Tuesday, December 2, 2014

Vicious Circle

Yang dah pun 20 tahun...


L.A. Guns - Vicious Circle (1994)

1994 adalah antara tahun gelap bagi band-band 80an terutamanya yang berkonsepkan sleazy pop metal ataupun hair metal. Mereka samada duduk diam tidak mengeluarkan album atau mengeluarkan album tetapi tanpa menghiraukan kewujudan Nirvana/Pearl Jam ataupun bersalin kulit mengeluarkan album bersoundkan grunge/alternative untuk terus kekal relevan.

L.A. Guns memilih situasi yang ke 3. Cuba mengekalkan muzik asal mereka supaya tidak dikatakan sell-out tetapi di dalam masa yang sama memberatkan sound mereka untuk menjadi ala-ala grunge dan alternative. Pada saya mereka berjaya. Vicious Circle jauh lebih baik dari kebanyakan album-album rock di zaman tersebut. Sepatutnya album ini mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi. Sayangnya mana-mana band yang ada kaitan dengan "hair metal" telah menjadi sesuatu yang taboo pada ketika itu.


Saya sebenarnya agak kurang "familiar" dengan L.A. Guns. Ketika mereka popular saya telah mula memilih muzik metal yang lebih ekstrim. Saya cuma tahu mereka adalah band awal Axl Rose dan lagu slow rock mereka "The Ballad of Jayne". Tetapi saya membeli album ini kerana adanya lagu "Crystal Eyes". Cerita pasal ini boleh sahaja merujuk kepada entri saya untuk album Hollywood Vampires.

Tidak sangka pula lagu-lagu lainnya pun sedap. Sudahnya album ini menjadi antara album kegemaran saya pada ketika itu. Syahdu betul dengar lagu cover "I'd Love to Change the World" dari Ten Years After. Walaupun pada saya versi Tesla lebih mengasyikkan.

Sayangnya sehingga kini masih gagal mendapatkannya dalam bentuk cd.

Best!!



6 comments:

  1. Haha. Dulu ada kaset slow rock ada lagu ballad of jane tu.
    Aku fast forward hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...zaman cintan cintun dulu dengar lagu ni feeling ooo....

      Delete
  2. Aku pun tau band ni pasal axl rose jugak la..tapi lagu nya tak penah dgr.. Heheh

    ReplyDelete
  3. band ni bergabung dengan satu band lagi jadi Guns & Roses kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...Tracii Guns adalah gitaris asal GNR sebelum Slash...

      Delete