Thursday, March 20, 2014

Throwback Thursday - Karma Chameleon

Hari ni dan mungkin setiap khamis (kalau rajin) nak buat entri KLMJ...



Karma Chameleon - Culture Club (taken from Colour by Numbers - 1983)

Nak baca info wiki klik >SINI<

Ni bukan lagu rock. Tetapi sebagai anak remaja berusia 13 tahun semasa lagu ni meletup 30 tahun yang lalu (no 1 selama 3 minggu berturut dalam carta 100 Billboard untuk bulan Februari 1984) sedikit sebanyak saya juga terpengaruh. Mungkin perkara ini boleh lah disamakan dengan pengaruh K-Pop kepada anak remaja zaman sekarang.

Ketika itu muzik new wave terutamanya dari band-band yang berasal dari UK memang tengah top. Culture Club adalah salah satu darinya. Saya hanya mula menjadi mat rock pada sekitar tahun 1985. Makanya muzik begini sememangnya mainan halwa telinga saya pada ketika itu.

Pengaruh muzik new wave ni banyak datang abang. Belajar lagu-lagu orang putih melalui radio berbahasa Inggeris Singapura, Radio One. Beli kaset kosong dan rakam dari rancangan radio permintaan. Budak zaman sekarang tak merasa buat benda ni. Yang saya tak boleh lupa setiap Ahad (tu jam Johor sekolah hari Ahad...kira macam sekarang la...)  biasanya saya akan potong keratan carta 10 Billboard USA dan Carta 10 UK dari surat khabar The Star dari perpustakaan sekolah. Semata-mata pasal nak tau lagu apa yang tengah top...makanya tiap-tiap minggu la surat khabar kat sekolah tu terlopong kat ruangan hiburan...hahaha...

Yang menjadikan lagu ni agak bernostalgia adalah kerana ia mengingatkan saya kepada Arwah Tok Mak (Emak Abah) . Beliau cukup suka dengan lagu ni. Rasanya inilah satu-satunya lagu orang putih yang beliau suka. Sebagai orang kampung di zaman tersebut manalah beliau faham bahasa inggeris. Biasanya setiap kali saya atau abang pasang lagu-lagu orang putih pastinya beliau akan berkata "Lagu apa lah yang korang bukak...kalau lagu Karma Chameleon tu sedap juga...sedap lagu dan suaranya"...(Sebenarnya beliau tak menyebut Karma Chameleon...lupa dah saya apa ayat yang beliau gunakan untuk merujuk kepada lagu ni...)

Tapi seriusly, melodi lagu ni memang sedap. Sangat catchy. Agak lama juga saya percaya yang Boy George itu perempuan. Maklumlah zaman belum ada google...hahaha...



**mungkin saya patut beli cd Colour by Numbers sebagai kenangan...


Alfatihah untuk arwah Tok Mak - Allahyarhamah Ara Binti Ninggal







19 comments:

  1. Replies
    1. kan...

      videoclip zaman sekarang ntahapapa...balik2 pompuan separuh bogel terkinja2...

      Delete
  2. Evergreen Music
    Culture Club ni memang dahsyat la...
    Memang betul2 la si Boy George ni dia bukak haluan budak2 geng lipat kain bergaya abis.
    Aku paling suka Love is Love. Sedappp sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng lipat kain?...geng2 juwie eh....hahaha...

      Love is Love pun best...soundtrack Electric Dreams kan...movienya pun aku suka..

      Delete
  3. layan lagu ni dulu... satu lagi... Take On Me - A-HA.... steady gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. 80's memang banyak lagu sedap...kalau cerita pasal 80's dgn aku...sehari suntuk pun tak sudah...heheh..

      Delete
  4. ooo Love Is Love pun ada dalam Electric Dreams ke?? apsal aku tak perasan?? sedap eh electric dream nye lagu....Semua sedap la zaman dulu, takde tak sedap.

    anyway, gutter ballet tu kalau keluar ultimate special deluxe editon, ngan demos, ngan live versions, ngan alternate lyrics, ngan alternate guitar solos, ngan acoustic versions, ngan jamming versions...
    AKU NAK BELI!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling kuat pun dorang boleh buat cuma demo atau live version....Criss dah takder...Jon pun cakap dah takder lagi dah unreleased track ker atau unfinished track dari Criss...semua dia dah guna...

      Delete
  5. Lagi satu lagu culture club ni yang aku ingat masa bebdk dulu "do you really want to hurt me?"
    Artis malaysia ada tiru boy geogre ni..sapa nama lupa lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..yes.syed anas,sedara mara syed sobri n datin aida agil kalo tak silap

      Delete
    2. Portdy kalau bab ni dia memang terer...heheh...

      Delete
  6. Serupa...suka lagu ni di zaman itu..dapat info lagu2 zaman tu dari kaset kompilasi Grammy Award..."Do You Really Want To Hurt Me" pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro...tu jam kaset kompilasi grammy award memang meletup...yg ada lagu Beat It tu semua kan...sapa2 yg tak pernah tau pasal lagu omputeh tiba2 jadi terer...padahal lagu2 tu popular setahun sebelum tu..heheh..

      Delete
  7. Dulu masa zaman kolej, ada budak junior aku kitorang panggil dia Kameleon (chameleon la tu)...disebabkan dia asyik suka sgt dgn lagu ni...sampai aku pun tak ingat nama sebenarnya dia...asyik panggil dia Kamele'on ajer hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku zaman ITM tak ngaku minat lagu2 ni semua...true la kan kononnya...hahaha....

      Delete
  8. Kalu dulu mamat nih memang jambu abis..Lu orang ada tengok gambar dia sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tu jam mati2 aku ingat dia pompuan...sekarang dah botak dan gemuk...

      Delete