Monday, March 31, 2014

Vs Sarawak

Liga Super 29hb March 2014

Johor Darul Takzim 1  Sarawak 1
( Luciano Figueroa 28′)


Catatan ringkas...bz.

1- Kali pertama dalam tempoh lebih setahun (tak termasuk friendly pra-musim) tengok bola secara bujang. Anak bini tak ikut pasal petang tu kena hantar hantar anak balik asrama di Mersing. Sampai stadium pun dah lewat. Rasa janggal pulak...tapi kalau nak maki player memang line clear la...heheh...

2- Stadium penuh tapi tak se'sardin" macam biasa. Seat paling bawah masih ada ruang kosong. Mungkin ramai kot yang macam aku kena hantar anak balik asrama. Lagipun ada live kat TV2.


3- Tapi belah penyokong Sarawak memang sendat. Lebih dari 1,000 orang kot. Kali pertama dapat tengok GB13 depan mata. Dorang memang hebat. Respek! Tapi pasti dorang ni semua memang datang dari Sarawak atau orang-orang Sarawak yang bermastautin di Johor. Rasanya memang ramai orang Sarawak kat sini. Kat belah seat aku pun ada budak Sarawak pakai jersey lepak sama-sama ngan geng Johor. Rasanya Johor ngan Sarawak takder masaalah.

4- Stadium macam biasa...meriah. Fan JDT buat Poznań selepas lama tak buat. Rasa macam 1st time buat tahun ni. Lupa dah..

5- Tapi bila cerita tentang game, memang rasa frust lah. Main home...cuma dapat seri ajer. Dah berapa kali dah macam ni. Rasanya team lawan dah boleh baca taktikal JDT. Semua team pun akan penuhkan defend...buat counter attack...shoot dari jauh....memang kena la JDT...



6- Hampir setiap game JDT kawal penguasaan bola. Tapi bolasepak di kira menang bukan siapa yang control game. Ni nak tengok shoot on goal pun payah....bukan on target...yang off target pun takder...Bosan arr tengok passing sana sini tapi macam takder tujuan....Takder urgency...lambat...defend team lawan dah ready...macam mana nak score?

7- Harap coach dapat tukar taktikal la...berbakul-bakul dah sumpah seranah yang boleh di dengar disekeliling aku kat stadium ni...hahaha...at least bagi can lah player lain main...ni home kan....bagi yang simpanan macam Irfan tu main...dapatkan konfiden sikit....player yang biasa tu nampak macam dah penat sangat dah...

8- Ok...aku stop. Kang ada yang kata aku macam terer jer nak jadi coach,,,heheh...tapi kena give credit where credit is due lah...tahniah Sarawak...taktikal anda betul.


LUASKAN KUASAMU!







9 comments:

  1. seri lagi... err..tak nak update Man Utd ke??? lama tak nampak..hehehhe

    ReplyDelete
  2. Padat jugak kat area penyokong sarawak eh..tiada kelibat adi herman dan ijau kelihatan..heheh

    ReplyDelete
  3. tak perasan pula main kat tv2,aku tetengok kelantan vs terangganu

    ReplyDelete
  4. mlm sabtu tu, bila je sarawak kasik gol terasa mcm world cup la pulak... sbb jiran2 dpn/blkg rumah teriak gol!~

    ReplyDelete
  5. liga musim ni persaingan nya hebat sangat... sapa2 pun boleh kalahkan sapa2.

    ReplyDelete
  6. Game ok la, respect to both team sebab sudah cuba sedaya upaya....cuma memang x puas hati dgn ref (as usual)....arghhhh geram jugak siot hahahhaa

    ReplyDelete