Friday, March 14, 2014

Don't Break the Oath

Ni Ijau punya pasal la ni ...

Album klasik heavy metal yang dah berumur 30 tahun.


Mercyful Fate - Don't Break the Oath (1984)

Secara jujurnya ini adalah cd Mercyful Fate mahupun King Diamond saya yang pertama. Seperti yang telah saya ceritakan dalam entri Abigail II, saya sememangnya tidak penah ada rilisan mereka sehinggalah saya mengenali e-bay.

Semenjak pertama kali mendengar lagu Melissa (tahun 1986 mungkin), saya sering mempunyai perasaan yang agak lain bila mendengar muzik Mercyful Fate/King Diamond. Dulunya pada saya mereka adalah band yang paling setan. Mendengar jeritan King Diamond di tengah-tengah malam memamg amat menyeramkan.

Tidak boleh dinafikan, 1984 adalah antara tahun terbaik untuk metal dan Dont Break The Oath adalah salah satu daripadanya. Mereka muncul dengan sedikit kelainan. Pada saya mungkin juga ini boleh di panggil sebagai muzik black metal terawal.


Kekuatan mereka bukan sahaja pada keunikan suara King Diamond tetapi juga kepada kerja gitar 2 gitaris mereka, Hank Sherman dan Michael Denner. Gitar solo kembar yang hebat. Sherman dengan riff-riff berat manakala Denner dengan melodi dan harmoni yang menjadikan Don't Break the Oath bolehlah dikatakan sebagai album teknikal gitar yang bagus. Mungkin juga ada pengaruh Michael Schenker di situ.

Saya bersetuju dengan ulasan Dr Bentara berkenaan susunan muzik mereka yang agak sukar dijangka. Sememangnya ada sentuhan progressif. Tak perlu sebut track mana yang jadi pilihan. Dengarkan sahaja track pembukaan "A Dangerous Meeting". Kalau lagu ini pun anda tak suka dan tak boleh hadam...tak usahlah nak mengaku yang anda peminat heavy metal. :P

REKOMENDED!




6 comments: