Tuesday, April 29, 2014

Pawnshop Guitars

Salah satu album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994)

Rasanya tak ramai yang kenal Gilby Clarke. Tetapi jangka masa beliau yang sekejap sebagai pengganti Izzy Stradlin dalam Guns N' Roses sudah cukup untuk beliau diberikan kepercayaan  untuk menghasilkan album solo.

Terus terang saya adalah fanboy Guns N' Roses. Saya peminat tegar Izzy Stradlin. Tetapi apa yang dihasilkan dalam album solo beliau ini pada saya lebih menarik dari Izzy Stradlin and the Ju Ju Hounds. Malah ianya adalah album solo bekas anggota GNR yang paling saya suka. Lebih best dari Believe in Me -Duf McKagan atau  It's Five O'Clock Somewhere dari Slash's Snakepit.

Nampaknya arah muzik beliau sama seperti Izzy. Kedua-dua mereka condong ke arah rock n roll ala Rolling Stones. Berbanding dengan Slash, ternyata beliau lebih berkebolehan dalam mencipta lagu-lagu yang sedap. Sayangnya tahun 1994 bukanlah tahun untuk irama "rock n roll supposed to be fun". Dunia mainstream ketika itu lebih kepada muzik depressed dan moody. Pawnshop Guitars gagal untuk mendapat perhatian.


Pada saya semua lagunya best. Semua lagu saya suka. Tetapi yang paling suka adalah "Johanna's Chopper", "Let's Get Lost" dan "Cure Me... Or Kill Me...". Lagu cover The Rolling Stones, "Dead Flowers" pun sedap.

Slash, Duff McKagan, Matt Sorum, Dizzy Reed malah Axl Rose sendiri pun terlibat dalam beberapa buah lagu. Rob Affuso (Skid Row) juga. Mungkin tak semua peminat tegar GNR akan suka. Tetapi jika anda sukakan melodic hard rock...atau rock n roll yang happy...Ini memang patut anda cuba...

Bak kata The Roling Stones dan Twisted Sister..It's only rock 'n roll...but i like it!.....





Monday, April 28, 2014

The Best of Bloodshed Ensaiklopedia




Bloodsheed - Ensaiklopedia The Best of (2012)

Ada beberapa album rock melayu tahun 80an yang saya teringin nak ada dalam bentuk cd. Paling dikehendaki adalah 2 album kumpulan Belantara, Belantara (1987) dan Srikandi Disisi (1988),selain Sofea(SYJ) - Kembali (1987), Gersang - Gersang (1988) dan Bloodsheed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987). Sayangnya sampai sekarang album-album ini tidak pernah diterbitkan dalam bentuk cd.

Bila pertama kali terbaca kisah album kompilasi dari Bloodsheed ini diterbitkan 2 tahun yang lalu. Jenuh juga mencarinya sehinggalah saya terjumpa cd ini di Muar pada tahun lalu.


Kompilasi ini menarik. Sayangnya saya sedikit kecewa kerana hanya ada 5 lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi. Tak kisah sangat tiadanya lagu "Nostalgia Rindu" dan "Manusia Dan Janji". Kedua-dua lagu ini ada dalam cd Battle of The Band. Tapi bila lagu "Ilusi Sebuah Mimpi", "Restu" dan slow rock kegemaran saya "Memori Biru" tiada...memang sedikit mengecewakan.

Mungkin yang minat album Samarkand akan gembira. Semua lagu ada. Saya tak kisah sangat pasal saya dah ada cdnya. Tetapi bila sampai 9 lagu dari album zaman mereka bertukar nama menjadi Blacksheed memanglah sangat hampeh. Minta maaf. Saya tidak berminat dengan album Villa Misteri dan kurang gemar dengan suara vokalisnya.

Masih menyimpan kaset versi Jack Sparrow ni. Dah 27 tahun dah usianya...kulitnya pun dah nak terbarai... 

Satu lagi yang agak mengecewakan hanya gambar dari Ilusi Sebuah Mimpi yang ada di inlay. Standard biasa bagi  rilisan cd best of di Malaysia. Sekurang-kurangnya pun letak la gambar-gambar kaver album. Nak harap info lain memang jangan haraplah...

Tapi tak kisahlah...sekurangnya ada juga lagu "Peristiwa" dan "Pertumpahan Darah". Tak perlulah lagi saya mendengar versi MP3 yang soundnya tenggelam timbul dan sebu. Maklumlah di"convert" dari kaset.




Friday, April 25, 2014

Awake

Lagi yang dah berumur 20 tahun...


