Tuesday, March 25, 2014

Forgot Something

Rock melayu dengan lirik berbahasa inggeris yang dah berusia 20 tahun...



Xtroverts - Forgot Something (1994)

Tahun 1994 boleh la dikatakan sebagai zaman kegemilangan atau mungkin ayat yang lebih tepat zaman kemeriahan scene alternative tempatan. Agaknya la. Saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita hal ini. Tapi yang pastinya zaman tu bermacam-macam album yang berkonsepkan begitu telah diterbitkan.

Antaranya adalah kaset ini. Tak berapa ingat sangat bagaimana lagu-lagunya. Pemain kaset saya sudah rosak. Kalau tak silap muzik mereka adalah punk yang berpaksikan Ramones. Pencarian saya di youtube menguatkan andaian tersebut. Sayangnya cuma 3 lagu yang berjaya saya kesan.

Something I Forget In My DreamPunk The Textile Utility dan D.O.D



Tetapi yang pastinya lagu "Punk The Textile Utility" sejak pertama kali mendengarnya dulu, melodinya akan mengingatkan saya kepada album Angel Rat dari Voivod. Mungkin ianya kebetulan atau mungkin saya sahaja yang merasakan begitu.







3 comments: