Monday, March 24, 2014

Vs ATM

Liga Super 22hb March 2014

Johor Darul Takzim 1  ATM 1
( Safee Sali 86′)



1-Sekali lagi sekadar dapat tiket tambahan. Tiket yang jenis kalau tak dapat pergi malam tu boleh simpan untuk next game pasal dia takder tulis tarikh pun. Tak pasti siapa yang control pengeluaran tiket ni. Sepatutnya kalau ada contohnya 25,000 seats...print ajer la 25,000 tiket...so takder lah masaalah penonton berlebihan. Pada aku dalam bab tiket ni memang ada penyelewengan. Tu ulat-ulat tiket tu mana dorang dapat tiket banyak-banyak tu kalau bukan dari orang dalam.



2-Dah sebulan takder game kat kat Larkin, so dah boleh agak tiket akan sold out dan stadium pastinya sendat. Kesian anak saudara aku beratur 3 jam untuk beli tiket. Stadium makin canggih..kemudahan makin hebat...budget besar...tapi masaalah tiket on-line sampai sekarang pun tak boleh nak settle. Pihak pengurusan ni tak kesian ke tengok fan beratur berpanas berjam untuk beli tiket. Aku rasa benda tiket on-line bukan susah pun...sekarang semua tiket konsert pun pakai on-line...ni saja la ada pihak-pihak yang berkepentingan yang tak mau...semua pun pasal duit beb...

3-Penonton macam biasa..tetap meriah. B.O.S pun ada lagu baru. Tak macam masa game vs ATM tahun lepas, penyokong ATM kali ni tak ramai. Mungkin kuota tiket untuk dorang dapat sikit. Maklum lah masa tahun lepas tu game awal musim, stadium belum penuh macam sekarang. Boleh la budak Kem Majidee, Kem Pulada semua turun. Tapi dorang punya fan tetap meriah...saip saxaphone semua kan...time dorang bawak lagu-lagu patriotik tu aku rasa macam tengok tv RTM pulak...heheh...


4-Tentang game, macam beberapa perlawanan lepas, JDT memang kontrol game...tapi kontrol game sahaja tanpa ada urgency untuk score pun tak guna. Bolasepak bukannya menang pasal siapa banyak kontrol bola. Tu sebab aku tak berapa suka main stail Spain ni. Lembab. Bosan passing sana sini macam takder tujuan. Lain la kalau tean tu ada Xavi untuk through ball...Ni nak harap Aimar....dia pulak injured.

5-Dah kena satu, Bai kena red card, baru nak main laju. Baru sedap sikit tengok. Safee Sali tahun ni memang supersub...dan aku rasa Chopot patut main 1st eleven. Harris Harun sejak-sejak lepas kawin ni macam slow sikit...heheh...dan aku rasa Awe memang tak boleh main 90 minit.



6-Apa-apa pun seri pun seri la...janji tak kalah...


LUASKAN KUASAMU!






9 comments:

  1. aku dah lama baca ceta pasal jdt kat blog ni..tapi aku ada satu petanyaan bro B.O.S tu apa ya...

    ReplyDelete
  2. TMJ did a lot of things, adakah takde orang bilang dia pasal masalah penjualan tiket. Tentu dia petik sebelah jari je orang ikut cakap dia...

    ReplyDelete
  3. Yang aku tau B.O.S ni firm/kelab penyokong JDT jugak tapi x tau maksud sebenarnya....atleast Safee perform bagus la musim ni....terbaik!

    ReplyDelete
  4. last aku masuk stadiun Larkin ni zaman 1992 dulu kot, masa tu nyanyi 'sha na na na.. he he he...

    ReplyDelete
  5. Baru tau seri rupanya..pasal takda main kt tv langsung tak tau..

    ReplyDelete