Dream Theater - Awake (1994)

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghargai album ini. Pertama kali mendengarnya adalah pada tahun 1997. Tetapi pada ketika rasa agak sukar untuk menerima lantas meninggalkannya.

Falling Into Infinity (membeli cdnya pada 1998 atau 1999) yang lebih radio friendly membuatkan saya kembali mendengar album ini. Ketika itu ada beberapa lagu yang berjaya menarik minat saya. "The Silent Man" adalah salah satu darinya. Mungkin kerana lagu ini lebih pendek. Saya mempunyai masalah untuk hadam lagu progressif yang panjang.


Tetapi segalanya berubah selepas saya memiliki cdnya pada 2 tahun yang lalu. Kononnya sebagai persediaan jika saya pergi persembahan live mereka di Singapura pada tahun 2012. Rakan yang menemankan saya ke konsert Iron Maiden Singapura beriya-iya mengajak pergi. Tetapi atas beberapa sebab dan Dream Theater yang saya tahu cumanya album Falling Into Infinity, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi.

Tetapi ianya "a blessing in disguise", kerana disebabkan itu, cd ini berulang-ulang kali saya dengar. Akhirnya Awake dapat saya hadam. Pada saya ini mungkin antara album terbaik Dream Theater. Tambah pula ini adalah album terakhir yang mengandungi lagu-lagu dan lirik ciptaan Kevin Moore. "Space-Dye Vest" yang sedikit lain dari Dream Theater yang biasa pun semakin sedap bila banyak kali didengar.

Walaupun saya masih megalamai masaalah untuk lagu-lagu progressif yang panjang. Sering lost di tengah jalan. Tetapi saya sudah boleh menerima muzik mereka. Mungkin kerana muzik mereka adalah metal dan kurang meleweh jika dibadingkan dengan band progressif yang biasa. "6:00", "Caught in a Web", "Innocence Faded", “Voices”, "The Silent Man" adalah antara lagu kegemaran saya.


Pada saya bukan mudah untuk membuat muzik yang complex tapi dalam masa yang sama sedap untuk didengar. Mereka sememangnya pemuzik-pemuzik yang hebat.

Terbaik!



Thursday, April 24, 2014

Hadiah Hari Jadi

Hari ni hari gumbira....dapat surat....


Lu memang lejen beb...mana ada orang tulis nota kat envelope...hahahaha...



Dalamnya ada 2 benda yang aku suka...thanks beb...nanti ada masa boleh buat entri lain pasal 2 benda ni...

btw...birthday aku bulan 10...cepat betul dapat hadiahnya tahun ni...hahaha...






Tuesday, April 22, 2014

Eh…Keras Tu

Rock melayu yang dah 20 tahun...


Teacher's Pet - Eh…Keras Tu (1994)

Klon Extreme?...mungkin kot. Tetapi jika dilihat dari nama band sahaja pun sudah cukup untuk mengambarkan ianya sememangnya begitu. Untuk pengetahuan yang tidak tahu, Teacher's Pet adalah salah satu tajuk lagu dari album Extreme yang pertama (1989). Tak logik pulak kalau nama tu sempena lagu Venom pulak kan?...

Pertama kali mendengar kaset ini adalah di rumah seorang rakan di kampung. Ketika mendengar lagu "Warisan Wanita Terakhir" saya dah terpikir adakah ini "More Than Words" versi melayu. Kemudian apabila mendengar instrumental "Eh.. Keras Tu" menguatkan lagi andaian tersebut. Ianya mengingatkan saya kepada lagu intro lagu "Mutha (Don't Wanna Go To School Today)". Memang sah lah...mesti gitarisnya adalah peminat Nuno Battencourt.

Ok...mungkin perkataan klon itu tidak berapa tepat. Mungkin lebih sesuai "pengaruh" (influence). Lagu-lagu mereka tidaklah seperti Extreme. Teacher's Pet lebih mengutamakan lagu-lagu perlahan. Mungkin mengikut kehendak semasa dunia pop rock melayu yang pasarannya memang begitu. Tetapi yang menariknya adalah solo-solo dan kerja gitar gitarisnya. Ianya menjadi penyebab untuk saya membeli kaset ini.

gambar ala-ala Pink Floyd gitu...
Pada saya Addy (gitaris) memang bagus. Jarang nak jumpa gitaris yang bagus di tahun 90an yang anti gitar hero. Pada saya beliau lah gitaris rock melayu 90an yang paling menonjol. Sayangnya beliau kurang dikenali di sini. Mungkin kerana beliau orang Singapura. Walaupun saya tidak berapa mengambil tahu perihal rock melayu di tahun 90an, tetapi saya mengikuti perkembangan beliau sehingga beliau menubuhkan kumpulan Cradle. Kaset Cradle - Gurindam Keluli (1996) pun saya beli tetapi tak pasti adakah ianya masih saya simpan. Kena kembur gerobok ni.

