Tuesday, November 4, 2014

Fly to the Rainbow

Album ke 2 Scorpions yang menyambut ulangtahun ke 40 pada hari sabtu yang lalu (01hb November)


Scorpions - Fly to the Rainbow (1974)

Pertama kali mendengar lagu-lagu dari album ini adalah ketika saya di sekolah rendah (penghujung 70an atau awal 80an). Zaman belum faham muzik. Masih seronok berkubang mandi paya berbanding duduk di depan radio kaset mendengar lagu.

Tetapi ada 2 lagu yang melekat di kepala iaitu "Speedy's Coming" dan "Fly People Fly". Yang lain agak kabur. Bila saya lebih dewasa dan mula minat pada Scorpions baru saya sedar ada banyak lagi lagu-lagu dari album ini yang bagus. "This Is My Song" contohnya. Tetapi yang menarik perhatian saya sudah semestinya lagu-lagu ciptaan Uli Jon Roth. Sudah semestinya elemen psychedelic dengan pengaruh Jimi Hendrix ada bersama beliau.

“Drifting Sun” adalah permulaan kepada lagu-lagu Scorpions yang di nyanyikan oleh beliau. Mungkin vocalnya tidaklah sehebat Klaue Meine. Tetapi pada saya ianya cukup kena dengan lagu yang bercorak begini.

Sebuah lagi “highlight” dari album ini pada saya adalah lagu epik 9 minit lebih “Fly to the Rainbow”. Sebuah lagi lagu yang menonjolkan kehebatan Uli Jon Roth terutama bahagian kerja gitar.

Sememangnya album-album Scorpions di zaman Jon Roth memang berbeza. Terutamanya lagu-lagu ciptaan Uli Jon Roth. Memang terbaik . Tetapi yang tidak menariknya pada saya adalah album covernya. Sehingga sekarang saya tidak paham apa makna disebaliknya.

Terbaik!




5 comments:

  1. Album scorpions zaman uli Jon Roth mmg best2..sails of charon tu je dah brapa ramai yg cover..
    Tapi album ni la yg paling tak menarik covernya tapi lagu best2 eh

    ReplyDelete
  2. Kala zaman ni kalau manusia terbang mesti aku imagine kita ada jetpack kat belakang.. zaman tu dorang kmejin kasut ada propeller kot haha.

    Kau tahu dulu aku sekolah kan, nanti sppeedys coming tu, ada do you like alice cooper? Hah... so belajar dari situ la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sampai sekarang tak paham apa makna speedy's coming tu....aku dulu2 selalu terbayangkan kartun speedy gonzales yang "Arriba, Arriba! Andale, Andale!" tu...hahaha...

      Delete
  3. Topeng (ke topi) dalam cover tu yang nampak pelik

    ReplyDelete