chemical Warfare'.

Perlu...jika anda peminat Slayer!








Thursday, November 13, 2014

Sign of the Hammer

Lagi yang dah berusia 30 tahun...



Manowar - Sign of the Hammer (1984)

Rasanya ini antara album Manowar yang jarang disebut berbanding lain-lain album awal mereka. Tak pasti kenapa. Mungkin kerana ianya diterbitkan oleh label yang tak dikenali menjadikannya agak sukar nak dapat ataupun kerana ada sesetengah peminat yang beranggapan album ini seperti Manowar melangkah ke belakang.

Selepas Hail to England, ramai yang beranggapan muzik mereka akan tertumpu ke arah epic power metal. Tetapi Sign of the Hammer tidak begitu. Masih ada beberapa lagu seolah-olah mereka di era Battle Hymns. "All Men Play on 10" dan "Animals" adalah lagu yang berkonsepkan heavy metal/hard rock. Mungkin disebabkan album ini dikeluarkan hanya 4 bulan selepas Hail to England, ada kemungkinannya lagu-lagu ini adalah lagu-lagu lama mereka.

"The Oath" dan lagu tajuk album, "Sign of the Hammer" adalah lagu era awal speed metal menakala "Thor", "Mountains" dan "Guyana" pula adalah lagu berkonsepkan epic power metal Manowar yang kita kenali semenjak dari album Fighting the World dan setererusnya. Memang best dan sedap lagu-lagunya. Variasinya membuatkan saya tak jemu.

Walaupun saya agak terlambat untuk mendengar album ini, tetapi ianya adalah antara album Manowar kegemaran saya. Memang terbaik!. Saya selalu terpikir, adakah jika 30 tahun yang lalu saya terlebih dahulu mendengar album seperti ini berbanding Seven and the Ragged Tiger. Mungkin saya tak akan mencuba untuk berambut jambul ala-ala John Taylor ketika zaman sekolah dahulu...heheh...

Terbaik!...Death to False Metal!




Tuesday, November 11, 2014

Angry Birds Activity Park @ Komtar JBCC, Johor Bahru

Cuti sekolah dah hampir...jom bercuti ke JB...


Satu lagi tarikan terbaru di Johor Bahru khas untuk mak bapak perabiskan duit untuk anak-anak adalah Angry Birds Activity Park.

Terletak di Komtar JBCC. Tapak Komtar lama yang dah diupgradekan menjadi Komtar Johor Bahru City Center.

(ok...gambar kat atas tu gambar lama...tu masa promosi kat Galleria Kotaraya...sekarang kereta kemek kena hempap dengan Angry Bird tu dah ada kat depan Komtar JBCC)


Bagi mat rock JB yang membesar di era 80an memang rasa sedih la bila Komtar ni dah berwajah baru. Semua tempat lepak mat rock macam B Sound Studio, Kedai baju Rock Station dan kedai kaset depan eskalator tempat Bandi Amuk kerja tu semua dah tinggal kenangan. Komtar baru ni kedai cd pun takder. Semua kedai branded. Nak masuk pun takut...apa nak buat...but the memory remains...


Ok..ok...berbalik pada kisah Angry Birds...sebenarnya taman tema dalam Komtar JBCC ni baru sahaja di buka pada 31hb Oktober yang lalu. Dan aku antara yang bernasib baik dapat masuk secara percuma sehari sebelum hari pembukaannya. Kira pre-opening la...khas untuk company orang rumah yang juga tuan punya pada Komtar JBCC ni.


Dapat masuk 2 jam jer pun...takper la...yang penting free..tapi bagi sesiapa yang nak datang sini kalau tak silap tiket masuknya RM60 (mykad) satu kepala. Budak 3 tahun ke bawah free. Boleh juga ambil pakej keluarga (2 dewasa 2 kanak-kanak) RM180. Ada juga pakej pas musim berharga RM180 satu kepala dan pakej keluarga berharga RM550.


Mahal?...berbaloi ke tak?...tu aku tak boleh nak jawap...benda macam ni subjektif...tu kena tanya budak-budak...pasal majoriti permainan kat sini memang untuk budak-budak...bukannya untuk makbapak....tapi kalau ditanya kat anak aku...dia jawap best!..tapi dia tu apa pun tanya...kalau bab main-main ni semua dia kata best...