Ketika ini Eddie...bukan Addy...
Nak tahu pasal Cradle dan album solo Addy boleh check blog deaf.
http://deaf-angel.blogspot.com/2006/12/berita-cradle.html
http://deaf-angel.blogspot.com/2008/10/addy-cradle-divine.html
http://deaf-angel.blogspot.com/2008/11/addy-cradle-divine-sambungan-dan-more.html

Secara kesimpulannya, Teacher's Pet memang bagus. Lagu sedap. Maman punya suara tak payah cerita lah. Memang bagus pun. Cumanya sayang tak banyak lagu yang berat dan laju. Mungkin memang bukan konsep mereka begitu. Ni bukan zaman 80an ketika Maman bersama Flying Funeral.



layan instrumental yang kawan saya dulu pangil lagu ni "Bapak kau punya thrash"




Monday, April 21, 2014

Classic Rock May 2014

Sebenarnya nak cari Metal Hammer May 2014, tapi bila nampak Classic Rock kali ini cerita pasal KISS...terus sambar... (Metal Hammer tu boleh baca kat blog Xyrus Zone)


Kali ini isunya bersempena 40 tahun album pertama KISS dilancarkan dan juga sempena mereka diterima masuk ke dalam Rock and Roll Hall of Fame.


Khas untuk yang suka KISS...aku tampal satu-satu interview dalam majalah ni...sila klik untuk imej yang lebih besar...


Semua band member dan ex-band member ada interviewnya...kecuali  Bruce Kulick dan Vinnie Vincent...Eric Carr dah tentu-tentulah takder...tak pasti kenapa Classic Rock tak panggil dorang...


Ni lebih kurang kes kontroversi kenapa Hall Of Fame tak bagi Eric Carr, Vinnie Vincent, Bruce Kulick, Tommy Thayer dan Eric Singer naik ke pentas dan diterima dalam Hall of Fame...Vinnie Vincent tu memang paham la kan...


Terbaca yang KISS tak main malam tu pasal Hall of Fame tak bagi dorang perform dengan current line-up. Paul Stanley kata kalau tak boleh dorang tak nak main langsung...


Komen Paul Stanley pasal Hall Of Fame...

"The Rock and Roll Hall of Fame continues to attempt to restore its questionable credibility and glimpses behind the facade with nonsense and half truths. The truth is Joel Peresman and the rest of the decision makers refused to consider the induction of ANY former KISS members and specifically the late Eric Carr and Bruce Kulick who were both in the band through multi-platinum albums and worldwide tours and DIDN’T* wear makeup. There is no getting around the reality that the Hall of Fame’s favoritism and preferential treatment towards artists they like goes as far as ASKING the Grateful Dead how many members THEY wanted the hall to induct and following their directive while also including a songwriter who was never in the actual band. Let’s just accept the truth as it is and move on."


Sorry la...caption gambar takder kena mengena dengan gambarnya.....hahaha...


Ok yang ni baru betul pasal gambar...senarai lagu-lagu terbaik KISS...tapi pasti korang setuju ke tak...pada aku ok kot...susah nak list lagu mana paling best...pasal banyak sangat lagu KISS yang best..


Ada beberapa mukasurat pasal Metallica...sempena 30 tahun album Ride The Lightning...Kalau rajin baca buku/artikel pasal Metallica...cerita ni semua sama ajer...


Ni khas utuk Deaf dan Portdy....Slang


Ni pun untuk portdy....

Ada banyak lagi sebenarnya...tapi malas pulak nak tampal satu-satu...aku rasa Classic Rock lah majalah yang paling aku suka sekarang....mungkin pasal band-band yang diceritakannya aku tahu semuanya...maklum lah aku pun dah klasik...hehehe...




Sunday, April 20, 2014

Vs T-Team

Liga Super 18hb April 2014

Johor Darul Takzim 2  Terengganu T-Team 1
( Luis Figueroa 29', 90')


"Battle of the Terowong"...heheh...

Terowong punya pasal teruk T-Team kena troll dengan B.O.S

1- Paling best start jer seisi pemanas badan team T-Team, lagu khas untuk Azlan "lebih sudu dari kuah" Johar dinyanyikan...antara liriknya..."Azlan Johar jangan takut Johor...Terowong kami takder hantu...Jangan kau tuduh melulu"...aku rasa lirik ni ditujukan kepada kenyataan Azlan Johar kat paper sehari sebelum game..

