Tuesday, April 14, 2015

It's Five O'Clock Somewhere

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Februari yang lalu...


Slash's Snakepit -   It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Selepas Izzy Stradlin And The Ju Ju Hounds (1992)Duff McKagan - Believe in Me (1993) dan Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994), kini seorang lagi bekas anggota Guns N Roses menghasilkan album solo.

Dengan reputasi Slash, saya sememangnya menaruh harapan yang tinggi. Sayangnya album ini sedikit mengecewakan. Mungkin pemuja Slash tidak akan bersetuju. Tetapi sebagai peminat Guns N Roses, secara jujurnya album ini membuktikan yang Slash cukup hebat sebagai seorang shredder dan gitar hero tetapi beliau bukanlah seorang komposer yang hebat.

Lagunya ok. Tetapi jenis lepas dengar tiada satu pun lagu yang betul-betul boleh melekat di kepala. Sememangnya dalam Guns N Roses, Izzy, Axl dan Duff adalah penyumbang utama dalam penciptaan lagu-lagu hits dan klasik GNR.


Slash memilih untuk konsep album berkumpulan bukannya album gitar solo. Makanya album ini bukanlah hanya kerana solo beliau semata-mata. Band members pun boleh tahan. Gilby Clarke, Matt Sorum dan Dizzy Reed dari Guns N Roses. Sementara bass adalah Mike Inez dari Alice In Chains. Cuma vokalisnya Eric Dover tidak dikenali tetapi suaranya memang boleh tahan bagus.

Hard rock dengan sedikit elemen blues dan funk. Hanya sesuai untuk peminat Slash dan mungkin juga Gun N Roses.






7 comments:

  1. selain yngwie malmsteen slash ni juga gitaris hero dikampung.. ohya ada juga membe guna nama slash ni. hahaha

    ReplyDelete
  2. aku tak tau la kenapa aku tak minat slash mahupun GNR...

    ReplyDelete
  3. Aku tak pernah dengar lagu2 Slash ni bila dia main outside of GNR.
    Mungkin ngan Michael Jackson je... dan dia main accoustic tu ngan singer dia nyanyi lagu GNR..

    ReplyDelete
  4. aku suka album nih, ada satu lagunya mcm ade melodi megadeth.lupa tajuk mana.

    ReplyDelete
  5. Aku ada versi cd.tapi mmg betul la lagu2 dlm ni mmg susah nak melekat.mungkin pasal vokal eric dover tu kot?mcm tak kena ngan muzik je..

    ReplyDelete
  6. thn 2000 dulu pernah plan nk beli ni...tp terbeli kaset konsert orkestra metallica...hahaha

    ReplyDelete