Wednesday, April 29, 2015

vinyl passion 6 : Asli vs Cetak Rompak

Sedikit info bagi sesiapa yang baru nak terjebak dengan dunia piring hitam...(kalau boleh jangan...hahah)



Nampak sama tapi tak serupa. Cetak rompak bukan benda baru. Dari dulu pun dah ujud. Maka tak hairanlah kalau piring hitam pun ada versi pirate.

Sepert gambar di atas, Ianya memang ada perbezaan. Yang kiri adalah versi asli. Kaler gambarnya pun dah berbeza. Yang cetak rompak juga biasanya tidak mempunyai logo syarikat rakaman contohnya EMI,WEA dan lain-lain.


Cover belakang pun biasanya yang cetak rompak akan menggunakan gambar yang sama dengan gambar cover depan. Info lagu juga biasanya tidak lengkap.


Piringnya pun agak berbeza. Pegang pun dah rasa lain. Tetapi yang paling senang nak cam adalah label di tengah piring hitam tersebut. Yang pirate tidak mempunyai info mengenai pencipta/penulis lagu dan lirik.

Dari segi soundnya pula susah nak cakap. Bukanlah pakar. Tambahan pula sound sistem kat rumah pun jenis ala kadar. Nasib kot. Ada juga yang kata cetak rompak pun soundnya ok.

Makanya...kalau nak beli tu pandai-pandai la....jangan sampai terpedaya...barang cetak rompak pun ada peniaga cekik darah yang jual sama macam yang asli.

Sekian. Terimakasih.




Monday, April 27, 2015

Show Business

Yang dah berumur 20 tahun...


Kix - Show Business (1995)

Sebuah lagi band hair/glam metal yang agak underated. Mungkin ini bukan untuk peminat extreme metal. Kalau anda tak suka tidak mengapa. Blog Berteromber bukanlah blog extreme metal. Ianya ditulis hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang di samping bercerita perihal koleksi dan apa yang terlintas di kepala.

Kix bukanlah nama baru. Mereka telah ujud sezaman dengan Twisted Sister ataupun Motley Crue. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Hanya mula dikenali pada sekitar penghujung 80an bila lagu power ballad mereka "Don't Close Your Eyes" menjadi popular. Lebih malang, tahun 90an bukanlah tahun untuk band seperti mereka. Maka mereka kekal sebagai band yang underated.

Show Business adalah percubaan terakhir sebelum mereka berpecah. Muziknya tidaklah seberat album-album yang sebelumnya. Masih straight hard rock tetapi elemen funky dan grooves diterapkan untuk mereka menjadi lebih trendy. Tetapi yang nyata mereka memang tidak pernah lari dari pengaruh ACDC. Lagu "Fireballs" memang sebijik macam lagu ACDC.


Tetapi yang pastinya saya cukup tertarik dengan lagu "piano-driven ballad" mereka yang bertajuk "If You Run Around". Entah mengapa hati saya menjadi sayu setiap kali mendengar melodi lagu ini. Maklum sahajalah, mendengar lagu-lagu sebegini di zaman ketika sedang putus cinta memang feeling habis. Seluar koyak main cinta...Dalam hati ada taman...hahaha...

Tetapi satu yang saya tak boleh lupa, dalam tahun awal 2000. Terjumpa cd ini di bahagian longgok jual murah RM10 per cd di sebuah kedai kaset di City Squre Johor Bahru. Dah nampak tapi biarkan dulu, Kembur yang lain kerana saya merasakan tiada pesaing. Maklumlah saing-saing saya membelek cd-cd tersebut hanyalah 2 orang pemuda berbangsa cina yang dari segi pakaian dan gaya rambutnya seakan-akan ah beng kaki hip-hop ataupun pop. Tetapi dengan tidak disangka-sangka dengan muka gembira dan teruja mereka terus mengambil cd tersebut dan bayar. Akhirnya saya yang melopong. Hampeh betul...moral of the story...memang betul kata orang kampung saya..."don't judge a book by its cover"...heheh...





Friday, April 24, 2015

Imaginations from the Other Side

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 4hb April yang lalu...


Blind Guardian - Imaginations from the Other Side (1995)

Sekitar tahun 1999 - 2000 adalah tahun yang saya kemaruk dengan genre power metal. Blind Guardian adalah salah satu darinya. Walaupun agak terlambat mendengarnya tetapi ia menjadi titik permulaan untuk saya jatuh hati kepada Blind Guardian.