2- B.O.S siap buat satu barisan baju hitam kat tengah-tengah kelompok dia orang yang mengambarkan terowong. Ada juga banner yang tulis game 90 minit...dan masa abis 1st half memang ramai yang chant...jangan balik...game bukan 45 minit...dan paling best (tak pasti disengajakan atau tidak) team JDT masuk padang lambat untuk mulakan 2nd half...baik punya troll...heheh...

Jangan percaya jam kat scoreboard ni...dari musim lepas memang dah rosak dah....

3- Nak banding dengan game PKNS minggu lepas, kali ni penonton lebih ramai. Takder can minggu ni nak nampak tangga. Tapi macam PKNS juga, penyokong T-Team 20 orang pun tak sampai...rasanya masa piala FA hari tu lagi ramai...

4- Kali ke 2 board iklan elektronik rosak. Apa la..baru berapa bulan dah problem...kesian tengok pekerja terkial-kial angkat papan iklan manual.

5- Tentang game...memang banyak can....tapi punya la liat nak gol...ntah apa nasib dapat last minute punya gol...tapi banding dengan menang besar...gol menang last minit ni dia punya orgasm memang lain macam...heheh..

6- Tapi memang sakit hati dengan taktikal T-Team...pantang tersentuh semua bergolek injured...banyak kacau rentak game...asik2 game kena stop...Seingat aku tahun ni tak pernah lagi B.O.S nyanyi lagu yang kenakan team lawan...biasa nyanyi lagu untuk JDT sahaja...tapi kali ni lagi "Enjit enjit semut...siapa sakit pergi mampus" bergema semula...lama tak nyanyi lagu ni..tapi tak boleh tahan beb tengok team terlebih berlakon macam ni...

anak sedara aku
7- Tahniah la Bojan Hodak...tak kisah la kalau takat menang nipis...dah rasa macam Chelsea pun yer jugak ni...takperlah...yang penting menang...3 mata...letih juga tengok game-game sebelum ni asyik control ball tapi tak menang-menang jugak....Mungkin ada betulnya jugak Jimenez di tukar...

8- Tapi yang sedang jadi kontroversi sekarang kes Baihakki Khaizan di rehatkan. Dengarnya tempat dia dah digantikan dengan import baru dari Brazil. Bai ni antara fan favourite. So tak pelik la kalau peminat semua marah bila dia kena blah. Pada aku sekurang-kurangnya pun letak la dia kat JDT2...dapat gak geng dengan Sharil Ishak...takder la lemau sangat JDT2 tu...

9- Lebih sedih Pablo Aimar pun nak blah...tak serasi dengan game kat Malaysia ni katanya...ganas sangat...dia pun injured...dan tahap ref pun hampeh...tak jaga star player...

10- Tak kisahlah...pelan-pelan kayuh...harap2 jangan ada politik belakang tabir dalam PBNJ...dan pada penyokong T-Team atau orang Terengganu yang baca ni...jangan kecik hati...ni bola jer pun...apa la sangat kena bahan sikit-sikit kan... heheh..





"LUASKAN KUASAMU"




Thursday, April 17, 2014

Crossroads

entri terjangkit yang tidak sengaja...

album kompilasi yang dah berusia 20 tahun...dan boleh juga dikatakan antara album kompilasi kegemaran....


Bon Jovi - Crossroads (1994)

Tak kisah lah orang nak kata apa. Bon Jovi akan sentiasa mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri kepada saya. Mungkin yang true akan mencebik. Tetapi saya peduli apa....(James Hetfield yang dulunya tulis "Kill Bon Jovi" pada gitarnya pun akhirnya mengunakan khidmat Bob Rock, producer Bon Jovi)

Ini bukan untuk rebiu sangat. Semua lagu Bon Jovi terutamanya zaman-zaman awal 90an dan kebawah memang semuanya sedap-sedap. Tak percaya?...Cari...beli...pinjam atau download untuk percaya.




Dulunya saya mempunyai versi kaset. Sayang dah hilang ntah kemana. Rasanya ini adalah album yang sesuai untuk sesiapa mula mengenali Bon Jovi. Boleh dikatakan semua lagu popularnya ada. Pada saya popular tak semestinya best. Banyak lagi lagu mereka yang best terutamanya di zaman-zaman awal mereka.

Bon Jovi pada saya ada 4 era...

1 - Bon Jovi ST (1984) dan 7800° Fahrenheit (1985) - zaman mereka dianggap heavy metal

2 - Slippery When Wet (1986) dan New Jersey (1988) - zaman kemuncak hair metal

3- Keep The Faith (1992) dan These Days (1995) - zaman hard rock 90an

4 - Crush (2000) dan album-album yang berikutnya - zaman pop rock dan country

Walaubagaimanapun, saya tak cukup tegar untuk mendengar mereka di zaman yang ke 4. Yang itu mungkin boleh cari Portdy ataupun Deaf....heheh...

