Tuesday, March 18, 2014

Beras Terbakar

Sikit lagi cerita pasal jalan-jalan ke Langkawi...ingat nak buat pasal Makam Mahsuri...tapi malas pulak nak mengembur gambar....

Kali ni ke Beras Terbakar...satu-satunya kawasan yang boleh masuk free...


Jauh betul bezanya dari zaman aku pergi sini berbelas tahun yang lalu. Kalau tak pasal pintu gerbang ni memang tak jumpa la aku tempat ni...


Jalan nak masuk dah macam kat Bazar pulak...dah jadi tempat kawasan berniaga....dulu lapang jer kawasan ni...kena lalu celah kedai-kedai ni untuk sampai...


Pagar masuk ke kawasan beras terbakar...rumah siapa la yang laman dia jadi kawasan beras terbakar ni yer...kawasan ni memang kawasan tanah persendirian...pening kalau aku jadi tuan rumah...takder privacy dah...


Sejarah macam mana beras ni boleh terbakar boleh baca kat gambar atas ni...



Ni la tapak beras terbakar yang dah tinggal tapak...berpagar...dulu belasan tahun yang dulu boleh masuk kawasan ni...time tu beras terbakarnya pun boleh nampak lagi...sekarang..hampeh!....(anak aku sibuk tanya mana berasnya?....)


Ni la dia berasnya...yang tinggal cuma dalam pinggan ni ajerla...tu pun ntah yer ntah tak beras terbakar yang asal...tapi yang misterinya...korang nampak tak ada entiti misteri kat dalam gambar ni...hehehe....





8 comments:

  1. very nice photos and info.
    bersejarah jugak la tu aku dapat tengok foto tapak halaman tu..

    ReplyDelete
  2. last aku pergi Langkawi masa umur 7 tahun hehehe

    ReplyDelete
  3. wahahahaha nampak entiti tu ngan jelas sekali.......

    ReplyDelete