Imaginations from the Other Side adalah salah satu album yang patut anda cari jika anda pertama kali cuba untuk mendengar muzik power metal yang progressif. Tiada lagu yang tidak best. Dijamin tidak akan membosankan. Tambahan pula jika anda rindukan sentuhan producer Flemming Rasmussen. Ini adalah satu lagi sebab kenapa anda patut cuba untuk mendengarnya.


Muziknya berat tetapi sangat melodic. Paling menarik sudah tentunya pada trademark "powerful sing-along choruses" mereka. Tambahan pula vokal Hansi Kursch memang antara yang terbaik dalam dunia metal. Gaya vokalnya yang pelbagai bukan sekadar menjerit pada saya adalah salah satu kekuatan Blind Guardian.

Tak perlu taip panjang-panjang. Pastinya saya "bias". Senang cakap ini sememangnya antara album power metal kegemaran. Cubalah.



Thursday, April 23, 2015

Bobby




Seperti yang dikatakan sebelum ini, bila dah terjebak dengan piring hitam manis....takdernya true true dah...hindustan pun layan...heheh...



**tapi zaman saya kanak-kanak dulu memang popular betul filem ini. Nama Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia menjadi sebutan. Manakala lagu-lagunya menjadi siulan.. Siapa lah yang tak pernah dengar lagu seperti Mujhe Kuchh Kahna Hai yang lirik dia "tum tum tummmm" atau lagu Main Shayar To Nahin yang liriknya ada sebut "magell ai haseen" ....sampai ada rakan sekolah kena gelar Magell pasal suka bebeno dia nyanyi part tu.....tetapi yang pastinya lagu-lagu hindustan ni melodi dia memang sedap-sedap...




Tuesday, April 21, 2015

Collective Soul

Album rock yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Mac yang lalu...


Collective Soul - Collective Soul (1995)

Sejarah terjebak dengan Collective Soul ada diceritakan di >SINI<.

Ini adalah antara kaset yang terus dibeli tanpa banyak cerita bila terjumpa di kedai kaset. Lagu "Gel" yang sering di tonton di rancangan MTV Asia di TV5 Singapura dan pengaruh lagu "Shine" dari album pertama mereka yang terus terkesan di hati adalah antara penyebabnya. Tambah pula ini adalah zaman saya sedang mencari cinta...makanya lagu-lagu sebegini memang senang menyentuh perasaan...hahaha..

Mereka adalah antara band-band yang digelar sebagai post grunge. Tak banyak band-band seangkatan mereka yang menarik perhatian saya. Pengaruh MTV pada ketika itu sememangnya memberi kesan. Dah kerap sangat tengok video clipnya lama-lama jadi suka. Tambahan pula di tahun-tahun pertengahan 90an, mana- mana band rock yang berimejkan rambut panjang dengan lagu-lagu yang ada solo gitar pastinya saya suka.


Walaupun tiada lagu baru mereka yang boleh menyaingi "Shine" tetapi lagu-lagu seperti  "December", "The World I Know", "Smashing Young Man" dan "Gel" tetap menarik perhatian.

Cdnya ada di jual di estock dengan harga RM12 lebih. Mungkin juga akan di beli sekadar untuk mengingati memori di tahun 90an.





Monday, April 20, 2015

Frogstomp

Yang berusia 20 tahun pada 27hb March yang lalu..


Silverchair - Frogstomp (1995)

"Rupa macam Nirvana tetapi bunyi macam Pearl Jam"

Mungkin itu rumusan yang boleh saya beri untuk Frogstomp. Membelinya dahulu kerana perasaan ingin menjadi trendy setelah terpengaruh dengan lagu "Tomorrow"  yang sering disiarkan di MTV. (hahaha...)

Bukan secawan teh saya. Tetapi jika anda sukakan sound Seattle dan mahukan band klon "Pearl Jam", "Alice in Chains", "Nirvana" atau senang ceritanya "grunge" walaupun mereka berasal dari Australia,  mungkin ini untuk anda.

Yang respeknya mereka sekadar berusia 15 tahun ketika album ini dikeluarkan.





Friday, April 17, 2015

Ideologi

Yang menyambut ulangtahun ke 20...


MAY - Ideologi (1995)

Mungkin pertengahan tahun-tahun 90an adalah tahun untuk lagu-lagu meleweh. Kalau di barat kita dilewehkan oleh grunge tetapi di Malaysia oleh lagu-lagu rock leleh.

MAY sebuah band rock melayu yang berimej heavy metal juga tidak terkecuali. Tidak seperti kebiasaan album-album rock melayu yang track pembukaannya lagu rancak dan berat, Ideologi pula bermula dengan lagu perlahan. Potong Stim juga sebenarnya. Nasib juga lagu "Janji" bukanlah jenis tipikal meleweh bunyi keyboard "Saari Amri" atau "Eddie Hamid" sangat. Masih kedengaran bunyi gitarnya.