Nak tengok macamana rupa cd Crossroad 3-disc box set "Deluxe Sound & Vision" boleh rujuk blog Portdy kat >SINI<.





Wednesday, April 16, 2014

Soldier of Fortune: The Greatest Hits

Sambung sikit lagi pasal Deep Purple...ini koleksi yang dah 20 tahun.


Deep Purple - Soldier of Fortune: The Greatest Hits (1994)

Semasa membeli kaset ni 20 tahun yang lalu, saya belum mempunyai banyak material Deep Purple. Cd pun langsung satu pun tiada. Zaman tu agak susah untuk mencari album-album lama mereka. Perkataan E-bay pun belum wujud lagi. Melihat kepada senarai lagu-lagunya memang saya tidak berfikir panjang untuk membelinya.

Boleh dikatakan kesemua lagu-lagu hits dan terkenal mereka dari zaman penghujung 60an hingga pertengahan 70an ada di dalam kaset ini. Sememangnya berbaloi.


Tetapi saya agak musykil bila album ini tiada dalam list official discography mereka. Rupa-rupanya barulah saya tahu yang ianya adalah eksklusif untuk pasaran Malaysia yang diterbitkan oleh EMI Malaysia. Memang tiada di jual dipasaran luar. Nak kata rare pun.... tak lah sangat. Pasal takder lah unik sangat. Inlay dia pun macam kebiasaan keluaran Malaysia Edition memang hampeh. Jenis sekeping.

Saya ada terbaca dalam internet yang mengatakan ini adalah koleksi kompilasi paling lengkap DP untuk era penghujung 60an hingga pertengahan 70an yang dikeluarkan dalam bentuk singgle disc ( 1 cd). Ini untuk yang versi cd la. Cumanya lagu "Space Truckin'" dan "Child in Time" tu pendek sedikit (bahagian fading last tu kena potong) Tapi "Speed King" tu ada piano version. Lagu-lagu yang lain sama macam edisi album biasa.

Makanya tak boleh lah nak kata rare sangat pun. Bulan lepas nampak satu seller e-bay dari Singapura jual versi cd ni dengan harga USD12.99. Tak tau lah agaknya berapa harga untuk versi kaset.



Tuesday, April 15, 2014

Pop the Soda

Sesekali nak jadi macam AADI...rebiu air minuman... :P


Air soda buatan tempatan. Di pasarkan secara indie. Khabarnya dorang tak ada kedai pun. Di jual secara bergerak. Hanya boleh di dapati di karnival dan bazaar-bazaar tertentu sahaja. Aku pun terjumpa air ni masa pergi ke satu karnival kat Plaza Angsana, Johor Bahru.

Bentuk botol dan label yang old school tu buat aku tertarik nak cuba. Di datangkan dengan perisa buah-buahan tempatan seperti mangga, laici, nenas, durian belanda dan pisang. Aku cuma cuba 2 perisa, durian belanda dan pisang.


Tak pandai sangat nak rebiu rasa..tapi pada aku boleh tahan sedapnya. Tak terlalu manis dan tak terlalu bergas...kalau terjumpa...cuba lah sendiri

Boleh jenguk FB ni  https://www.facebook.com/popthesoda







Monday, April 14, 2014

World Demise

Yang dah 20 tahun...


Obituary - World Demise (1994)

Sebut Obituary benda pertama yang terbayang adalah suara vokalistnya John Tardy. Benci atau suka, suara growl dia memang sangat pelik tetapi dalam masa yang sama sangat unik. Teringat masa pertama kali mendengar "Slowly We Rot" semasa saya sedang menuntut di ITM (sekitar 1989 atau 1990). Rasa menyampah, meluat tapi dalam masa yang sama macam ketagih pulak nak dengar lagi dan lagi.

Suara mencebik (meminjam kata-kata Dr Bentara) dia tu sebenarnya adalah highlight utama untuk Obituary. Tak percaya cuba anda menyanyi bersama. Memang susah lah kan. Entah apa-apa la lirik yang dia sebut. Pernah terbaca yang mereka sengaja tidak meletakkan lirik dalam inlay kaset/cd mereka kerana bagi mereka suara John adalah salah satu instrumen untuk Obituary. Mana ada orang letak tab gitar dalam inlay kan?.

