Wednesday, March 12, 2014

Monster

Yang dah 20 tahun...


R.E.M - Monster (1994)

Bukan lah peminat R.E.M. Tetapi disebabkan dapat cd free seperti yang diceritakan di >SINI<. Terus tergerak hati untuk mendengar album-album mereka yang lainya. Tambah pula bila mendapat tahu yang Cliff Burton adalah peminat mereka.

Monster adalah berbeza dari Automatic for the People, mungkin juga berbeza dengan album-album mereka yang lainnya. Itu saya tak pasti. Hanya pernah mendengar Automatic for the People dan Out of Time. Tetapi dari ulasan-ulasan yang di baca, majoriti peminat R.E.M mengatakannya begitu.

Tak pasti kenapa, mungkin juga atas pengaruh grunge ketika itu. Monster adalah sebuah album rock yang agak kasar bunyinya. Bunyi distorted guitar yang agak kuat dan bising. Mungkin juga ini tribute untuk Kurt Cobain. Malah mereka mendidikasikan lagu "Let Me In" untuk beliau.


Menarik juga bila bunyinya begitu. Lagu sedikit rancak seperti "What's the Frequency, Kenneth?", "Crush with Eyeliner" dan "Star 69" memang jadi lebih sedap dan menjadi lagu kegemaran. Lain-lain yang menarik adalah  "Bang and Blame" dan "Strange Currencies" yang mempunyai feel sama seperti lagu-lagu dari  Automatic for the People. Tetapi secara keseluruhannya Monster tidak dapat menandingi Automatic for the People. Sekurang-kurangnya itulah pandangan saya.

Versi cd dibeli dari e-stock dengan harga serendah RM13 lebih. Memang berbaloi memandangkan album ini mempunyai kenangannya yang tersendiri. Saya tidak lagi mengikuti muzik R.E.M selepas Monster. Tahun 1994 hingga 1995 dan mungkin juga 1996 adalah tahun-tahun yang sedikit ketinggalan mengikuti perkembangan muzik metal. Saya kembali mendengar metal terutamanya power metal selepas itu. Makanya muzik seperi R.E.M telah saya tinggalkan.




6 comments:

  1. 98.7 dulu dengar aku tahulah, shiny happy people, losing my religion...dah...end of the world filem independece day tu lagu dorang ye?

    ReplyDelete
  2. bukan REM artis sarawak femes dgn lagu "semua orang tahu" tu ke?

    ReplyDelete
  3. Tetapi selingkar oh kasihmu. Telah terurai meragut dan menyakar. Hati ini jua. Masih lagi selingkar kasihmu. Yang menghantui rasa dan merindu daku jua. Oh...

    REM ni ada tempat khas di hatiku, ini album pun bagus...Shiny happy people pun bagus, the one i love pun bagus...OST Man on the Moon pun bagus

    ReplyDelete
  4. Portdy dah start cerita pasal OST Man On The Moon dah...filem bagus, lakonan Jim Carrey pun terbaik, tapi sayang ianya flop di carta box office...dalam album Monster ni aku paling suka lagu What's The Frequency Kenneth tu....rocking giler lagu ni!

    ReplyDelete
  5. Lagu REM yg aku cuma tau n suka "everybody hurts" je

    ReplyDelete
  6. Eleh Jugakla( tak heran pasal beli RM6.00aje).

    Album yang best. Strange currencies favouriteku.

    ReplyDelete