Secara keseluruhannya terdapat 4 lagu perlahan tetapi lagu track ke 10 "Cinta Tersia" adalah yang paling meleweh. Langsung tak minat. Dah lagu tu lagu Saari Amri la kan. Nak buat macamana. Lain-lain pun banyak mid-tempo. Kena la kot dengan imej rambut pendek smart MAY pada zaman ni.

Pada saya yang menjadi penyelamat hanyalah lagu berentak thrash yang berdurasi 9 minit lebih, "Genocide". Jarang ada lagu melayu yang panjang. Ni pun liriknya lirik mat salleh. Semenjak lagu "Pahlawan Mimpi" dalam album Rahsia (1990) saya sering mengharapkan lagu-lagu sebegitu dalam album-album MAY yang berikutnya. Dan "Genocide" tidaklah menghampakan.


Kalau tak silap ini album kedua terakhir Yantzen bersama MAY. Yang last album "Layar". Tapi itu sekadar lagu-lagu lama MAY dinyanyikan semula oleh Yantzen. Nampak dah hari tu cdnya. Tapi tak beli. Masih mengharap kalau-kalau nanti album Dilema (1988) dan Rahsia (1990) ada dikeluarkan dalam bentuk cd. Piring hitam jangan haraplah...orang yang ada-ada jer mampu beli.








Thursday, April 16, 2015

Keras tangan 2

Rujuk entri pertama >SINI<


Tshirt ni banyak kenangannya. Lebih 20 tahun dah. Dari menjadi kain buruk, lebih baik dikerastangankan.

Dibeli di kedai lejen mat rock JB tahun 80an, Rock Station, Komtar, Johor Bahru. Ni jenis iron on, nak beli yang betul-betul tak mampu. Ni murah sikit. Maklumlah zaman student mana nak cekau duit. Yang bestnya tulisannya tu jenis "Glow in the dark".

Puas la juga melaram dengannya zaman kat ITM dulu. Ada banyak lagi. Sayangnya hanya ini yang terselamat dari jadi mangsa mak buat kain buruk atau buat balut buah nangka.

Siapa-siapa ada tshirt buruk atau dah tak muat tu...tak kisahlah gambar apa pun...Persatuan belia 4B pun boleh jugak....Dari di buang tu bolehlah cuba framekan macam ni. Boleh juga buat perhiasan.





Tuesday, April 14, 2015

It's Five O'Clock Somewhere

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Februari yang lalu...


Slash's Snakepit -   It's Five O'Clock Somewhere (1995)

Selepas Izzy Stradlin And The Ju Ju Hounds (1992)Duff McKagan - Believe in Me (1993) dan Gilby Clarke - Pawnshop Guitars (1994), kini seorang lagi bekas anggota Guns N Roses menghasilkan album solo.

Dengan reputasi Slash, saya sememangnya menaruh harapan yang tinggi. Sayangnya album ini sedikit mengecewakan. Mungkin pemuja Slash tidak akan bersetuju. Tetapi sebagai peminat Guns N Roses, secara jujurnya album ini membuktikan yang Slash cukup hebat sebagai seorang shredder dan gitar hero tetapi beliau bukanlah seorang komposer yang hebat.

Lagunya ok. Tetapi jenis lepas dengar tiada satu pun lagu yang betul-betul boleh melekat di kepala. Sememangnya dalam Guns N Roses, Izzy, Axl dan Duff adalah penyumbang utama dalam penciptaan lagu-lagu hits dan klasik GNR.


Slash memilih untuk konsep album berkumpulan bukannya album gitar solo. Makanya album ini bukanlah hanya kerana solo beliau semata-mata. Band members pun boleh tahan. Gilby Clarke, Matt Sorum dan Dizzy Reed dari Guns N Roses. Sementara bass adalah Mike Inez dari Alice In Chains. Cuma vokalisnya Eric Dover tidak dikenali tetapi suaranya memang boleh tahan bagus.

Hard rock dengan sedikit elemen blues dan funk. Hanya sesuai untuk peminat Slash dan mungkin juga Gun N Roses.






Monday, April 13, 2015

Balada Seorang Biduan

Yang dah 40 tahun...


Broery Bersama 4 Nada - Balada Seorang Biduan (1975)

Pernah kata dulu...bila dah terjebak main piring hitam ni pastinya tak kiralah jika anda metal hantu sekalipun akan tetap terjebak juga dengan lagu-lagu pop 60an atau 70an.