Pada saya kemuncak mereka adalah ketika album "Cause of Death". (antara album death metal kegemaran saya). Walaupun dari segi jualan, 'The End Complete' adalah yang paling laris tetapi saya rasakan ianya seperti mereka telah turun satu langkah. Ianya seakan-akan membantutkan momentum Obituary. Hasilnya apabila mereka meriliskan "World Demise", saya rasakan seolah-olah "magik" mereka telah tiada. Mungkin ianya hanya saya, tetapi yang pastinya Obituary terus tengelam selepas dari ini.

Mungkin juga faktor semasa, tahun 1994 adalah antara tahun-tahun penghujung untuk "Gelombang pertama death metal". Walaupun begitu "World Demise" masih tetap berbunyi Obituary. Mereka tidak berubah banyak. Mungkin ada sedikit elemen death metal moden 90an bersama sedikit pengaruh industrial. Yang lainnya masih Death Metal acuan Obituary yang biasa kita dengar. Lurus tetapi tetap bagus. Tiada yang lebih tiada yang kurang.



Saturday, April 12, 2014

Vs Selangor PKNS

Liga Super 11hb April 2014

Johor Darul Takzim 1  Selangor PKNS 0
( Gol Sendiri 02′)


Ntah dah berapa game ntah asyik seri memanjang...akhirnya menang juga...tak kisah la walau sebijik dan ianya gol sendiri yang agak lawak jugak golnya...penonton lebih kepada ketawa dari meraikannya...

macam biasa...catatan ringkas...


1- Gambar waktu tepat pukul 6 petang. Kali pertama sejak sekian lama dapat tengok suasana lengang macam ni. Biasanya waktu macam ni kawasan belah atas ni dah sendat dah. Kalau ada seat kosong pun kat bahagian bawah jer pun.

2- Pukul 5.30 petang aku sampai stadium pun kanuter tiket masih ada jual tiket. Biasanya jangan haraplah...Tengahari dah sold out dah.

3- Ada beberapa sebab yang aku rasa buat stadium tak penuh. Pertamanya walaupun Jumaat hari cuti umum untuk Johor...tapi cuma yang kerja gomen jer pun cuti. Majoriti yang kerja swasta kerja. Maknanya orang JB jer yang dapat turun stadium. Daerah lain memang tak dapat lah...Tambah-tambah pulak petang tu hujan lebat giler kat Larkin.


4- Seperti gambar di atas...pertama kali setelah sekian lama dapat tengok tangga. Gambar dirakam ketika nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku sebelum game mula. Biasanya tangga ni pun orang duduk. Sendat!. Kan bagus kalau setiap game macam ni. Selesa...nak naik turun pergi tandas atau beli air pun senang.

5- Salah satu sebab lagi yang buat stadium tak sendat pasal kat Stadium MPPG Pasir Gudang pun ada game pada masa yang sama. JDT 2 vs Pulau Pinang. Budak-budak B.O.S pun terpaksa pecah separuh turun Pasir Gudang. Ni pertama kali la nampak kat belah B.O.S tu tingkat bawah ada beberapa baris seat kosong.


6- Sebenarnya tak lah kosong sangat. Boleh lah...cuma tak sendat macam biasa...bahagian bawah tu masih banyak lagi barisan seat yang kosong. Tambah pulak takat lawan PKNS ajer kan. Penyokong dorang pun tak ramai datang....macam kat gambar atas... Boleh kira dengan jari berapa kerat jer penyokong dorang yang datang...Paling sikit kot dalam banyak-banyak team yang turun Larkin.

7- Tentang game pulak...boleh nampak corak permainan agak lain. Dengan Bojan Hodak ni nampak game laju sikit. Cara Jimenez dulu slow. Takder urgency nak menyerang. Cumanya mungkin dengan padang basah pasal hujan lebat belah petang dan renyai-renyai sebelum game sebabkan penyerang JDT pun jadi lemau. Banyak peluang...tapi gol sendiri jer la yang jadi penyelamat.


8- Tak kisahlah...janji 3 mata...plus pointnya Pablo Aimar dah start main semula...walaupun takat masuk masa separuh masa kedua..

9- Dan tak lupa juga tahniah buat JDT 2...berjaya kalahkan Pulau Pinang 3-2...

Dah...tu ajer...


LUASKAN KUASAMU!





Friday, April 11, 2014

Balls to Picasso

20 tahun telah berlalu...


Bruce Dickinson - Balls to Picasso (1994)

Album pertama Bruce selepas keluar dari Iron Maiden. Sudah pasti "expectation" nya tinggi. Pertama kali mendengarnya dulu saya sedikit kecewa. Mungkin saya terlalu mengharapkan ianya seperti Iron Maiden. Pengalaman mendengar album solo Adrian Smith (ASAP) - Silver and Gold telah mengajar saya. Jika Steve Harris sekalipun yang mengeluarkan album solo sudah pastinya ianya tidak akan berbumyi seperti Maiden.