Yang aku suka dia indoor...tak panas. Keluasan dalam 26,000 kaki persegi. Kalau tak silap ada 24 jenis permainan. Antaranya Laser Bird Scoot, Anti-Gravity Trampoline, Space Drop Airbag, Giant Leap Foam Pit, Piggy Shooting Gallery, Captain Black Bird Ship, Lazer Maze Spaceship, Space Drop Airbag, Panna Soccer, Red Bird Goat and Air Parkour Track dan macam-macam lagi...(aku ni copy paste ajer ni...so korang jangan tanya aku macam-macam pasal game-game ni semua...lainlah kalau dorang bayar aku...hahaha...)


Dikatakan ini adalah yang pertama di Asia Tenggara. Tak kisah la tu...layan jer la gambar...antara aktivitinya adalah menembak macam kat dalam game..



Ni antara aktivi yang sesuai untuk remaja...makbapak kalau nak try pun ok kot...


Satu pesanan...jangan lupa bawa stokin. Masuk dalam ni tak boleh pakai kasut mahupun selipar jepun. Kena kaki ayam tapi wajib pakai stokin untuk tujuan hygiene. Kalau tak bawa...boleh sewa beli...tak pasti aku berapa RM....(edited - RM3 thanks Portdy)


Makbapak kalau tak nak masuk boleh lepak kat atas macam kat gambar ni...aku tak sure ada makan-makan ker tak...pasal aku tak pergi situ. Tapi anak bawah 10 tahun makbapak kena ikut masuk.



Last yang paling menarik pada aku bila locker simpan barang untuk disewa menggunakan perkataan "gerobok". Ini barulah Johor!







Monday, November 10, 2014

Still Climbing

Lagi album kegemaran yang dah berusia 20 tahun pada 8hb November yang lalu...


Cinderella - Still Climbing (1994)

Pada saya, tahun 1994 bukanlah teruk sangat jika anda peminat hard rock atau heavy metal 80an. Kalau rajin mencari masih ada muzik yang bagus dan bersesuaian dengan jiwa. Kena dengar sendiri dan jangan percaya bulat-bulat dengan ulasan yang dibuat. Maklumlah kebanyakan ulasan album pada ketika itu sering melabelkan muzik dan apa-apa yang berkaitan dengan 80an sebagai buruk dan ketinggalan zaman.

Still Climbing dari Cinderella seperti juga Tesla - Bust A Nut, adalah "hidden gems". Malangnya bagi band-band sebegini, bukan sahaja generasi baru mengenepikan mereka, tetapi peminat asal mereka juga masih terus bernostalgia dengan album-album lama tanpa mahu mencuba yang baru.

Tetapi ada masanya mereka juga bersalah. Cinderella dalam album sebelumnya, "Heartbreak Station" terlalu menjadi blues. Hilang dah hard rocknya. Saya sendiri tidak berapa suka. Mungkin jarak 4 tahun dan masalah penyakit tekak sehingga dibedah membuatkan Tom Keifer kembali ke pangkal jalan.

Hasilnya Still Climbing adalah sebuah album hard rock dengan pengaruh blues yang cukup bagus. Mereka kembali ke era "Long Cold Winter" dengan sedikit sentuhan "Night Songs". Mungkin yang tak pernah dengar dan tahu muzik Cinderella, boleh membayangkan muzik mereka ada sedikit seperti AC/DC yang mengabungkan hard rock dan blues.

Saya memang kagum dengan Tom Keifer. Beliau memang sangat talented mungkin juga genius dalam muzik. Bukan setakat menyanyi dan bermain gitar (saya suka betul dengan solo-solo beliau yang mendayu-mendayu), tetapi beliau juga seorang penulis lagu/lirik dan producer yang sangat baik.

Kalau anda suka "Don't Know What You Got (Till It's Gone)" atau pun "Coming Home", lagu  "Hard To Find The Words" yang ditujukan oleh Tom Keifer untuk mendiang ibunya pastinya akan menjadi kegemaran anda. Sayang ini bukan penghujung 80an, lagu sesedap ini tak akan masuk dalam carta pun.

Secara kesimpulannya, jika anda anda mahukan sesuatu yang mendalam dan gelap tetapi dalam versi hard rock bukannya grunge, ini adalah album yang patut anda cari....sayangnya sehingga sekarang saya masih gagal untuk mendapatkannya dalam bentuk cd.

Terbaik!






Saturday, November 8, 2014

Sheer Heart Attack

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada hari ini...


Queen - Sheer Heart Attack (1974)

Bila bercerita perihal Queen terutamanya album-album dari zaman 70an mereka memang saya terasa rugi. Saya hanya mengambil tahun perihal mereka hanyalah pada awal tahun 90an. Kalau lah saya mendengar Sheer Heart Attack lebih awal, sudah semestinya saya sudah menjadi peminat mereka sejak dari dahulu lagi.

Pada saya ini antara album terbaik atau mungkin sahaja paling terbaik mereka. Mungkin ada yang berpendapat `A Night At The Opera'. Saya tidak membantah. Sememangnya Queen mempunyai banyak killer album. Bayangkan ini bukannya album yang mempunyai lagu "Bohemian Rhapsody" mahupun "We Will Rock You". Tetapi ianya sudah cukup kuat. Tiada lagu yang tidak best. Lagu-lagu seperti "Brighton Rock", "Killer Queen" dan heavy metal anthem "Stone Cold Crazy" sudah cukup untuk membuatkan saya terpaku.

Album ini cukup bervariasi dengan konsep progressif yang theatrical dengan lagu yang melodramatic opera hinggalah ke heavy metal. Pertama kali mendengar "Brighton Rock", saya terus teringatkan King Diamond. Adakah King Diamond mengambil pengaruh Freddie Mercury dalam mengunakan duet suara falsetto dan suara biasa dalam sebuah lagu. Tetapi yang lebih cemerlang dalam lagu ini adalah riff dan solo Brian May. Memang best terutamanya kalau dia "improvise" bab solo dalam lagu ini ketika persembahan live.

Tak perlulah saya ulas satu persatu lagu-lagunya. Kalau tak pernah dengar "Killer Queen", pergi youtube sekarang. Dan jangan ingat "Stone Cold Crazy" itu adalah lagu Metallica. Dasyat kan dalam tahun 1974, Queen dah buat lagu ala-ala speed metal yang sebegitu.

Di jamin semua lagu sedap. Highlightnya pada saya adalah kerja gitar Brian May.


Rekomended!




Thursday, November 6, 2014

Hard Rock Penang

Lagi kisah di Pulau Pinang...kali ni ke Hard Rock di Batu Ferringhi.


Nak tidur sini tak larat ongkosnya...jalan-jalan pun jadi lah...heheh..


Salah satu tujuan untuk pergi ke sini adalah kerana nak tengok "memorabilia"nya. Katanya ada lebih 500 memorabilia dari artis/band tempatan dan antarabangsa termasuklah alat muzik, pakaian, aksesori dan bermacam-macam lagi di sini. Antaranya seperti gitar 12 string Ovation Custom Legend kepunyaan Richie Sambora seperti gambar di atas.


Contoh lain adalah pakaian kepunyaan Jon Bon Jovi dan Vince Neil. Banyak lagi yang lain...tapi bukan artis rock malas la aku nak tampal.


Paling banyak memorabilia The Beatles. Dari yang besar gedabak kat dinding hinggalah yang kecik.



Yang dua ni aku suka. Dua-dua pun album kegemaran. Sedihnya ada ker patut Rust in Peace dan To Hell With the Devil ni digantung disebelah toilet...Diskriminasi kepada heavy metal betul la...



Hard Rock ni terbahagi dua. Yang tadi tu hotelnya. Kali ini ke cafe pulak. Michael Jackson tunggu depan pintu.

Antara sebab lain ke sini adalah kerana hendak pergi ke kedai cenderamata. Ada 2 kedai di sini. satu di hotel dan satu lagi di cafe. Mengikut kata budak yang jaga kedai tu yang di cafe lagi bagus...lagi banyak pilihan. Kononnya nak cari cenderamata. Alang-alang dah sampai...tapi harganya....mak aii....



Ni dalam kedai di cafe. Band yang macam ni memang untuk anak...budak-budak suka la...



Haaa...yang ni baru band untuk bapak...heheh..



Konon sekadar nak tengok-tengok...akhirnya banyak juga RM yang terbang....semua untuk anak...untuk bapak takder...pokai dah...



Sorry...gambar dalam cafe takder. Segan pulak nak ambil gambar bila dalamnya penuh dengan orang...

tu ajer..k bai.