Nak buat macamana dah piring hitam ni memang ujudnya pada zaman tersebut. Walaupun pada saya rock/metal dulu baru piring hitam...tapi adakalanya layan juga dengar lagu-lagu yang macam ni.



Nampaknya memang trend agaknya zaman 70an penyanyi solo mempunyai band. Baru ni tahu Broery Marantika pun dulunya ada band. Dan paling utamanya baru tahu lagu Kisah Seorang Biduan nyanyian Dahlan Zainuddin tu rupanya bukan lagu asal. Ingatkan yang ini lagu asal. Rupa-rupanya yang ini pun bukan. Lagu asal adalah juga lagu Indonesia ciptaan Sam Bimbo. Boleh cari kat youtube.

Sejujurnya kalau bukan kerana piring hitam, memang payahlah untuk saya mendengar lagu-lagu sebegini. Sekali sekala ok lah. Saya bukannya pengumpul piring hitam. Saya tetap berpegang rock/metal dahulu...barulah piring hitam...




Friday, April 10, 2015

Any Time, Any Day

Yang dah capai tahap klasik...


Blues Gang - Any Time, Any Day (1979)

Sebenarnya saya tidak pernah tahu keujudan album ini. Awal 80an ketika saya mula mengenali Blues Gang, album yang saya tahu hanyalah bermula dari album Blues Gang '81. Mungkin kerana lagu-lagunya dalam bahasa Inggeris, maka ianya tidak dimainkan di radio. Maklumlah saya pun masih kanak-kanak lagi pada ketika itu.

Baru sekarang berpeluang mendengarnya secara serius. (tak berapa nak "feel" lah kalau mendengar menggunakan youtube) Sayangnya piring hitam ini bukanlah asli. Yang asli terbitan WEA. Mungkin inilah antara sebab mengapa Ito sangat marah perihal cetak rompak. Mana taknya, sedari album pertama mereka lagi dah pun kena ciplak.

Tapi nak buat macamana. Sekadar apa yang ada. Bukannya senang pun nak dapat. Benda dah lama. Walaupun begitu soundnya memang sedap. Tip top. Lemak dan lunak. Terasa seperti hidup di tahun 70an.


Tabik lah dengan kugiran yang berasal dari Kg Pasir, Johor Bahru ini. Tidak seperti kebanyakan band-band 70an lain yang terpaksa berdangdut dan berdisko bila menjadi artis rakaman walaupun asalnya mereka bukan begitu, Blues Gang tetap dengan akar bluesnya. Tambah menarik tiadanya lagu-lagu saduran.

Album ini menampilkan penyanyi dan gitaris asal Bues Gang. A'shed (Rashid Yunus) dan Mat Dollah (Mohamad Abdullah) yang juga bertindak sebagai komposer. Sayangnya mereka berdua tidak kekal lama. Album selepas ini mula menggunakan Ito Mohd sebagai vokalis utama dan Julian Mokhtar.


Sayang kalau album sebagus ini tidak dikeluarkan semula. Banyak betul khazanah muzik Malaysia yang akan dilupakan oleh generasi akan datang kerana tiada usaha pemilik "copyright" untuk menerbitkannya semula.

Best!...kalau anda sukakan blues, boogie dan sedikit rock n roll. Kalau tak tau, ingatkan ianya memang band orang putih.

Terbaik!



Wednesday, April 8, 2015

Pop Redemption





Pop Redemption (2013)

Sebuah lagi filem berkisar tentang muzik Metal. Kalau Metalhead sebuah filem drama yang serius tetapi Pop Redemption pula adalah sebuah filem "road trip" komedi.

Filem yang berasal dari Perancis ini mengisahkan tentang The Dead Makabés, sebuah kumpulan black metal yang mendapat peluang untuk beraksi di Hellfest. Mereka sebenarnya hampir berpecah kerana usia yang semakin meningkat, ditambah pula sudah berkeluarga dan perlu memikirkan kerjaya tetap sedangkan karier muzik mereka masih tidak kemana.

Hanya si vokalis yang masih bersemangat. Peluang bermain di Hellfest menggantikan sebuah band lain merupakan peluang terakhir mereka merasakan kegemilangan. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan berkereta mereka untuk ke Hellfest adalah tunjang utama filem ini. Dituduh membunuh dan menyamar sebagai "Beatles tribute band "adalah antara yang berlaku.


Tahan kereta tengah malam dalam hutan pakai corpse paint? Ada ker yang nak berhenti...hahaha...Memag lawak la ceritanya. Gang-gang black metal tak perlu lah terasa sangat. Pasal sememangnya ini filem komedi. Paling suka bab pengenalan kepada setiap genre metal. Itu memang menarik.