Semasa ASAP dulu saya terlalu cepat membuat keputusan. Saya meninggalkannya hanya setelah beberapa kali pendengaran. Mungkin zaman tu tahun 1990, saya masih berjiwa muda. Sehingga sekarang saya agak menyesal kerana telah kehilangan kaset Silver and Gold tersebut. Untuk mendapatkannya semula dalam bentuk cd sekarang ini pun memang agak sukar.

Untuk Balls to Picasso saya memberikan ruang. Mungkin kerana usia yang lebih matang. Mendengarnya berulang kali sampai hadam. Memang berbeza. Bukan sahaja Maiden tetapi juga album solo pertama beliau, Tattooed Millionaire. Mungkin Balls to Picasso bukanlah album heavy metal yang berat. Ada yang menganggapnya sebagai hard rock. Tetapi pada saya ianya masih metal...alternative metal...atau pun heavy metal ala 90an. Bruce juga berubah mengikut masa walaupun beliau gagal nak mengubah Iron Maiden. Itu band Steve Harris....tak siapa boleh kacau.


Antara highlightnya pada saya adalah Roy Z. Bruce bertuah berjumpa beliau. Tak pasti bagaimana lah agaknya bunyi Ball to Picasso semasa Bruce merakamkannya bersama Skin. Memang best kerja gitar Roy Z. Album-album solo seterusnya membuktikan kenyataan tersebut.

Balls to Picasso berjaya menjarakkan Bruce dari bayang Maiden. Satu-satunya lagu yang mengingatkan saya kepada Maiden hanyalah "Tears of the Dragon". Mungkin pasal chorusnya tu ada sedikit seakan-akan "Wasting Love". Tapi bahagian gitar solo dan raggae tu memang syiok. Sememangnya ini adalah lagu terbaik dari Balls to Picasso.

Sesiapa yang tak pernah ada cd ini dan ingin nak beli....saya cadangkan untuk cari versi remastered terbitan tahun 2005. Ada 2 disc yang mana disc 2 tu ada 16 lagu tambahan. Ada 2 versi "Tears of the Dragon" yang pada saya lebih best dari original version. Sangat berbaloi....sayangnya...saya takder pun cd tu...heheh..





Thursday, April 10, 2014

Throwback Thursday - The Ultimate Warrior



Aku rasa majoriti budak lelaki yang sebaya aku pastinya dulu kaki gusti. Malah aku pernah percaya yang gusti itu adalah betul bukannya berlakon. Seperti kebanyakkan budak-budak yang membesar di tahun 80an sudah pasti Hulk Hogan adalah hero. We are all Hulkamania....

Tetapi kemunculan The Ultimate Warrior mengubah segalanya. Sebagai peminat muzik rock, macam manalah aku boleh tak suka beliau. Gaya rockernya...potongan rambutnya...lagu pengenalannya...gayanya yang aggresif...sememangnya beliau adalah the rockstar dalam WWF pada ketika itu.

Beliau adalah hero aku yang baru. Mana boleh lupa kemenangan beliau dalam masa 27 saat ketika mengalahkan The Honky Tonk Man untuk Intercontinental Championship ketika Summer Slam yang pertama (1988). Mengalahkan Andre The Giant dalam masa 2 minit lebih dan paling tak lupa antara perlawananan gusti paling epik "The Ultimate Challenge" mengalahkan Hulk Hogan dalam Wrestlemania VI untuk memegang kejuaraan WWF Championship dan The Intercontinental Championship sekaligus. Pengusti yang pertama dapat buat macam tu. Tak kisahlah jika semuanya tu hanyalah sekadar lakonan.

Sayangnya karier beliau dalam WWF tak lama. Gaduh dengan pihak pengurusan. Beliau baru buat comeback dan dinobatkan di dalam WWE Hall of Fame beberapa hari yang lalu malah muncul dalam rancangan Monday Night Raw sehari sebelum kematiannya. Memang mengejut. Tapi dah ajal dia lah kan Walaubagaimanapun, nama beliau akan tetap dikenang sebagai seorang hero bagi budak-budak yang sezaman dengan aku.

Thanks for the memories...gaya goncang tali ring tu memang takleh lupa sampai bila-bila...

R.I.P
James Brian Hellwig 
(June 16, 1959 – April 8, 2014)



Wednesday, April 9, 2014

Come Hell or High Water

Hari tu dah terbuat entri pasal Deep Purple sikitkan...kali ini baru yang banyaknya...album live yang dah 20 tahun usianya...


Deep Purple - Come Hell or High Water (1994)

Apa-apa sahaja dari Mark 2 memang berbaloi. Walaupun mungkin rakaman live ini lebih diingati kerana perangai diva Ritchie Blackmore. Tetapi ini adalah suatu kenangan yang menarik untuk peminat Deep Purple. Tambah pulak ini adalah antara penampilan terakhir beliau bersama mereka. Tak kisah la kalau tengok videonya muka Ritche ketat semacam. Tapi dari segi muziknya dia memang terbaik. Tak hairanlah kenapa budak-budak rock melayu ketika penghujung 70an menjadikan beliau sebagai idola.

Cd ini adalah rakaman live Tour The Battle Rages On di Birmingham NEC (9th November 1993) dan Schleyerhalle, Stuttgart (16 October 1993). Ritche tak abiskan pun tour ni. Joe Satriani jadi pengganti bidan terjun. Kalau cari kat youtube best juga tengok Joe Satriani dengan Deep Purple. Kalaulah gandingan mereka ini berkekalan...kan ke best. Tiada masaalah dengan Steve Morse....cuma ini Joe Satriani ok!

Kalau tak silap rakaman live ini ada dikeluarkan dalam bentuk VHS. Pernah tengok suatu ketika dulu. Tetapi saya cuma memiliki versi VCD, itupun versi Jack Sparrow. Dibeli di zaman-zaman VCD tengah top suatu ketika dulu.


Ada perbezaan antara versi cd dan vhs/vcd/dvd yang mana versi cd banyak potong. Cuma ada 9 lagu berbanding 16 lagu. Dan versi vhs/vcd/dvd adalah sepenuhnya rakaman di Birmingham NEC. Tambah pula ada sedikit wawancara dengan anggota Deep Purple kecuali Ritche. Sayangnya tak ditunjuk pula kes Ritche naik stage lambat dan baling air kat kamera tu.


Dari segi sound memang terbaiklah. Mendiang Jon Lord memang betul-betul tunjuk skill. Takder nak komplen. Lagu pertama jer dan Highway Star. Apa lagi yang nak dikomplen kan? Ok lah... Ian Gillan bahagian high note tu terkial-kial sikit. Paham-pahamlah sahajalah ketika itu pun usia dia dah berapa. Tetapi yang lainnya memang spot on. Ian Paice dan Roger Glover pun memang hebat. Pilihan lagu mungkin ada pro dan kontra. Tapi adanya "Anya" kira saya dah puas hati la...


* Sedang mencari boxset "Live in Europe 1993" keluaran tahun 2006. Kalau dapat yang ini lagi best. 4 disc rakaman live kat  Birmingham NEC dan Schleyerhalle, Stuttgart tanpa potong.




Tuesday, April 8, 2014

Hello Dolly

Seperti kes Ijau dalam entrinya Freddie Mercury - In Memoriam (The Very Best)...saya pun terkena juga...

Secara kebetulannya...macam kena pula dengan tema blog...heheh...album yang menyambut ulang tahun ke 50....


Louis Armstrong ‎– Hello, Dolly! (1964)

Sebenarnya lain yang di order...lain yang sampai...order cd metal sekali dapat Louis Armstrong...mak aii...jauh panggang dari api....ni betul-betul klasik nasional...heheh...apa la yang saya tahu pasal Louis Armstrong selain lagu "What a wonderful world"....

Sebenarnya dalam pengalaman saya berurusan dalam e-bay sejak tahun 2009, ini kali kedua saya terima cd yang salah. Kes yang pertama dulu seller gantikan dengan cd yang sebenar dan membenarkan saya menyimpan cd yang salah. Yang untungnya cd yang salah itu adalah dari band yang sama cdnya saya order cuma tajuk album yang lain. Tak ker rezeki namanya.

Tapi untuk kes yang ni...sellernya adalah estock_deutschland. (sama kes macam Ijau). Tak pasti apa tindakan yang akan di ambil mereka. Saya masih menanti jawapan e-mail dari mereka. Kalau suruh pulangkan balik memang saya tak akan lah. Kos cd yang saya order cuma RM18...Kos pengeposan ke UK lebih mahal dari tu....memang tak berbaloi la...

Apa-apa pun pada rakan-rakan yang masih takut-takut untuk menggunakan e-bay, jangan bimbang. Setakat ni tak pernah pula saya kena rip-off...cuma yang lecehnya bab kastam tu ajer la...tapi setakat ni memang belum pernah lagi cd-cd saya di tahan kastam. Mungkin cd-cd yang saya beli tak cukup setan kot...heheh...


**Ijau...amacam...nak trade?