Sila tonton. Dijamin lawak dan tidak membosankan. Tetiba teringat pulak kepada filem Detroit Metal City.





.

Monday, April 6, 2015

XPDC & Rakan-Rakan - Unplugged & Accoustic Guitar

Lagi yang dah 20 tahun...


XPDC & Rakan-Rakan - Unplugged & Accoustic Guitar (1995)

Tidak pasti apakah tujuan album ini dikeluarkan. Mungkin syarikat rakaman sekadar mengambil untung dari populariti XPDC dan album-album MTV unplugged yang sedang popular pada ketika itu.

Sebenarnya ini bukanlah muzik yang dimainkan oleh XPDC. Berdasarkan maklumat di inlay kaset, muziknya adalah rakaman baru yang dimainkan oleh pemuzik studio. Hanya suara Mael menggunakan rakaman asal. Antara pemuzik yang terlibat termasuklah gitaris seperti Aznan Alias, Hillary Ang (lagu Hairan Bin Ajaib) & Arwah Samad (lagu Pijar).


Mungkin oleh kerana itu mereka mengguna tajuk "Rakan Rakan". Tambahan pula hanya 4 lagu dari XPDC. Selebihnya adalah artis-artis yang sama syarikat rakaman. Tetapi menarik juga bila lagu-lagu mereka ini di "unplugged dan accoustic"kan.

Tambah menarik bila album ini juga memuatkan lagu kegemaran saya, Aku Yang Masih (Nuradee) dan Blues Generasi Baru (Rausyanfikir).

Tak pasti jika ada dikeluarkan dalam bentuk cd.



Friday, April 3, 2015

Angel Of Retribution

Yang genap 10 tahun pada 23hb Februari yang lalu.


Judas Priest - Angel Of Retribution (2005)

Album "comeback" Rob Halford bersama Judas Priest. Ia juga album "comeback" saya kepada mereka selepas tidak mengambil tahu perihal mereka selepas "Painkiller (1990)". JP tanpa Rob Halford pada saya bagaikan ada yang tidak kena.

Ternyata Angel Of Retribution tidak mengecewakan. Sememangnya rasa teruja bila mendengar muzik yang ala-ala heavy metal 80an di tahun 2005. Angel Of Retribution seperti mendengar discography Judas Priest di era 80an. Sana sikit Sini Sikit. Malah lagu seprerti "Worth Fighting For" mengingatkan saya kepada zaman pop metal (Turbo - 1986) mereka.

OK. Mungkin tak sehebat Screaming for Vengeance (1982), Defenders of the Faith (1984), British Steel (1980) mahupun Painkiller (1990). Maafkanlah mereka telah berusia. Tetapi suara Rob Halford dan solo/riff Glenn/K.K/Glenn/K.K/Glenn/K.K/Glenn/K.K masih hebat.

kalau ikut discography yang ini...Unleashed In The East sahaja yang belum dimiliki cdnya

Lagu track pembukaan "Judas Rising" sedap. Lagu slow "Angel" pun sedap. Macam dah lama kan JP tak ada lagu slow sedap selepas "Before The Dawn". Tapi yang kurang mungkin lagu epic 13 minit 28 saat "Lochness". Macam penat nak tunggu lagu ni abis. Mungkin kerana lagunya agak mendatar. Lain-lain tiada komplen. Produksi dan soundnya pun sedap.

Best!







Thursday, April 2, 2015

Spirit To Rebel

Ok..yang ni terlepas pandang. Mengemas bilik baru terperasan. Sepatutnya cerita ini dibuat pada tahun lepas. Dah 21 tahun dah umurnya...


FTG - Spirit To Rebel (1994)

Sejujurnya saya tak follow sangat FTG. Selain dari kaset EP pertama mereka yang bertajuk "Freedom That's Gone" (pernah buat entrinya dulu di >SINI<), memang langsung tak pernah beli album-album lain mereka kecuali "Made in Malaysia", ceritanya di >SINI<.

Mungkin juga kerana terpengaruh dengan kawan-kawan aktivis underground yang true pada ketika itu yang menganggap FTG ini band mainstream. Tak layan. Sama kes dengan Cromok ataupun Saxo. Kalau tak silap kaset ini kepunyaan adik. Benda-benda duniawi macam ni bukan hobi dia. Makanya ini kira tolong simpankan. Hahaha...

Dah lupa bagaimana lagu-lagunya tapi kalau tak silap lagu yang bertajuk "Spirit To Rebel" tu kuat betul pengaruh Megadeth.